28 August, 2006

Jom Main Lagi.

Aku pulang ke Nilai hujung minggu lepas untuk menyertai 2 anak sedaraku yang tembam. Eh bukan 2 tapi tinggal seorang sahaja yang tembam sebab anak sedara sulungku yang bernama Afiq (bukan nama sebenar) telah pun berjaya menurunkan badannya secara mendadak sehingga susut seperti orang kehilangan punggung. Pakai seluar pun sudah terlondeh kerana tiada lagi bumper penahan. Tahniah di atas kejayaan unggulmu tapi tolonglah hentikan diet ciptaan sendiri itu dan silalah kembali kepada pemakanan seperti manusia normal supaya abahmu tidak kebisingan lagi.

Back to the topic, sebenarnya kepulanganku adalah untuk bermain bowling dengan Mohd Afiq ini dan juga adiknya Puteri Nadia (juga bukan nama sebenar). Buat pengetahuan pembaca budiman, Nadia lah yang paling muda dan agak buncit perutnya berbanding aku tapi bila bermain bowling dia pasti menjadi champion kerana kerap menjalani training MSN Negeri Sembilan bawah 12 tahun. Kagum juga dengan prestasi dia tambahan lagi seingat aku di dalam keluarga kami tiada seorang yang benar-benar aktif bersukan. Ini kerana kecemerlanganku berjogging di atas threadmill gym sejauh 4 km dalam tempoh 40 minit belum lagi boleh dianggap sebagai satu kejayaan keluarga.

Bermula pada hari Sabtu yang tenang kami berentap di Nilai Spring, di mana aku telah merasmikan kasut dan bola baru ku yeahuuu. Namun semangat kesukanan kami yang mulanya membara telah luntur sedikit demi sedikit kerana balingan kami ada saja yang tidak kena dan gagal menepati sasaran. Seperti biasa anak sedara aku ini tidak mahu mengakui kelemahan sendiri tetapi telah menyalahkan lane bowling itu pulak yang something wrong. Hek elee. Maka kami berhenti selepas second game.
Perjuangan kami diteruskan pada hari Ahad di Seremban Parade, lokasi yang dipilih oleh kedua anak sedaraku. Selepas melihat prestasi permainan kami jauh berbeza daripada semalam, aku fikir mungkin ada benarnya lane bowling kat Nilai Spring tu ada masalah haha. Maka kami menghayun sehingga 3 games dan masing-masing menunjukkan aksi tersendiri. Biasalah Afiq bila bola masuk longkang disalahkan pula bola itu. Nadia telah skor 170 meninggalkan maksunya yang hanya separuh daripada itu. As a beginner aku pasrahler. Walaupun balingan aku dikata Afiq seperti itik gembo-gembo, itu bukanlah batu penghalang untuk seseorang itu berjaya di dalam bidang yang diceburinya. kehkehkeh.

2 comments:

Anonymous said...

You wrong about tak ade yang aktif sukan dalam family.How about Big Bro? 'Mana nak tumpah sos black pepper kalau tak ke steak'...keep it up my Princess!!

Suhaila Mohd Shukor said...

Yea....BUT look at your tummy now................