23 March, 2009

Kursus wajib sebelum ke gerbang baru...

Seriusnyeee nak pergi kursussss......
Akuuu - lalalalalaaaaaaaaa........
Cara penyampaian ustaz ini sungguh bersahaja tapi cukup-cukup berisi sampai buat orang berdekah ketawa...tapi bincang bab Akidah...bab seriussss sebenarnya~

Alhamdulillah...kami telah selamat menjalani Kurus Perkahwinan. Mula-mula persepsiku terhadap kursus ini bercampur baur dan berdebar-debar...mengalahkan diana danielle nak masuk PLKN pulak. Yelah, sebelum ni macam-macam preview aku dengar. Ada yang kata "alah...takda apa lah, nasihat-nasihat biasa jer...dengar-dengar prosedur..." ada yang kata "mengantuk..." ada yang kata "hmmm dia suruh orang perempuan taat...taat..hmm!!!" ada yang kata, "bagusss....rasa nak cepat kahwin lepas tu." hahaha. Itulah yang ORANG KATA.

Dengan hati terbuka aku melangkah ke kursus bersama Harun, thanks to Puan Al-fieya dan Nadzri. Kawan lamaku semasa menuntut di universiti dulu ni dah buat bisnes kursus kahwin, di bawah kelolaan JAWI. Kebetulan kursusnya ni di Bandar Tasik Selatan juga. Setelah selesai 2 hari menjalani kursus, dadaku terasa lapang... Telah jelas kepada kami apakah peranan dan KELEBIHAN kami selepas bergelar suami & isteri :) So lepas keluar dari situ, dua-dua tersengih kambing. Lepas tu kami berbincang berdua (recap la konon) tentang apa yang kami belajar tadi...haha

Terima kasih kepada SEMUA fasilitator - Puan Suriati, Ustaz Baharuddin dan ramai lagi tak ingat nama maaf...maaf (kursus di Darul Imtiyaz 21-22Mac09) yang telah menjelaskan kepada kami, dari satu bab ke satu bab. Takda satu topik yang buat aku mengantuk. Lagi terbeliak ada la. Bila bab melahirkan anak tu...aku siap mengalir air mata hahaha emo! Berkali-kali mereka bertanya "ada soalan?" "ada apa-apa nak tanya?"...siap bagi alamat e-mel pulak tu, kalau-kalau ada soalan lanjut yang malu ditanya di khalayak...

2 comments:

Anonymous said...

su!! when is the big day? :)

Suhaila Mohd Shukor said...

FAD!!! 2 Mei reception!!! U must come ok??? My kad jemputan tak keluar lagi..