Bersama intot & white daisies...i like. "Bestnya kawin............meow meow!" Suka pelaminnya simple tapi romantis.
Bukan PWTC tapi dewan jubli di Shah Alam. Bersama Kak Faiza.
4 artis yang pernah serumah.
Kali ni kak Faiza & Abg Teh (sepupu intot) pulak kawin last Saturday...Lihatlah saiz dewannya, cukup menggambarkan kemeriahan 2 pasang pengantin yang diraikan serentak. Tambah gamat dengan persembahan live kumpulan Rabbani. Nasib baik Mawi takda, kalau tak aku suruh dia tulis cek 5 ribu pulak untuk aku...sebab aku pun nak gi Singapore new year ni ekekeeke. Meja yang kitaorang duduk betoi-betoi depan speaker & stage show tuh. Bak kata ijah, "aku rasa macam kat konsert dewa lak su..." ekekekeke poyo la jah, dah ler datang lambat, lepas tu lagik mau bawak balik dua tupperware cream caramel...dua kali lima la ngan meshy ekekeke tapi kesedapan pencuci mulut itu sesungguhnya tidak dapat dinafikan sama skali. Terima kasih ya tot atas jemputan. Lauk hidangan sememangnya mantap...jadik aku dengan tanpa segan silu telah membedalnya cukup-cukup...bak kata pepatah rezeki jangan ditolak, populariti jangan dicari. Bila sampai rumah terus tersadai tido sampai petang. Hopenya kak Faiza akan gunakan album gambar yang tak seberapa dari kami bertiga. Semoga berbahagia di alam rumah tangga serta kekal hendaknya hingga anak cucu...AMIN.
*Maafkan paras kualiti gambar-gambar di atas. Ihsan kamera fon cabuk saja.
No comments:
Post a Comment