Mungkin tajuk post kali ini mempunyai gaya/sentuhan novel Alfred Hitchcock, Nancy Drew mahupun Hardy Boys yang pernah anda collect pada zaman dahulu tanpa anda sedari kerana ianya satu misteri. Ya sehingga ke hari ini, aku gagal menjumpai semula charger kamera aku. Kali terakhir aku sempat menghabiskan sisa-sisa terakhir bateri kamera itu adalah dalam minggu pertama Ramadan lalu ketika mengambil gambar ibuku sedang membuat kuih raya.
Akibatnya, aku terpaksa meminta belas simpati daripada insan lain yang mempunyai kamera selepas itu (you know who you are, tq). Sebetulnya aku tak berapa puas menggunakan kamera orang lain. Namun tidaklah bermakna kamera mereka kurang powerful atau kurang cun untuk digayakan ke sana ke mari, sungguhpun gaya yang menarik memainkan peranan penting dalam camera handling. Namun yang pasti, aku kian serasi dengan kamera aku ni. Sudah ku fahami mana butang yang hendak dipetik, dan function mana yang harus digodek ketika berhadapan dalam situasi tertentu terutamanya di waktu-waktu kritikal, contohnya untuk menginvisiblekan jerawat dan garis-garis halus yang kelihatan pada wajah di samping memberikan efek lebih flawless yang melebihi jangkaan.
Oleh kerana aku teramat rindu untuk menggunakan semula kamera aku ini, dan berbekal semangat yang kental bersama lagu "Kau Kunci Cintaku" by Ramlah Ram sebagai lagu tema, aku bertekad untuk melancarkan Operasi Gerakan Mencari besar-besaran bagi membongkar kedudukan sebenar charger aku ini. Aku pasti ianya tidak hilang tapi hanya misplace sahaja. Dan jika perlu, aku akan mendapatkan khidmat daripada unit tindakan khas, yakni housemate aku untuk bersama-sama menjalani operasi gilang-gemilang ini. Sekian berita setakat ini. Kejayaan mahupun kegagalan operasi akan dimaklumkan kelak. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya.
5 comments:
Teruskan usahamu Gaban..eh silap.. teruskan usahamu Suhaila..usah berhenti berharap walaupun ko terpaksa berhenti untuk minum sirap..sesungguhnya usaha tangga batu.. Andai kata Ops. Mission Impossible ko tak berjaya, usahlah segan-silu untuk mendapatkan khidmat bantuan daripada Unit Pengesan Polis kerana kepakaran mereka sememangnya telah terbukti. Paling tidak pun sekiranya kerinduan ko terhadap kamera kembali bertandang, apa kata ko ikut pesanan penaja Cik Siti Fairuz yang berpesan-pesan kepada kebaikan yang menitipkan kata "Bila Rindu Ku Sebut Namamu". Inilah bahananya bila asyik berkepit ngan kamera. Bak kata Uji Rashid, semakin hari semakin sayang. Semoga operasi yang dilancarkan akan membuahkan hasil dan jangan lupa untuk memberikan laporan terkini tentang perkembangan operasi ko tu. Sedikit tips daripada aku, sambil menjalankan gerakan mencari, apa kata ko sebut "Ya Hakkon" yang bermaksud "Yang Hak". Ejaannya ialah Ya-Alif, Ha(huruf lepas Jim - bukan Jim Carrey - Qaf.. maka apabila dibariskan ya anak-anak, maka ia berbunyi Ya Hakkon. Hendaklah disebut semasa mencari barang yang termisplace dengan hati penuh khusyuk mudah-mudahan Allah akan mempertemukan semula barang yang termisplace tu. Setakat ni alhamdulillah ia membuahkan hasil (melainkan barang tersebut telah dirembat maka perginya tak kembali dan usah ditangisi.)Akhir sekali jangan lupa..cuba jangan tak cuba x3.
Ahak ahak! Sorry lambat respon...sampai ke hari ini kehilangannya tetap misteri. Maka aku telah berkunjung ke FOTOKEM dan bertanyakan charger baru ekekeke. Nampaknya melayang gak la seratus dua duit aku. Nyah...tak puas soksek2 ngan ko kat modestos aritu. Ape kata ko buat party bohemian lagik skali supaya aku boleh berpakaian sebetulnya nyah...aritu slack aaar aku taktau ada theme...kalo tidak, aku dah sewa baju kat rizalman...ekekeke
Wah gitu...!This time apa barang Bohemian..suruh AJK Party (ceh..macam kat asrama plak) buat theme yg lain la pulak. Ala nyah, kome pun asek2 abang tpon..hai.. jenuh lah pulak nak menjawab di tengah hiruk-pikuk lagu ah beng berkumandang..
aper kater tema baju tiduq jek......auwwww! cuba bayangkan ernest takpun makcik2 finance kiter pakai baju ape.....ekekekekekeke dan ko mesti curious chris yin pakai ape kan!
Eiiiiiiiiii yucked!!! Nak termuntah teman...tak rela mak nyah tengok deme pake baju tdo. Nyah..skarang tak mainlah mamat cekeding tu..kuikuikui..teman menanti what's in the house bila bebudak Interface masuk..aw!! Gatae teman..hik hik hik..
Post a Comment