23 March, 2009

Kursus wajib sebelum ke gerbang baru...

Seriusnyeee nak pergi kursussss......
Akuuu - lalalalalaaaaaaaaa........
Cara penyampaian ustaz ini sungguh bersahaja tapi cukup-cukup berisi sampai buat orang berdekah ketawa...tapi bincang bab Akidah...bab seriussss sebenarnya~

Alhamdulillah...kami telah selamat menjalani Kurus Perkahwinan. Mula-mula persepsiku terhadap kursus ini bercampur baur dan berdebar-debar...mengalahkan diana danielle nak masuk PLKN pulak. Yelah, sebelum ni macam-macam preview aku dengar. Ada yang kata "alah...takda apa lah, nasihat-nasihat biasa jer...dengar-dengar prosedur..." ada yang kata "mengantuk..." ada yang kata "hmmm dia suruh orang perempuan taat...taat..hmm!!!" ada yang kata, "bagusss....rasa nak cepat kahwin lepas tu." hahaha. Itulah yang ORANG KATA.

Dengan hati terbuka aku melangkah ke kursus bersama Harun, thanks to Puan Al-fieya dan Nadzri. Kawan lamaku semasa menuntut di universiti dulu ni dah buat bisnes kursus kahwin, di bawah kelolaan JAWI. Kebetulan kursusnya ni di Bandar Tasik Selatan juga. Setelah selesai 2 hari menjalani kursus, dadaku terasa lapang... Telah jelas kepada kami apakah peranan dan KELEBIHAN kami selepas bergelar suami & isteri :) So lepas keluar dari situ, dua-dua tersengih kambing. Lepas tu kami berbincang berdua (recap la konon) tentang apa yang kami belajar tadi...haha

Terima kasih kepada SEMUA fasilitator - Puan Suriati, Ustaz Baharuddin dan ramai lagi tak ingat nama maaf...maaf (kursus di Darul Imtiyaz 21-22Mac09) yang telah menjelaskan kepada kami, dari satu bab ke satu bab. Takda satu topik yang buat aku mengantuk. Lagi terbeliak ada la. Bila bab melahirkan anak tu...aku siap mengalir air mata hahaha emo! Berkali-kali mereka bertanya "ada soalan?" "ada apa-apa nak tanya?"...siap bagi alamat e-mel pulak tu, kalau-kalau ada soalan lanjut yang malu ditanya di khalayak...

19 March, 2009

Sarapanku Pagi Tadi...

Barli suam (kegemaran aku macam biasa) dengan Nasi Lemak Antarabangsa. Baru buka restorannya berhadapan Bangsar Village II. Si dia ajak mencuba...(dah lama tak sarap sama-sama) hihi suker ler dia kedai yang tak crowded camni. Kebetulan sebaris AmBank, memang tujuan ke situ nak amik roadtax baru si kodok tadi...
Lepas suapan pertama, ayat yang terpacul "Peerghhh...sambal dia sebijik rasa macam kat Kampung Baru!" Bezanya cuma pada harga...harga Bangsar...dan juga kat sini tiada kebarangkalian anda ternampak tikus melata di bawah meja macam kat Kampung Baru. Ayam goreng seketul kat belakang tu kira sidelines la dalam buku menunya...

Paru ni kira sidelines juga...orang low blood elok makan ini hihi

18 March, 2009

AKU STRESS KE NIIIIIII????????

HUWARGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

16 March, 2009

Kenapalah...

...tak baik-baik demam ni. Uhuk! Sudah hampir seminggu rasanya ku mensoksek idong. Dan hari ini aku kehilangan suara pulak! Uhuk! Oh Tuhan, pinjamkan kembali suara WANITAKU seperti dahulu...please please please...tak rela bersuara serak-serak seksi camni~

13 March, 2009

Kakakku yang satu...

Isn't it sweet? Happy birthday SIS...8thMac2009...may the force always with YOU :) WE ALL LOVE YOUUU!

12 March, 2009

Sempat Lagi Tu...






HEHEHHEEEHE pukul 11.30 mula....jam 12.30 habis semua....licin....sebijik pun tak tinggal. ALhamdulillah...

03 March, 2009

Ia Hanya Sebentuk Cincin, Tapi...

....memberi banyak "rasa" selepas ia disarungkan. Rasa yang bercampur-campur. Ada syukur, ada gementar, ada gembira, ada terpinga, ada beban, ada tanggungjawab, ada manis, ada janggal, ada terharu, ada sayu, ada senyum sendiri. Ada mungkin aku saja yang punya rasa-rasa sebegini. Tambahan kerjaku yang tak lekang menaip setiap hari, mata ini terasa kekok dengan sesuatu yang menyilau di jari.