Seperti biasa aku pulang beraya di kampung lahkan. Aku memandu pulang seorang pada hari Sabtu sebelum 1 Syawal berkunjung. Dan hari ini aku telah selamat kembali ke Kuala Lumpur, tapi sudah rindu rasanya untuk pulang ke kampung...:(( Gambar raya belum sempatku upload lagi...tunggu!
INILAH DI ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG KU JANJIKAN... :)))) SORRY YER...BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT.
Rumah kampungku ini berkonsepkan United Colours Of Benetton bak kata abahamka. Mana taknya, luar warna oren striking, dapur warna kuning, ruang makan warna biru, bilik warna pink, toilet kaler hijau...kreatif kan mak ayah aku? hahaha
Abah bersarapan penuh di pagi 1 Syawal selepas pulang jadi imam semasa Solat Hari Raya. Abah bebel-bebel sikit sebab aku ngan mak bersekongkol tanak pergi semayang sebab lontong kami tak siap lagi...hahaha
Mak pun makan sama...
Antara grup budak-budak kampung pertama yang datang beraya (alah...nak duit raya jerk tu hehe)
Sempat aku posing manje jap dengan abah...
Pasangan merpati sejoli...abah & mak dengan fesyen baju raya terbaru yang dipanggil 'kupron' (short form kepada kurung + apron)
Ini adalah sesi petang raya ketiga...mak aku sibuk nak kira duit raya cucu-cucunya...tapi ternyata duit raya mak aku sendiri lagi banyak...mencecah seribu kutipan tahun ni katanya dengan nada eksyen sekali...
Ini adalah sesi petang raya ketiga...mak aku sibuk nak kira duit raya cucu-cucunya...tapi ternyata duit raya mak aku sendiri lagi banyak...mencecah seribu kutipan tahun ni katanya dengan nada eksyen sekali...
4 comments:
Selamat Hari Raya! Su, i've always look forward to your kampung entries. maklumlah org Singapore ni jakun sikit. hehehe
Hi yang! looking forward to your photos soon in your baju raya... hehe. Kitaorang kat sini takde feel Raya tahun nih sebab busy ngan baby... :(. Sedih!
Btw, thanks for coming to Lucian's blog... I've just put up pics of him in a baju melayu... hee hee.
yay!! :)
Glad that my blog yang cabuk ni ada followerSSSS (walaupun 2 orang jer boleh letak 's' tak situ HAHAHAHA)
Post a Comment