31 May, 2009

Koleksi Gambar "The Making" Yang Terperuk Dalam Telefon...

Geng Bas Sekolah mak...hehehe Kak Midah tengah menggiling inai, Kak Nah yang kat belakang tu sedang mencabut daun inai dari ranting batangnya...
Malamnya...kedua kakak ni juga yang menginaikan aku...berinai kecil kata org untuk inai kali pertama, kerana esok malamnya pula...diinai sekali lagi...

 Dilayan seperti puteri gunung ledang...tidurku tak boleh lasak sangat malam tu...sebab ada inai di jari tangan dan...


...dan inai di kaki! Eh nampak pulak kakak aku kat belakang tu..tengah kemas apa tu??? Memang akak tak rehat-rehat dari pagi sampai ke malam heehehe she's the only sis that i have...luv her.......
Kak Intan (jiran di kampung) datang menolonggg aku mencucuk bunga pada bingkai gambar...idea ni aku curi dari majalah untuk cut cost!
 So aku bertungkus-lumus buat sendiri jerlah...dari ke hantaran, giftaways hingga ke sudut ambil gambar...Dan antara yang jadi mangsanya....adalah....

...GIRL!!! My sis's eldest daughter...she's a dancer & future top ballerina...her idol is Cikgu Linda Jasmine yeke??...and sebelah tu namanya Siti (anak Kak Nah yang tolong siap inai tadi)...dia bukan Siti Nurhaliza...tapi Siti ni bercita-cita nak kahwin dengan orang kaya bila besar nanti...seriusss, 5 kali dia cakap kat aku...tak padan ngan keciK!

Tengok abah tak mengenal penat melayan aku nak paku itu paku ini kat dinding bilik hehehehe...
Abah memang all out...dari mula menyusun atur majlis perkahwinan kami hingga ke hari besarnya...asyik tersenyum lebarrrrrrrrr...

Tadaaaaa! Inilah dia hasil sudut kecil buatan sendiri...taklah asyik nak bergambar atas katil atau kat pelamin jek nanti






No comments: