15 February, 2007

Penyakit Tak Cuci Gambar.

Hari ni aku membelek-belek kesemua folder gambar yang ada dalam simpanan. Mostly gambar-gambar tu tak dicuci lagi. Bila terciptanya teknologi kamera digital, aku merasakan ramai pengguna seperti aku telah take it for granted. Kaedahnya ialah...simpan simpan simpan dan simpan semua gambo dalam komputer sampailah hard disk crash...Selepas tu timbullah bibit-bibit keinsafan dan penyesalan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Namun pepatah purbakala ada menyebut - sesal dahulu pendapatan, ncd dan cukai jalan, sesal kemudian hingga meraung seperti drama queen tiada gunanya. Sebab itulah barang kali aku bukan dilahirkan menjadi seorang wedding photographer ala-ala saiful nang tu. Kalu tidak, nescaya klien-klien aku boleh makan hati kerna gambar mereka gemar aku jeruk perkasamkan sehingga pasangan tersebut terlupa bahawa mereka pernah berkahwin suatu ketika dahulu.

Sempena 'Gong Xi Fa Chai' yang bakal menjelang, izinkan aku 'mengongxi' beberapa keping gambar yang sedang mengalami proses penapaian peringkat ke-3 di dalam folder pc ini. Selamat Tahun Baru Cina kawan-kawan cinaku!!!!!!!!!!

Nostalgia Mac 2006...

Mendaki bersama raksasa gorgon mana berbaju hijau kuning, jinkadayama dan makhluk halus yang lain...

Bersama abah di kaki Gunung yang diselaputi kabus...

Girl, Nadia, Ilham dan of coz aku yang paling tak tahan sejok...

mane satu kamera yang di pandang ni.... David Bekam Kota Kinabalu.

No comments: