Assalamualaikum…lamanya Meksu tak blog! Ada sesuatu yang nak
Meksu kongsikan kat sini yang mana berkaitan dengan proses pindah rumah baru.
Ya, Alhamdulillah bulan lepas, kami telah berhijrah ke kediaman
yang lebih selesa. Siapa yang ada pengalaman berpindah mesti tahu ragamnya
macam mana kan? Bermula daripada proses buka pasang (kalau perabut) mengemas,
melipat (kalau baju) membungkus dengan bubble wrap atau kertas (kalau barang
kaca) masuk ke dalam kotak, melabel, mengangkut dan bila sampai ke rumah
baru…nak dikemaskan semula Tuhan saja yang tahu!
Ketika inilah kami ambil peluang untuk buang barang yang
rosak atau yang difikirkan perlu diganti dengan baru.
Macam mana dengan tilam? Nak bawa atau nak ganti baru?
MENTALITI:
- Eh, elok lagi ni…tak nampak kotor pun 😁
- Ala spring ok lagi tak terjerenguih pun???
- Pakai jelah sampai mereput haha, buat apa membazior!
Hehe itulah kebiasaannya.
Namun tahukah anda tilam yang terlalu lama dipakai, tidak
ditukar bertahun-tahun boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan sendiri? Itulah
Meksu sendiri pun, bila fikir tilam kita fikirkan kualiti spring dia saja,
kalau spring tahan lagi, tak rosaklah maknanya atau kalau spannya tak melendut,
tak tenggelam lagi eh gunalah lagi…hehe
Namun FAKTA yang
mungkin MENGEJUTKAN adalah:-
- Tahukah anda, tilam yang kita tidur hari-hari selama berjam-jam ini (tambah Meksu kuat mereloh :P) akan mengumpul kekotoran daripada badan kita sendiri. Kepingan sel kulit mati akan terkumpul hari demi hari. Bayangkan kalau dah bertahun-tahun…geli pulak memikiorkannya ha ha.
- Kedua; habuk, debu dan kekotoran daripada alam sekitar kita, tambah bila siang kita bukak tingkap luas-luas untuk pengudaraan bilik dan masa itulah anasir-anasir tak diundang ini terkumpul dalam tilam kita tanpa disedari.
- Ketiganya: paling menakutkanlah pada Meksu memang tak suka dengan ketiga-tiga ni…Cik Ku, Cik Pi, Cik Ha…siapa deme ni? Ya, tilam yang terlalu lama tak disalin-salin akan menjadi “rumah” kepada serangga-serangga halus seperti Cik Kutu, Pijat dan Hama. Sebut saja dah geli belum dibayangkan kalau dia melata kat badan kita masa kita tidur. Sebab tulah kalau kita tidur ada macam rasa gatal-gatal, miang…kita mula nak tepuk-tepuk badan tu…mungkin tandanya adalah dia kat situ…(melainkan kalau kita pun lama tak mandi memanglah miang juga hehe)
Itulah dianya antara 3 aspek penting yang mungkin kita tak
perasan, yang Meksu sendiri terlepas pandang. Jadi dipendekkan ceritanya Meksu
memang dapatkan tilam baharu untuk rumah baharu ni J Alhamdulillah.
Terima kasih kepada Goodnite, pengeluar tilam terbesar yang
tak perlu lagi diperkenalkan di Malaysia yang memberi pendedahan bermanfaat kepada
Meksu untuk berkongsi dengan anda. Kalau kita tak bercadang nak tukar tilam
hari ini atau besok, sekurang-kurang kita tahu tentang betapa berkait rapatnya tilam
dengan kebersihan kulit dan badan kita.
Yang disyorkan, tilam seelok-eloknya ditukar 10 tahun sekali demi kesihatan keluarga.
Yang disyorkan, tilam seelok-eloknya ditukar 10 tahun sekali demi kesihatan keluarga.
Goodnite Love Series! |
Tengok pun dah tahu boleh tidur lena :) |
Harga dari RM 1,999 (Saiz Queen: True Love) hingga RM 5,199 (Saiz King: Forever Love) ...alah membeli menang memakainya. |
Sehingga bertemu lagi di lain lembaran,
Salam sayang dan Goodnite daripada Meksu.
5 comments:
hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
sincerely , farahain zfa
Nampak Menarik tilam ni...
Done follow...
http://paanhealersblog.blogspot.com/
شركة تنظيف مجالس بالدمام
شركة مكافحة الحشرات بالاحساء
شركة تنظيف بالاحساء
شركة تنظيف براس تنوره
شركة تسليك مجارى بالخبر
شركة تسليك مجاري بالقطيف
شركة تنظيف سجاد بالجبيل
شركة تنظيف مجالس بالدمام
شركة مكافحة الناموس بالرياض
Post a Comment