05 October, 2006

Salam Ramadhan, Nak Beli Biskut Dijamin Enak?

Alhamdulillah, sudah masuk 12 hari kita berpuasa, Secara peribadinya aku berasa sesal kerna berada dalam kerugian amat besar. Banyak perkara yang sepatutnya aku laksanakan, gagal aku laksanakan sepenuhnya dengan baik. Leka betul aku berpuasa tahun ini. Ape nak jadi niiiiii.

By the way, selamat berpuasa semua… kalau nak beli kuih raya buatan eksklusif ibuku di kampung, masih belum terlambat untuk membuat pesanan. Walaupun ibuku tiada pensijilan halal daripada JAKIM tapi pembuatannya semestinya suci lagi bersih oleh ibuku yang pernah menjadi ratu kebaya suatu ketika dahulu.

- RM15 sahaja untuk sebalang berisi 40 biji.

- Hubungi 019-2777756 (serious buyer only! Jangan miss call. Aku lepuk nanti!)

- Bayaran tunai sahaja (mana pulak mak aku nak swipe credit card u ols...)

Best Selling

+ Biskut Assam Masin (Chinese kat opis aku byk sgt order yang ni sebab ada horr flakes atau dikenali sebagai asam duit syiling)
+ Biskut Chocoflakes (corn flakes tumbuk with chocolate rice – yang ni tester dia habis sebab aku yang bedal sebab sedap banget)
+ Tart Nenas (kalau ada sesiapa yang tak tau biskut ni, sila terjun dari tingkat 17 sekarang)
+ Biskut Bijan Hitam (biskut rasmi kesatria baja hitam. Berbentuk riben comel yang amat memikat dan rangup sekali. Juga menjadi pilihan makciks di Saatchi & FCB)

All-Time Favourite

+ Biskut Mazola (kaya dengan rasa kacang tapi tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai acne-prone skin atau jerawat batu)
+ Biskut Kuaci (sesuai juga untuk sesiapa yang membela hamster)
+ Biskut Hati (sesuai sangat dimakan ketika menonton filem Heart atau sambil mendengar soundtracknya yang sejuta kali dimainkan di radio ERA)
+ Biskut Almond London (sesuai untuk mereka yang tak pernah sampai ke kota London)

Oklah, aku takmau cerita panjang pasal biskut ibuku, kerna sesungguhnya produk yang baik seperti ini tidak memerlukan kaedah hard sell dalam advertising. Chow!

1 comment:

sam zahri said...

entry updated thx =)