Semalam housemate aku terkejut sebab aku balik awal haha. Biasalah siapa yang taknak miss wedding of the year live kat TV, walaupun skrin TV di rumah kami ibarat hidup segan mati tak mahu. Oleh kerana warna skrin tv kami dah kelam lagi kusam serta dilapisi warna merah dan oren sahaja, maka jenuhlah kami bermain teka-teka pulak apekah sebenarnya warna gaun siti semalam haha. Namun misai datuk kami tahu lagi konfem berwarna hitam. Kami juga diberitahu tv1 juga menyiarkan show best, iaitu Once akan menyanyi Dealova live dalam pertemuan ina-mawi. So kami hanya target nak tengok Once sahaja. Dan buat pengetahuan pembaca budiman, housemate2 aku ni memang die-hard fan kumpulan DEWA. Rasanya tak perlulah aku rungkaikan kisah2 gemilang mereka mengejar arjuna-arjuna DEWA ini sehingga ke meja restoran sewaktu mereka datang ke Malaysia suatu ketika dahulu.
So semalam mulanya kami tune in tv3. Dahsyat sungguh sambutannya semalam dan barulah satu Malaysia fahami apakah pengertian 'sederhana tapi meriah' kepada pasangan ini. Juga kagum dengan skrip yang dibaca oleh pengacara dan juga tuan rumah yang melakar ucap terima kasih dan maaf sekiranya ada cacat cela di dalam majlis tersebut. Walaupun agak berjela, namun baris perenggan yang dibaca begitu indah dan rapi, bersesuaian dengan majlis gilang-gemilang sedemikian. Begitu juga Siti yang menyampaikan ucapan tanpa skrip di akhir majlis, sungguh sopan dan cantik alunan kata-kata beliau...aku suka. Ditambah sang suami merenung tepat dari bawah sambil menguntumkan senyuman puas. Ehek ehek... auwww. Semoga berbahagia dunia dan akhirat hendaknya... Amin.
Bila iklan, kami beralih kepada saluran tv1. Selepas mendengar kualiti nyanyian Once tidak begitu memberangsangkan, peminat fanatik DEWA di dalam rumahku bersependapat Once tidak berapa sihat haha.
Dan apabila show itu kembali kepada wawancara ina dan rosyam nor, mata aku terbeliak. Begitu terkejut sekali sebuah stesen tv kerajaan yang dilabel sebagai lidah kerajaan, telah mengupas konflik putus tunang satu pasangan remaja selama 2 jam lebih secara live. Apa singnifikannya 24 juta rakyat malaysia perlu menaakul kisah peribadi seseorang. Boleh pula dihantar sms, anda menyebelahi siapa? Menggeleng kepala kami melihat aksi hos rancangan memberikan soalan-soalan cheesy kepada ina, membuatkan ina sebak lalu menangis hingga tersekat-sekat untuk menjawab soalan. Kemudian menyanyi dan minta mawi hayati lirik lagu rindunya. Astaga, Mr. Bean pun tak buat lawak macamni. Diselangi reaksi Mawi yang bersahaja, reserve, lebih banyak berfikir dan berhati-hati sebelum menjawab.
Memetik kata Abahamka, jika ianya disiarkan atas dasar memberikan teladan untuk wanita atau pasangan lain, di mana undangan pakar motivasinya? Hmmm adakah ini bakal menjadi satu bentuk program realiti terbaru dalam industri penyiaran di Malaysia? Terlampau sekali eksploitasi media masa kini. Apa agaknya respon para ilmuwan dan ahli politik yang sedang bersidang di parlimen ketika ini. Kita minum dulu.................
*Maaf jika post kali ini ala-ala ucapan puteri UMNO haha.

4 comments:
Apa dah jadi pada media kita ni? Sampai Artis kahwin dan putus pertunangan pun boleh jadi berita Front Page suratkhabar. Semata-mata untuk mendapatkan readership/viewership. Sedih!!
Kesian Ina..kena ekploitasi dek tv.Rasanya rancangan itu tiada hala tujunya hanya semata-mata untuk mendapat rating penonton.Haprak!!!
Steve, apa kata u tackle Ina dan selamatkan dia daripada menjadi mangsa tsumawi.....
Eh taknak la! Nanti TV3 camping kat luar rumah I. No thanks!!
Post a Comment