26 January, 2009

Panduan Memecah Tabung!

Mula-mula...ambil tabung anda. Jangan ambil tabung kawan atau jiran anda pula. Dan pastikan tabung anda telah betul-betul penuh... Kemudian, ambil peralatan yang sesuai dengan keperluan tabung. Di dalam kes ini, aku terpaksa menggunakan pembuka tin susu...ahaks! Setelah penutupnya terngaga...jenguk isi di dalamnya. Bukan apa, takut nanti ada biji durian pula...hihi
Selepas itu...apalagi. Curahkan kesemua isi kandungannya seperti mencurahkan air ke daun keladi.
Inilah hasil 3 bulan menabung syiling lebihan dalam dompet setiap hari...nampaknye macam banyak tapi jumlahnye RM60.00...ngam-ngam genap pulak tu...kagum abang kat kaunter Maybank yang mengiranya~ Untuk adik-adik yang berumur 12 tahun ke bawah, sila dapatkan keizinan ibu bapa sebelum memecah tabung anda, bukan apa.... manalah tahu mereka nak pinjam sikit, terutama sekali di saat ekonomi meleset ni...

No comments: