Hari ini AirAsia membuat promosi tiket New Zealand pula. Selepas satu, satu destinasi yang berjaya ditaklukinya bermula dari negeri-negeri dalam Malaysia, kemudian rantau Asia, dan kini ke Eropah pun ya. Memang banyak rungutan kita dengar mengenai syarikat penerbangan tambah murah ini. Termasuklah aku sendiri yang ada pengalaman kurang manis bersamanya. Namun bagi aku, secara peribadinya, AirAsia telah banyak membantu membuka mata aku tentang dunia di luar sana. Sejak aku mula bekerja sekitar tahun 2003, aku bertatih belajar membuat tempahan secara online dan mula berjalan ke negara-negara jiran.
Disebabkan tiket harga patut yang ditawarkan inilah aku mampu membawa kedua ibu bapa berjalan ke beberapa destinasi pilihan mereka. Siapa tak seronok bila dapat merakam memori percutian bersama orang yang paling kita sayang. :) Setelah mendirikan rumah tangga juga, aku dan suami berlepas ke destinasi bulan madu dengan syarikat penerbangan ini. Walaupun ada saja perkara yang aku kurang berpuas hati setiap kali keluar dari LCCT, tapi disebabkan harganya MURAH, ku beli jua untuk destinasi seterusnya...!!!
Pada aku, hidup ini terlalu pendek untuk kita sia-siakan terperuk di rumah sahaja!
Kenangan indah di Melbourne, Australia - June 2009
No comments:
Post a Comment