Sia-sia sajalah aku kecut perut aku dari pagi tadi kerana hendak menghadiri satu temuduga yang dijadualkan berlaku hari ini. Tiba-tiba di postponed pula ke hari Khamis. Pasti ada hikmah di sebaliknya ni. Tidak mengapalah, esok pun nak raya. Lunch time tadi aku habiskan dengan mensurvey ayam kat Carrefour yang hendak ku beli lepas opis nanti untuk dibuat nasi tomato & ayam merah sempena menyambut Raya Haji esok bersama kawan-kawan. Inilah kali pertama aku ingin mencuba masakan yang agak berprestij. Resipi yang ku salin dengan bersemangatnya selepas membelek sebuah majalah di rumah sedara aku yang nampak macam kacang je. Harap-haraplah resipi itu tak palsu. Sia-sia pula pengorbanan ayam-ayam tu nanti. Terlanjur itu, Selamat Hari Raya Korban kepada hadirin dan hadirat sekalian.
5 comments:
hello miss,
boleh kah anda menjoin ini benda
http://www.couchsurfing.com dan tulis le testi untuk hamba mu yang daif.
amin lol
selamat!
Kehadapan mmm,
Saya tak mampulah nak join couch ni. Friendster yang ada pun malas nak bukak hehe. Maafkan ya. BTW, siapakah anda?
Selamat Hari Raya Korban...
Alhamdulillah, nampak gayanye pengorbananmu ayam2 sungguh tiadalah sia2 jua...mmg enak sekali hasil keajaiban yg telah tercipta lantaran ketaksuban sesetengah pihak itu mencuba resipi2 baru.
mmm...syedap hingga ke titisan kuah terakhir!
marvellous!
Terima kasih kerana memakan saye wahai encik banker kebosanan. Syok juga penjelajahanku di dalam perutmu yang boroi itu.
Wahai cik ayam, baguslah andai penjelajahanmu syok sekali melewati keboroian saya yg seumpama zoo ketika itu. Pastinya cik ayam merah ada ketemu encik2 rendang lembu, kari kambing, ikan laksa, udang dan cik rendang ayam di dalam zoo tersebut bukan?
Post a Comment