Hari ni baru Rabu. Terasa lembab sungguh masa berlalu minggu ni... tak sabar rasanya menanti minggu depan. Ya Insyallah Selasa minggu depan ayahanda dan bonda akan pulang dari tanah suci. Rindu giler kat derang. Rindu sangat di seawal pagi bila bangun, bila terasa nak dengar suara mak abah, aku akan call rumah kat kampung. Ada saja yang mak bebelkan mengenai rutin harian dia, takpun dia akan bergosip pasal orang kampung hehe. Macam-macam la pok pek pok pek mak. Aku iyekan aja. Kadang kala ada juga yang tak relevan tapi aku biarkan dia bercerita sakan.
Hmm mungkin minggu ni sibuk sangat. Sebab tu lah terasa hari demi hari beredar lama. Tak sabar juga nak habiskan satu job penting ni. Iklan TV kedua aku di sini selepas Olay hari tu. Harapnya semuanya berjalan lancar. Bos aku nampaknya percaya sangat benda ni bole deliver bagus. Tapi dia pantau dari jauh aje. Itu yang buat aku cukup gelabah namun mantain macho la seperti biasa. Doakan semuanya tenang ok. Shoot bermula Jumaat ini...

1 comment:
Semoga perjalanan pulang Ayahanda dan Bonda lancar hendaknya..Amin..ku akan menunggu kepulangan kalian..
Post a Comment