Hari ini hari jadi ayahandaku yang ke-65!!! Semoga dipanjangkan umur dan kesihatan yang sempurna hendaknya. AMIN.
Sekian lama aku tidak berkesempatan untuk menulis. Kerja ofis banyak. Dan alhamdulillah rezeki freelance pun masuk, jadik aktiviti muda-mudi hujung minggu seperti ini terpaksa dikorbankan sedikit demi pembangunan industri. Hmmm menyentuh soal perniagaan, jiwa usahawan yang muncul secara tiba-tiba di dalam diriku ku rasakan kian menebal. Entahlah sekarang ini aku asyik berangan-angan untuk membuka sebuah kedai.
Macam-macam jenis kedai yang ku angankan. Kadang-kadang aku rasa teringin nak buka kedai cenderahati macam memory lane tu sebab aku suka main gentel-gentel riben... tapi kadang-kadang aku rasa nak buka restoran macam secret recipe sebab aku tengok member aku yang bukak franchaise kat seremban 2 tu dah berjaya dalam kehidupan. Dan kadang-kadang aku rasa nak buka kedai buku agama pulak. Sebab sambil jadik cashier, aku boleh baca apa aja buku dengan percuma tanpa batasan waktu. Al-maklumlah aku ni doa Qunut pun tak berapa lancar, dahlah hukumnya sunat muaakad (sunat yang dituntut ya adik-adik.) Faedah-faedah lain ialah banyak kumpul pahala sebab beri galakan pada orang lain untuk beribadah dan menambahkan ilmu agama.
Tapi sebenarnya kalau nak speed up points pahala ni jawabnya kahwin saja bak kata ustaz. Lepas tu jaga maruah, makan, pakai husband sebaik-baiknya hehehe ke situ pulak aku yer. Tapi itulah niat yang baik sebenarnya kalau nak berumah tangga, sepertimana niat seorang ex-housemate aku ni. Itulah cita-cita dia untuk berkahwin dan alhamdulillah Allah telah permudahkan pertemuan jodohnya. Aku harap sangat aku pun mampu meneladani sifat dia tu.
Berbalik pada topik berniaga tadi (suka off-focus aku ni) ...manalah hendak dicarinya modal yang banyak itu. Perlukah aku mula dari bawah atau start small bak kata orang puteh. Tapi bukan semua orang puteh sebenarnya bijak kata big bro aku. Ada juga yang tak sampai O Level. Hmm modal insan aku pun belum tentu lepas tapi itu boleh pergi kursus usahawan dulu haha. Really, kalaulah ada jalan dan kesempatan....... mahu saja aku realisasikannya.
Tak mahu hot hot hen shit semata-mata.
No comments:
Post a Comment