31 July, 2015

Briyani Ayam Madu di Venice of Perak

 
Kalau taknak bagi Mak masak, pancing jer cakap Jom pergi beli nasi briyani kat Venice of Perak. Terletak di Manjung Perak, kira kalau nak ke Lumut bolehlah singgah ke sini. Kedainya betul-betul depan pintu gerbang Venice of Perak ni...di kawasan perumahan yang banyak rumah cantik-cantik kat sini...gondola saja belum nampak lagi setakat ni he he hee

 Seleksi lauk kat sini banyak juga dan semuanya kalau ikut cita rasa tekak Meksu ni semua sedap-sedap belaka... Kami beli bungkus bawa balik...Nasi Briyani 3 bungkus...kuah dan lauk asing-asing, lauk ayam madu, ayam masak kari, daging masak hitam, kari kambing, sayur jelatah, kobis goreng...gemor sangat tengok warna kobis goreng yang kekuningan ni...walaupun kita tahu dia masak guna lebihan minyak goreng ayam sebab tulah kuning ha ha ha

Memang berpatutan harganya...semua lauk-lauk yang dipilih termasuk papadom dua bungkus sebab Meksu tamak...cuma RM40++ tak silap...Makrabiah yang belanja...nak jugak belanja...bila turun kereta awal lagi Mak dah cakap...this time mak bayar!! Ehhh!!! Berebut kat kaunter tetiba sampai kedai ni Mak kata duit Meksu tak laku..ha ha terima kasih Mak...sedap lauk-lauknya kat sini...ada nostalgia di sebalik restoran ni ketika Arwah Abah masih ada inilah tempat mereka lunch, dating berdua di sini dan Abah akan minta bungkus satu lagi untuk makan malam....semuanya tinggal kenangan buat Mak.

Bubur Perak

Kalau anda dalam perjalanan pulang ke Ayer Tawar/Sitiawan/Lumut, memang akan lalu gerai Bubur Perak. Ianya terletak di tepi jalan, selepas nampak lapangan ladang jagung di sebelah kiri di kawasan titi gantung, kemudian ada trafik light...haa lepas tu boleh slow anda akan nampak sign board besarnya ni...

 
Ceritanya minggu lepas bila tengah sembang dengan Mak, saya mention teringin bubur jagung. Lepas tu cakap Peksu suka bubur kacang hijau...Mak kata..."kome kalau nak makan cet cet sikit sikit...beli jer lah kat Bubur Perak ni...takpayahlah nak kukur kelapa" ha ha ye tak ye jugak...sebab kami nak bawak Mak keluar ke Seri Iskandar...so memang akan lalu kat area ni nanti...lagipun kaki Makrabiah bengkak sikit jadi kami memang bagi MC kat Mak supaya tak masuk dapur...



Jadi apa istimewanya Bubur Perak ni? Tengoklah sendiri lambakan jenis bubur-buburnya...sampai berpinor-pinor mata nak pilih yang mana...biasalah Meksu memula nak bubur jagung kan...sekali tengok Pengat Ubi Keledek pun macam menarik jugak...sebab ada sagu dan ketulan oren kat dalam tu puuhhh terliur dibuatnya...

Makrabiah kata "Usahlah nak semua Suhaila!! Kamu tu bukannya makan sangat...Mak tahu benorr...makan 2 sudu pastu tinggal" hahahaa...memang ibu mana tak mengenali anaknya kan...sudahnya kami hanya beli 3 jenis...Mak pilih Bubur Gandum, Meksu tetapkan jiwa pilih Bubur Jagung dan Peksu tukar ke Pengat Pisang sebab Bubur Kacang Hijau takda pulak....gigih Meksu call Peksu dari depan periuk belanga XXL ni...sebab Peksu tak turun dari kereta he he

Mak tanya orang tu....aiii beli tiga takde diskaun ker...hahahaah mak oo mak. Jawabnya makcik yang menjual kalau beli 10 percuma 1 bekas hahaha...Makrabiah kata Uiishhh kami bertiga jer idok ler nak beli sepuluh...


Bila sampai rumah tunggu petang sikit baru buat Teh O dan keluarkan buburnya. Memang puas hati RM3 semangkuk ni sebab kuahnya pekat dan boleh tambahkan air lagi kalau nak cair sikit...dan biasa kalau kat pasar malam ada yang jual tak manis langsung buburnya kan...yang Bubur Perak ni semua ketiga-tiga bubur kami beli memang tak lokek gula...manis sangat...so boleh adjustlah dalam periuk sendiri kalau tak gemor manis...atau kalau wajah pun dah manis hahaha...

23 July, 2015

Baked Macaroni spontan pagi tadi

Serius takda idea apa nak buat untuk sarapan pagi tadi...bila Peksu kata "buatlah apa-apa...perut kosong ni susah nak buat kerja" ha ha sedih benor mendengornya baru kita ingat nak ajak makan luor yer...haruslah tak jadi lagipun Peksu tengah menyambung projek DIY balkoni (ini pun mungkin boleh dikongsikan bila siap nanti)...

Jadinya terus Meksu bingkas ke dapur tengok apa ada dapat peti ais...jadi inilah hasilnya seperti di bawah. Dah kebetulan ada macaroni, sos bolognese, 2 jenis cheese, lada hitam, daun bawang teruslah jadi...caranya agak ringkas:-
  1. Guna baking dish. Lapiskan macaroni yang telah direbus, tabur cheedar cheese, lada hitam dan daun bawang.  
  2. Lepas tu tuang sos bolognese.
  3. Tabur pula parutan mazorella cheese dan sedikit butter kat hujung supaya taklah kering sangat macaroni nanti.
  4. Bakar 10 minit, ketuhar 170 darjah c. 
Excited sebab dapat guna baking dish le creuset stoneware...sebelum ni beli sebab pink tapi hari ni memang digunakan di jalan yang benar ha ha

Ok masuk...suka part ni sebab wajah merasa sauna percuma

Alhamdulillah siap...hidangkan bersama teh O panas barulah 'lawan' bak kata orang...orang mana? Meksu ler ha ha