22 December, 2008

Part V @ Universal Studios

Berat siot tangan si shrek ni...sakit bahu aku.
Eh....yang mana satu si monroe ni..........jangan confius yek~

Nutty proffesor going nutsss~


Aku, nadia & afiq masuk rumah hantu "HOUSE OF HORROR ni...isk isk nasib baik tak pengsan...mana taknye semua jenis hantu bergabung tenaga...chucky, frankanstein, drakula, mayat dlm plastik tergantung, pontianak pun ader kot...aku tak sure sebab most of the time aku tutup mata...jalan laju-lajuuu & jerittttt macam orang giler hihi.

Part IV @ Universal Studios

Sebelum masuk ke Universal Studios, kami harus melalui City Walk, di mana terdapat deretan kedai-kedai menarik untuk meleretkan kad kredit. Nampak tak di belakang tu, ada gitar raksasa...berhampiran Hard Rock Cafe Hollywood.

Kedai ni mengingatkan aku pada bf akuuu si hantu stokin...kalau gi shopping dia suka giler beli stokin...wat koleksi...hihi

Sampai pun pintu masuk Universal Studios...

Masuk-masuk jumpa dengan si dora...aku paling excited skalik sebab die gemuk suke la nak picittt die! Beramah mesra dengan Curious George...Charlie Chaplin tu menyibuk dengan beskalnya.

Part III - Membeli sehingga terjatuh (Shop till u drop)


Banyak sangat barang untuk cupcakes...tak tahan...afiq meracuni fikiran maksunya suruh beli semua...

@ my fav shop...



16 December, 2008

Part II - Membeli sehingga terjatuh (Shop till u drop)

Perjalanan ke Dessert Hills Premium Outlet di daerah Palm Springs mengambil masa lebih kurang satu jam ke arah selatan dari tempat tinggal kami di Anaheim. Dengan bantuan GPS, big bro dengan yakin menelusuri lebuh raya 4 lorong mereka. Aku begitu teruja dan kerap kali ternganga dengan pemandangan kiri dan kanannya. Melihatkan kenderaan yang lalu lalang begitu berbeza di tempat kita. Lori-lorinya besar gedabak...macam dalam episod drama omputeh yang kita tengok di televisyen. Kami berkesempatan melalui Yorba Linda, kawasan yang mengalami pembakaran teruk seminggu dua sebelum kami tiba di tanah Amerika...



Kata pepatah, "pengalaman orang yang berjalan sejauh 1,000 batu lebih hebat berbanding orang yang membaca 1,000 buah buku.........."

Elok ler....aku pun malas baca buku hihi.

02 December, 2008

Ehem Ehem dari Aneheim CA (Part 1)

Tak sabar...bila la nak touch downnn.... Alhamdulillah.....akhirnya dapat pose maut depan arrival gate LAX International Airport, 5pm
Melalui perjalanan Kuala Lumpur-Taipei (Taiwan)-Los Angeles agak mengeraskan punggungku yang montel ini. Bila dicongak, jumlah perjalanan adalah dalam lingkungan 16-18 jam. Jiran sebelah tempat duduk aku adalah Captain Parveen, seorang juruterbang senior MAS juga. Kebetulan beliau dan ahli keluarga hendak ke destinasi yang sama, menjadikan perjalananku tidak membisu tapi lebih menarik kerana dapat berbual dan mengorek fakta-fakta penerbangan yang ingin ku ketahui tanpa bersusah payah untuk menggoogle. Katanya Los Angeles dan New York adalah sector paling jauh dari ditawarkan oleh MAS. Aduhai...patutlah aku rasa nak terjun dah dari kapal ni hehe bisikku dalam ati. Namun aku berpeluang melihat keajaiban ciptaan Allah di mana apabila kapal terbang kami terbang merentasi garisan dua waktu - siang dan malam setelah melepasi lautan....(akan bersambung) waktu di sini sekarang 4.30 pagi.