Seingat aku, Los Angeles sememangnya bukan destinasi dalam wishlist aku untuk tahun ini...seperti mana pernah aku coretkan di sini pada bulan Mac 2008 yang lalu. Itulah dia yang dikatakan "kita hanya merancang dan mengharap, tapi Tuhan yang menentukan". Insyallah, aku akan berlepas ke LA pada 30 November ini untuk selama lebih seminggu. Ia merupakan percutian yang tidak pernah ku sangka akan terjadi pada tahun ini. Inilah yang dinamakan rezeki. :) Alhamdulillah juga aku dan family big bro telahpun berjaya mendapatkan VISA ke sana. Punyalah rumit prosesnya...untuk mereka di luar sana yang ingin ke States dan membuat permohonan VISA, semoga berjaya ya dan jangan lekas putus asa! hehehe
Tapi kini kita dikejutkan dengan berita Wildfire yang amat teruk di beberapa kawasan di South California hingga Gabenor mantap mereka, Arnold susah-nak-eja mengisytiharkan darurat di beberapa kawasan terlibat. Aduhai...semoga keadaan cepat kembali tenang hendaknya. Kasihan sangat aku baca dalam bbc.co.uk tadi...beribu-ribu orang dikerahkan keluar dari rumah mereka ke kawasan sementara...dan gambar-gambarnya aduhai menakutkan juga. Ada satu gambar tu apinya begitu besar dan marak, ibarat neraka dunia....!
5 comments:
best nye! jangan lupa ke Disneyland and Magic Mountain!!
YEAPP!!! pastinya ke sana insyallah! Apa plan cuti x'mas / new year awak nanti??
Oooo... pergi LA rupanya makcik kita nih. Seronoknya! :D Anyway, have a safe journey and jangan lupa update cepat-cepat masa balik nanti. Sxxx
Thanks shey and doakanlah aku tak mabuk...makcik tak biasa long-haul flights camnih hihi.
weyh die nak pegi AMARIKA SYARIKAT !!!!..... best nye....tak mo ke bawak ous=zemate neyh skali..????..
neway save journey cz i need my souveniers !!!...hahahaha......i'll take care of ur bf like i take care of NAOMI CAMPBELL...
Post a Comment