17 November, 2006

salimdawam: daripada rajin tulis belog tu
salimdawam: baik rajin tuulih novel
salimdawam: dapat gak duit
layarputih: ekekek
layarputih: baiklah
layarputih: aku akan terima kritikan membina kau with arms wide open
salimdawam: jgn legs wide open dah le
salimdawam: masuk angin
salimdawam: dan bendasing yg lain
salimdawam: ekeks
layarputih: aku belasah ko kang
layarputih: hampeh
salimdawam: ala lawak skek jers
layarputih: okla aku nak beransur dah ni
layarputih: pening aku arini pakai tudung lilit2
salimdawam: pikio le kalo nak buat novelis tu
layarputih: isk isk
layarputih: tak sabo nak bukak
layarputih: haa ye la
salimdawam: tudung zaskia adya ke ape
layarputih: ko pulak pk kan bila nak wat laksa tu
layarputih: cerita je lebih
layarputih: teringin gak nak rasa
salimdawam: huh kiamat suda dekat ramai gak org tgk eks
layarputih: haa citer lama tuh
salimdawam: tu la lepas 20hb ni le che kak ois
layarputih: okies

Hmmmmm mungkin aku patut menerima cabaran si salim slim ni. Teringin gak menulis novel. Mungkin aku boleh fikirkan storinye...tapi adekah ada potensi pembaca kat Malaysia ni nak beli kalau kisahnya bukan pasal kes putus tunang? Aku harus fikirkan cerita yang terbaik.

Berserinya Hanna...

Ijah dengan aksi pemain netball sekolah.

Pose terbaik kami untuk peminat.

Intot mengintai dari tirai kamar.

Congrats again Hanna...Hope you like our BIG prezzie.
* Click to hanna's official photographer website for more pictures.

Misteri Kehilangan Charger.


Mungkin tajuk post kali ini mempunyai gaya/sentuhan novel Alfred Hitchcock, Nancy Drew mahupun Hardy Boys yang pernah anda collect pada zaman dahulu tanpa anda sedari kerana ianya satu misteri. Ya sehingga ke hari ini, aku gagal menjumpai semula charger kamera aku. Kali terakhir aku sempat menghabiskan sisa-sisa terakhir bateri kamera itu adalah dalam minggu pertama Ramadan lalu ketika mengambil gambar ibuku sedang membuat kuih raya.

Akibatnya, aku terpaksa meminta belas simpati daripada insan lain yang mempunyai kamera selepas itu (you know who you are, tq). Sebetulnya aku tak berapa puas menggunakan kamera orang lain. Namun tidaklah bermakna kamera mereka kurang powerful atau kurang cun untuk digayakan ke sana ke mari, sungguhpun gaya yang menarik memainkan peranan penting dalam camera handling. Namun yang pasti, aku kian serasi dengan kamera aku ni. Sudah ku fahami mana butang yang hendak dipetik, dan function mana yang harus digodek ketika berhadapan dalam situasi tertentu terutamanya di waktu-waktu kritikal, contohnya untuk menginvisiblekan jerawat dan garis-garis halus yang kelihatan pada wajah di samping memberikan efek lebih flawless yang melebihi jangkaan.

Oleh kerana aku teramat rindu untuk menggunakan semula kamera aku ini, dan berbekal semangat yang kental bersama lagu "Kau Kunci Cintaku" by Ramlah Ram sebagai lagu tema, aku bertekad untuk melancarkan Operasi Gerakan Mencari besar-besaran bagi membongkar kedudukan sebenar charger aku ini. Aku pasti ianya tidak hilang tapi hanya misplace sahaja. Dan jika perlu, aku akan mendapatkan khidmat daripada unit tindakan khas, yakni housemate aku untuk bersama-sama menjalani operasi gilang-gemilang ini. Sekian berita setakat ini. Kejayaan mahupun kegagalan operasi akan dimaklumkan kelak. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya.

10 November, 2006

Bestnya kalau..............

....dapat bersantai sebegini sambil membaca buku motivasi
"Bagaimana Menjadi Wanita Yang Berjaya Berjalan-Jalan Ke Mana Saja Dia Mahu.".
<>
Gambar di atas dirakam di Pulau Perhentian sedikit masa lalu.

06 November, 2006

Best Jugak Bangkok ni...


At Suvarnabumi, the newest Bangkok International Airport. Di belakang adalah replika seekor dragon yang panjang ya amat.

Memberanikan diri berjalan ke sini seorang diri sambil merefreshkan skill bunga-bunga silat cengkaman rimau.

Menarik tapi tak beli. Ape kejadahnya nak beli.

Jam pinky. Antara damages yang telah terjadi di Suan Lum Night Bazaar. Murah banget.

Abang gayut.

In front of Saatchi Bangkok office with Simon. A decent gentleman who bring me around the departments.

Suka sangat their relax-while-working area.