Major late post. Kenangan kami memperindahkan balkoni rumah kondominium kami. Disebabkan nak jimat tapi berkehendak make-over balkoni berkayu, Peksu cadang kita buat sendiri saja. Boleh ke ni? Boleh tak boleh kita redah saja...hehe
 |
SEBELUM (Lantai jubin standard daripada pemaju) |
 |
SELEPAS (dikayukan lantai dan dinding) |
Okay jom lihat sedikit sebanyak proses DIY ini...
Material: Kayu Balau & Paku
Peralatan: Mesin gergaji, driller, grinder, penyukat
Kos pembelian material: RM2,500
Jangka masa siap: Sebulan
 |
Dimulakan dengan menyukat saiz balkoni dan pergi membeli bahan-bahan di kedai kayu. Kedai ni di Jalan Klang Lama. |
 |
Meksu pun sibuk jugak nak ikut hehe barulah tahu ya ampun...banyaknya jenis kayu dan bercorak-corak macam pergi kedai pilih tudung gaya rambangnya :)) |
 |
Tu dia.......penuh aihhh |
 |
Proses dimulakan dengan meletak alang atau platform kayu di bawah...barulah susun kayu di atas dan paku kayu itu satu persatu...kalau tak sure boleh tanya supervisor atas tu |
 |
Sama juga untuk bahagian dinding...letakkan alang begini dan kemudian susun kayu balau satu persatu...kena cermat supaya tak senget dan tepat ukuran |
 |
Pelan-pelan susun |
 |
Tiba di hujung ni kena ekstra teliti |
 |
Tada...Alhamdulillah siap. Supervisor happy :) |
1 comment:
Salam... saya singgah sini dan follow. Nampaknya suami kita ada minat yg sama iaitu bertukang... semua benda nk DIY sndiri =D
Post a Comment