Hai! Diharapkan semoga para peminat di luar sana (eceh) yang menantikan update dari saya dapat bersabar seketika kerana saya sesungguhnya sedang sibuk melengkapkan slogan "Ajinomoto ialah penambah perisa masakan pilihan saya kerana........" tidak melebihi 20 patah perkataan. Tarikh tutupnya 29 Feb ini. Saja jer aku wat last2 minit ni, bak kata abahamka, lagi lewat kita hantar borang, lagi besar chances untuk menang sebab surat kita nescaya berada di atas sekali kahkahkah.
Contest ajinomoto pun ajinomoto lah...thanks to mak aku yang telah membuat koleksi bungkusan ajinomoto seperti bukti pembelian kahkahkah itulah semangat berpasukan yang kita mahukan!!! yeahhh yeahhh *bandi amok*. Tapi kalau abah tau habislaaa kita sebab abah tak gemar langsung kami guna food enchancer camni and mak aku masih sorok-sorok bubuh dalam cooking dia wakakaka asal bahagialah. Ok, nak sambung mengarang sat. Kalau ader rejeki, grand prizenya percutian 8 hari 7 mlm untuk 2 orang ke Hokkaido, Jepun...sape tanak free. Takyah lagi berasak-asak mencium bau ketiak orang kat Matta Fair nanti.
26 February, 2008
22 February, 2008
Singa Mengganas.
Setahun sekali sempena Tahun Baru Cina, singa-singa yang pandai bergelek ini pastinya dijemput membuat lawatan sambil belajar ke pejabat aku. Kali ini aku sempat merakamkan detik-detik cemas di mana singa itu terpaksa membuat sedikit stunt untuk membaham buah limau dan angpow yang sengaja digantung tinggi-tinggi oleh opismate aku yang kreatif berkarya tak kira waktu. Aku bukan ape, risau jer ceiling tu berlubang. Mana taknye, singa tu akan merentap saja limau atau angpow yang tergantung. Dari mula hingga akhir, aku memerhati betapa simboliknya upacara yang diringi muzik live yang agak menggemparkan gegendang telinga. Kaum Cina percaya, kunjungan singa-singa ini akan membantu mereka membawa tuah atau merealisasikan impian yang mereka tulis pada kulit buah limau itu. Angpow dihadiahkan sebagai ganjaran kepada singa-singa itu kerana susah payah membantu mereka.
Aku respek kerana rata-rata individu yang menari sampai boleh patah pinggang ini adalah remaja-remaja berbangsa Cina. Bersungguhnya generasi muda ini mempertahankan tradisi nenek moyang mereka di alaf milenium sekarang. Melihatkan kumpulan Lion Dance ini, mengingatkan aku kepada kumpulan kompang, kumpulan hadrah atau berzanji yang rata-ratanya wujud di kampung sahaja......dan mengingatkan aku dengan sekumpulan remaja melayu yang tiba-tiba me wheelly kan motor dengan aksi marabahaya sekali di depan si kodok kat Jalan Maarof semalam sampai aku terkejut beruk. Hmmmmmmmmmm.
19 February, 2008
Today is my BTD.
Today is my bad tudung day (BTD) and I have an 'important meeting' with someone. Geramnya aku tudung nihhh! Got to go already...bye readers.
18 February, 2008
Benarkah kumbang bukan seekor?
Before... (a mix of orange & mango with fillings)
After...
Selain melahirkan beberapa ekor kumbang, aku sempat melayan Astro travel channel jap tadi. Learned about Morocco in 15 minutes and I continued browsing lonely planet and morocco.com with curiousity...sebenarnya aku konpius where exactly morocco dalam peta dunia...baca punya baca syok pulak, my ex-housemate ijah yang kaki panjang tu dah pergi sana and bought herself an elegant leather boots for just RM100. Sabar su sabar. Sementara berjanggut menunggu airasia buat route ke morocco, aku layan restoran marrakesh kat bangsar tu jer hahaha teh tarik dia sedap giler & ada free wifi.
15 February, 2008
Balik kampung main tic tac toe.
Aku baru check status pengundian aku kat http://www.spr.gov.my/ Sedihnya aku tengok first page website SPR...macam design zaman hang tuah. Ni status aku.
Lokaliti: 074 / 51 / 01 / 002 - KAMPONG TELOK
Daerah Mengundi: 074 / 51 / 01 - KAMPONG TELOK
DUN: 074 / 51 - PASIR PANJANG
Parlimen: 074 - LUMUT
Negeri: PERAK
Status Rekod: DATA INI UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
Pertama kali nak mengundi ni hehe...me, jakun as ever hehehe yey yey leh balik kampung!
Lokaliti: 074 / 51 / 01 / 002 - KAMPONG TELOK
Daerah Mengundi: 074 / 51 / 01 - KAMPONG TELOK
DUN: 074 / 51 - PASIR PANJANG
Parlimen: 074 - LUMUT
Negeri: PERAK
Status Rekod: DATA INI UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
Pertama kali nak mengundi ni hehe...me, jakun as ever hehehe yey yey leh balik kampung!
13 February, 2008
Cerita Kek Lagi...
05 February, 2008
Kek Saya.
Aku dah semakin gian membakar kek sekarang... apa nak jadik aku nih haha tengok la antara koleksi kek & cupcakes aku kat http://www.flickr.com/photos/layarputih
Nak order boleh jer :)
03 February, 2008
Sawadikap from Krabi Island Episod 4

Krabi night shopping street @ Ao Nang Beach...takda apa yang menarik perhatian aku...selling the same thing I could find in ferringgi night bazar @ Penang...our tour guide pun cakap - Krabi is very poor in shopping...but more to sight-seeing, beautiful beaches & fun-in-d-sun activities...
01 February, 2008
Sawadikap from Krabi Island Episod 3
Sawadikap from Krabi Island Episod 2
Sawadikap from Krabi Island Episod 1
Inilah bumbung bilik aku...hehe acah jer. Ni payung @ the poolside. Hotel ni 95% penuh mat salleh... probably because of the rate. Dalam RM450 semalam kat bilik yang paling cabuk.
Subscribe to:
Posts (Atom)