30 November, 2008
Bersedia untuk kesejukan di California...
26 November, 2008
Hujung Minggu di Perak.
Berkesempatan aku pulang ke kampung...
Aku ajak abah berposing semasa bersarapan...
Tengokler biskut cap pingpong dalam balang tudung merah tu...sedap kalau dicicah dalam teh kaw mak!
Dan buah betik ni aku potong, demi sistem perkumuhan yang lancar...
Buah delima atau pomegranate cakap omputeh...bapak aku cakap orang dulu-dulu akan sagat kulit buah ni dan tempek pada badan untuk kecantikan kulit.
kemudian aku bertemu kakakku dan anak-anaknya di Ipoh...
Lokasi: Kinta City, Ipoh.
Lokasi: Kinta City, Ipoh.
19 November, 2008
Kalau Nak Gembira...Minumlah Soda Gembira!
Maaflah kalau ada sesiapa yang berpuasa hari ini heh heh. Inilah dia air kegemaran aku, SODA GEMBIRA! Air ini pasti ku order jikalau makan di Wareong Penyet, bertempat di the Curve. Soda istimewa ini berupaya membangkitkan keriangan anda seketika hingga melupakan kisah duka lara atau gelora yang melanda...cubalah hari ini!
17 November, 2008
Bagaimana Agaknya Rasa Nasi Goreng USA di USA?
Seingat aku, Los Angeles sememangnya bukan destinasi dalam wishlist aku untuk tahun ini...seperti mana pernah aku coretkan di sini pada bulan Mac 2008 yang lalu. Itulah dia yang dikatakan "kita hanya merancang dan mengharap, tapi Tuhan yang menentukan". Insyallah, aku akan berlepas ke LA pada 30 November ini untuk selama lebih seminggu. Ia merupakan percutian yang tidak pernah ku sangka akan terjadi pada tahun ini. Inilah yang dinamakan rezeki. :) Alhamdulillah juga aku dan family big bro telahpun berjaya mendapatkan VISA ke sana. Punyalah rumit prosesnya...untuk mereka di luar sana yang ingin ke States dan membuat permohonan VISA, semoga berjaya ya dan jangan lekas putus asa! hehehe
Tapi kini kita dikejutkan dengan berita Wildfire yang amat teruk di beberapa kawasan di South California hingga Gabenor mantap mereka, Arnold susah-nak-eja mengisytiharkan darurat di beberapa kawasan terlibat. Aduhai...semoga keadaan cepat kembali tenang hendaknya. Kasihan sangat aku baca dalam bbc.co.uk tadi...beribu-ribu orang dikerahkan keluar dari rumah mereka ke kawasan sementara...dan gambar-gambarnya aduhai menakutkan juga. Ada satu gambar tu apinya begitu besar dan marak, ibarat neraka dunia....!
10 November, 2008
Cerita-ceriti Waktu Bekerja.
Subscribe to:
Posts (Atom)