29 August, 2006

Siaran Gemilang vs. Siaran Sumbang

Semalam housemate aku terkejut sebab aku balik awal haha. Biasalah siapa yang taknak miss wedding of the year live kat TV, walaupun skrin TV di rumah kami ibarat hidup segan mati tak mahu. Oleh kerana warna skrin tv kami dah kelam lagi kusam serta dilapisi warna merah dan oren sahaja, maka jenuhlah kami bermain teka-teka pulak apekah sebenarnya warna gaun siti semalam haha. Namun misai datuk kami tahu lagi konfem berwarna hitam. Kami juga diberitahu tv1 juga menyiarkan show best, iaitu Once akan menyanyi Dealova live dalam pertemuan ina-mawi. So kami hanya target nak tengok Once sahaja. Dan buat pengetahuan pembaca budiman, housemate2 aku ni memang die-hard fan kumpulan DEWA. Rasanya tak perlulah aku rungkaikan kisah2 gemilang mereka mengejar arjuna-arjuna DEWA ini sehingga ke meja restoran sewaktu mereka datang ke Malaysia suatu ketika dahulu.

So semalam mulanya kami tune in tv3. Dahsyat sungguh sambutannya semalam dan barulah satu Malaysia fahami apakah pengertian 'sederhana tapi meriah' kepada pasangan ini. Juga kagum dengan skrip yang dibaca oleh pengacara dan juga tuan rumah yang melakar ucap terima kasih dan maaf sekiranya ada cacat cela di dalam majlis tersebut. Walaupun agak berjela, namun baris perenggan yang dibaca begitu indah dan rapi, bersesuaian dengan majlis gilang-gemilang sedemikian. Begitu juga Siti yang menyampaikan ucapan tanpa skrip di akhir majlis, sungguh sopan dan cantik alunan kata-kata beliau...aku suka. Ditambah sang suami merenung tepat dari bawah sambil menguntumkan senyuman puas. Ehek ehek... auwww. Semoga berbahagia dunia dan akhirat hendaknya... Amin.

Bila iklan, kami beralih kepada saluran tv1. Selepas mendengar kualiti nyanyian Once tidak begitu memberangsangkan, peminat fanatik DEWA di dalam rumahku bersependapat Once tidak berapa sihat haha.

Dan apabila show itu kembali kepada wawancara ina dan rosyam nor, mata aku terbeliak. Begitu terkejut sekali sebuah stesen tv kerajaan yang dilabel sebagai lidah kerajaan, telah mengupas konflik putus tunang satu pasangan remaja selama 2 jam lebih secara live. Apa singnifikannya 24 juta rakyat malaysia perlu menaakul kisah peribadi seseorang. Boleh pula dihantar sms, anda menyebelahi siapa? Menggeleng kepala kami melihat aksi hos rancangan memberikan soalan-soalan cheesy kepada ina, membuatkan ina sebak lalu menangis hingga tersekat-sekat untuk menjawab soalan. Kemudian menyanyi dan minta mawi hayati lirik lagu rindunya. Astaga, Mr. Bean pun tak buat lawak macamni. Diselangi reaksi Mawi yang bersahaja, reserve, lebih banyak berfikir dan berhati-hati sebelum menjawab.

Memetik kata Abahamka, jika ianya disiarkan atas dasar memberikan teladan untuk wanita atau pasangan lain, di mana undangan pakar motivasinya? Hmmm adakah ini bakal menjadi satu bentuk program realiti terbaru dalam industri penyiaran di Malaysia? Terlampau sekali eksploitasi media masa kini. Apa agaknya respon para ilmuwan dan ahli politik yang sedang bersidang di parlimen ketika ini. Kita minum dulu.................

*Maaf jika post kali ini ala-ala ucapan puteri UMNO haha.

28 August, 2006

Jom Main Lagi.

Aku pulang ke Nilai hujung minggu lepas untuk menyertai 2 anak sedaraku yang tembam. Eh bukan 2 tapi tinggal seorang sahaja yang tembam sebab anak sedara sulungku yang bernama Afiq (bukan nama sebenar) telah pun berjaya menurunkan badannya secara mendadak sehingga susut seperti orang kehilangan punggung. Pakai seluar pun sudah terlondeh kerana tiada lagi bumper penahan. Tahniah di atas kejayaan unggulmu tapi tolonglah hentikan diet ciptaan sendiri itu dan silalah kembali kepada pemakanan seperti manusia normal supaya abahmu tidak kebisingan lagi.

Back to the topic, sebenarnya kepulanganku adalah untuk bermain bowling dengan Mohd Afiq ini dan juga adiknya Puteri Nadia (juga bukan nama sebenar). Buat pengetahuan pembaca budiman, Nadia lah yang paling muda dan agak buncit perutnya berbanding aku tapi bila bermain bowling dia pasti menjadi champion kerana kerap menjalani training MSN Negeri Sembilan bawah 12 tahun. Kagum juga dengan prestasi dia tambahan lagi seingat aku di dalam keluarga kami tiada seorang yang benar-benar aktif bersukan. Ini kerana kecemerlanganku berjogging di atas threadmill gym sejauh 4 km dalam tempoh 40 minit belum lagi boleh dianggap sebagai satu kejayaan keluarga.

Bermula pada hari Sabtu yang tenang kami berentap di Nilai Spring, di mana aku telah merasmikan kasut dan bola baru ku yeahuuu. Namun semangat kesukanan kami yang mulanya membara telah luntur sedikit demi sedikit kerana balingan kami ada saja yang tidak kena dan gagal menepati sasaran. Seperti biasa anak sedara aku ini tidak mahu mengakui kelemahan sendiri tetapi telah menyalahkan lane bowling itu pulak yang something wrong. Hek elee. Maka kami berhenti selepas second game.
Perjuangan kami diteruskan pada hari Ahad di Seremban Parade, lokasi yang dipilih oleh kedua anak sedaraku. Selepas melihat prestasi permainan kami jauh berbeza daripada semalam, aku fikir mungkin ada benarnya lane bowling kat Nilai Spring tu ada masalah haha. Maka kami menghayun sehingga 3 games dan masing-masing menunjukkan aksi tersendiri. Biasalah Afiq bila bola masuk longkang disalahkan pula bola itu. Nadia telah skor 170 meninggalkan maksunya yang hanya separuh daripada itu. As a beginner aku pasrahler. Walaupun balingan aku dikata Afiq seperti itik gembo-gembo, itu bukanlah batu penghalang untuk seseorang itu berjaya di dalam bidang yang diceburinya. kehkehkeh.

25 August, 2006

Syok Pulak Main Bowling.

Haruskah aku mengambil serius terhadap permainan ini dengan membeli sepasang kasut dan bola sendiri?

23 August, 2006

Uniknya Bumi Tuhan.

Sepanjang 5 km di Kuala Kubu Baru, Selangor. Lebih 2 jam aku harungi liku-likunya..........




22 August, 2006

Iylia Irdeena Di Usia 5 Hari.



Selamat datang ke dunia baru... maksu loves you.

01 August, 2006

Hari Ini Hari Jadi Didie.

Horay! Today is my dearest best friend's birthday. Wanted to upload one of her pictures here tapi terlupa pulak bawak laptop arini. Anyway, didie...wishing you all the berry berry best in everything you're heading to.......................ehem ehem. Insyallah! And you know who to call if you need to share anything :) Love you!