31 May, 2009

Main Celup-celup.

"Eeee tak lalu mak..." HAHAHAHA Aku "WAHHHHHHH...indahnya dunia..."
"Abah ok jer...........steady...nyum nyummm!!!!
"Yang ini....pantang jumpa...."
Aku: "Mak...turunla KL lagi...."
Mak: "Ishhh takleh selalu...nanti ayam reban takda sapa bagi makan..."
Aku: "Mak lagi sayang ayam dari sayang kitaowang ekkkkkkk...ekekeke"

@ Chocolate Lounge, Bangsar Village

Riadah

Cuba tekaaaa...kitaorg kat mana???

Hari HAri MAU??? HAHAHAHA tak paham aku...
Minumlah Boh Teh O Ais yang sedap ini!

Nampak tak sticker apa my hubby pakai...

Yes...ada Event kAt Zoo Negara...saja kami datang untuk support our Client, BOH PLANTATIONS, sempena ulang tahun ke-80 BOH.

Ohhhh lamanya tak sampai Zoo niiiiii....secara keseluruhannya OKlah, aku tak reti nak menilai sesebuah zoo kerana aku bukanlah seorang pecinta binatang...kecuali kucing (yang comel sahaja)

Gambor Tangkap Sendiri.

Sebelum pergi ke Masjid...(1 Mei 09)
Maksu diapit dua anak sedara gediks...
Iylia Arissa & Puteri Nadia
(Status: masih single) jika berminat untuk berkenalan, sila hantar gambar berukuran poskad (jgn gambo bogel pulak) kepada maksunya terlebih dahulu.........

Mohd Afiq (Status: rahsia) jika berminat untuk berkenalan, sila lupakan... sebab dia kena belanja maksu&paksu dulu lepas berjaya jadi pilot nanti...

Koleksi Gambar "The Making" Yang Terperuk Dalam Telefon...

Geng Bas Sekolah mak...hehehe Kak Midah tengah menggiling inai, Kak Nah yang kat belakang tu sedang mencabut daun inai dari ranting batangnya...
Malamnya...kedua kakak ni juga yang menginaikan aku...berinai kecil kata org untuk inai kali pertama, kerana esok malamnya pula...diinai sekali lagi...

 Dilayan seperti puteri gunung ledang...tidurku tak boleh lasak sangat malam tu...sebab ada inai di jari tangan dan...


...dan inai di kaki! Eh nampak pulak kakak aku kat belakang tu..tengah kemas apa tu??? Memang akak tak rehat-rehat dari pagi sampai ke malam heehehe she's the only sis that i have...luv her.......
Kak Intan (jiran di kampung) datang menolonggg aku mencucuk bunga pada bingkai gambar...idea ni aku curi dari majalah untuk cut cost!
 So aku bertungkus-lumus buat sendiri jerlah...dari ke hantaran, giftaways hingga ke sudut ambil gambar...Dan antara yang jadi mangsanya....adalah....

...GIRL!!! My sis's eldest daughter...she's a dancer & future top ballerina...her idol is Cikgu Linda Jasmine yeke??...and sebelah tu namanya Siti (anak Kak Nah yang tolong siap inai tadi)...dia bukan Siti Nurhaliza...tapi Siti ni bercita-cita nak kahwin dengan orang kaya bila besar nanti...seriusss, 5 kali dia cakap kat aku...tak padan ngan keciK!

Tengok abah tak mengenal penat melayan aku nak paku itu paku ini kat dinding bilik hehehehe...
Abah memang all out...dari mula menyusun atur majlis perkahwinan kami hingga ke hari besarnya...asyik tersenyum lebarrrrrrrrr...

Tadaaaaa! Inilah dia hasil sudut kecil buatan sendiri...taklah asyik nak bergambar atas katil atau kat pelamin jek nanti






28 May, 2009

Dari Teman ke Teman.

Semalam, aku terima satu bingkisan e-mel daripada rakan sepejabat lamaku di Saatchi & Saatchi. Agnes tak tumpah seperti seorang ibu yang tak putus dengan kata-kata perangsang dan nasihat. Sentiasa positif mengutarakan pendapat dan tak lokek berkongsi dengan orang lain, terutamanya tentang 'ilmu-ilmu kehidupan'.

Dan hari ini aku ingin memanjangkan pesanan ini kepada rakan-rakan aku di sini pula...renungkanlah :)

Hi Su, God has found a partner for you and I pray that you both will finish well in this race because :

The road to success is not straight.
There is a curve called Failure,
A loop called Confusion,
Speed bumps called Friends,
Red lights called Enemies,
Caution lights called Family.
You have a spare called Determination,
An engine called Perseverance,
Insurance called Faith,
And with a driver called God, you will make it to a place called Success.

All the best in this new journey of life. Take care and keep in touch.

God bless,
Agnes

08 May, 2009

Aku Seorang Isteri...

Alhamdulillah, tanggal 1 Mei 2009, sekitar jam 5.30 petang, aku telah selamat diijabkabulkan di Masjid Al-Ghufraniah Kg Telok dengan sekali lafaz. Majlis akad nikah dilakukan sendiri oleh ayahandaku di hadapan 2 saksi dan naib kadi serta sanak-saudara terdekat. Majlis Perkahwinan dilakukan sehari selepas itu, Sabtu 2 Mei di kediaman kami, di Kampung Telok.

Terima kasih kepada adik-beradik, pakcik, makcik, sepupu, dua pupu dan semua sanak-saudara yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Dah lah semuanya sibuk dan kepenatan menolong itu ini, diberinya lagi kami hadiah istimewa...!

Dan jutaan terima kasih kepada para jemputan yang hadir...! Sungguh terharu kerana ramai sanak-saudara dan kawan-kawan yang datang dari jauh.............menyaksikan hari berbahagia kami.

Terima kasih sekali lagi! Dan doa'kanlah kebahagiaan dan kesihatan kami berdua :) AMIN
Suhaila & Harun.


p.s: nantikan gambar & rakaman majlis akad nikah & bersanding...Tunggu~ / thanks to Faidz & team~
Sedikit koleksi gambar telah aku muat naik di Facebook!!! add me layarputih@yahoo.com