Le Creuset ohhh Le Creuset.
Boleh dikatakan baru lagi saya tahu pasal jenama dan produk ni. Bermula hati terpaut kepada koleksi produk warna chiffon pink dan rose nya...kemudian saya ambil tahu sedikit demi sedikit mengenainya. Sebenarnya Le Creuset ni ada banyak jenis...
Koleksi saya bermula dengan Stoneware...yang boleh bakar masuk oven atau microwave tapi tak boleh letak di atas stove.
Jadi saya mula kumpul ini sikit demi sikit...tak lain tak bukan sebab?
Dia pink and cute.
ha ha ha.
Itu jer sebab utamanya...
Saya kumpul Le Creuset yang saiz kecil-kecil dulu...dan beralih ke besar-besar sedikit. Kepuasan yang datang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Tapi biasa yang kecil ni tak boleh masak tumis atas api sebab ia bukannya Cast Iron. Rata-rata produknya nak masuk dalam Dishwasher pun boleh tapi Meksu mana ada dishwasher...
Breakfast in bed untuk ayahanda bonda |
Baked Macaroni menggunakan Bakeware |
Soup bowl...hidangan untuk tetamu |
Di belakang tu...utensils holder |
Mixing bowl buat cucur ikan bilis bawang |
Berguna ni kalau nak tuang santan atas agar-agar santan LOL |
Lepas dah kumpul mug, piring-piring, teko-teko, egg stand, mixing bowl dan periuk kecil-kecil tu...hati ni menanam cita-cita untuk memiliki periuk untuk memasak di atas dapur dari range Cast Iron ini. Beli periuk jenis yang ini kena fikir banyak kali sebab harganya memang tinggi sedikit. Dan biarlah pembelian itu berbaloi.
Kotaknya sampai di pejabat. Ada yang baik hati tolong angkut untuk Meksu dari luar negara...terima kasih :) |
APA BAIKNYA LE CREUSET INI?
1) Pertama sekali, selepas Meksu tonton video cara pembuatannya ni...baru meksu faham apa maksud periuk Cast Iron dan sebab kualiti inilah harganya tinggi. Anda boleh lihat sendiri camna Abang Sado buatkan setiap satu periuk Le Creuset yang teringin anda beli tu....
2) Sekali beli periuk ini bermakna untuk simpan selamanya. Boleh diwarisi turun temurun kepada anak cucu macam mewariskan Tanah pusaka ha ha. Sebabnya memang ia besi dan bertahan sepanjang hayat...yes last for a lifetime!
3) Sememangnya dia berat macam besi sebab memang dia besi he he. Yang meksu beli adalah yang 26cm diameter. Bukan saja badannya berat, penutupnya pun berat. Jumlah berat dalam 5.5kg. Pengalaman Meksu masak sup ekor tempoh hari, punyalah lembut jadiknya ekor tu...sebab Meksu biar sup menggelegak lama dengan penutup. Disebabkan penutupnya berat dan rapat, kuah sup tak meruap naik.
4) Rupanya cantik...bukan saja di atas dapur tapi nak terus hidang atas meja pun sesuai...apa salahnya. Ada bermacam pilihan warna Le Creuset ni...boleh beli ikut warna kegemaran atau ikut warna kabinet dapur, ikut suka.
Cast Iron - Round French Oven - 26cm Chiffon Pink |
5) Katanya masak dalam ni menjadikan masakan lebih sedap, sebab semua jus, khasiat dan zat tak terkeluar dan kekal dalam masakan. Itu sejujurnya Meksu tengah praktikkan lagi...sebab baru sahaja pakai untuk beberapa jenis masakan seperti di bawah. Alhamdulillah semua licin...
Rendang Daging raya tempoh hari |
Sup Ekor |
Ayam Masak Merah stail kenduri |
Ohh ini tengah tumis cili untuk sambal nasi lemak...puas tumis dalam ni sebab rasa bahang panasnya |
Tada...sambal ikan bilis |
Diharapkan semoga perkongsian Meksu mengenai Le Creuset setakat ini membantu. Di Malaysia dah banyak outlet Le Creuset ni...
6 comments:
Yum yum. Nanti kite sama-sama kumpul ek. Sorang biru sorang pink... Bila dengor boleh diwarisi takdelah membazir sangat kalau dibeli. Hikhikhik. (Cari alasan nak beli)
Jom ler...kita sama-sama collect demi cucu-cicit kita nanti ha ha
Salam sis berminat nk beli x periuk le creaeut sy nk jual rm800..baru lg dlm kotak warna orange..
Sekiranya berminat nak bayaran ansuran 3x atau 4x untuk periuk ni, boleh je tekan link di bawah...
www.wasap.my/601156877118/Lecruset
Ada ig tak nak tengok?
Ada @suhaila__ms
Post a Comment