28 February, 2006

Bali Bagus.




Alhamdulillah, rupa-rupanya aku merasa juga berpijak di bumi BALI, iaitu singkatan kepada phrase Banyak Libur. Enggak tau libur tu apa? Bukalah kamus sendiri. Sebenarnya BALI juga padaku bermaksud Banyak Babi Guling. Iaitu seekor khinzir yang di BBQ kan seluruh body beserta hidungnya sekali. Ya sungguh keji. Tapi itulah menu terfamous yang menjadi fear factor aku tiap kali time makan. Amat payah mencari tempat decent yang halal di kepulauan yang 90% didominasikan oleh orang melayu beragama hindu ini. Hindu bukan macam hindu kat Malaysia ni tapi ini jenis hardcore punya agama hindu. Patutlah ayah pin pun gi sana haha. Rasanya every few KM tepi jalan ada jer temple. Mana-mana kedai semuanya ada derang letak benda-benda semayang derang yang ala-ala mangkuk kuih badak berendam tu tapi besar lagi la. Tepi jalan, dalam teksi, mana-manalah mesti ada menda tu. Sampai aku kekadang tak perasan dan terpijak…oopsie!

Oh heavennya hotel aku kat sana. Tak sangka copywriter cabuk cam aku boleh merasa tidur hotel five star @ Hard Rock Hotel Bali. Terima kasih lah MATTA fair. Memang berbaloi aku ikat perut untuk sampai ke tanah yang penuh dengan corruption ini. Merasalah aku tengok manusia surfing, pegi spa, pastu try pakai baju tradisi bali yang telah membengkung perutku sampai kurus macam pesakit aneroxia nervosa. Pastu makan seafood sambil mengadap sunset, gunung berapi dan akhirnya shopping macam jutawan rupiah lah apa lagi. Murah sangat barangan kerajinan tangan bali ni memang tak masuk akal sampai aku pulak yang concern tak puas hati sebab apalah yang derang untung ni.

Balinese people memang bunch of nice community yang ternyata survivor. Dengan populasi yang ramai, derang kena always compete with each other and keep that strength to carry on. Eh macam lagu Mariah Carey pulak. Tambah lagi lepas kes-kes bombing ni, Bali makin sepi. Sayu aku lihat bila derang datang kat kita paksa-paksa orang beli gelang, rantai, souvineer. Ada seorang makcik yang berjalan di persisiran pantai Kuta ni seboleh-boleh nak ikatkan dandan rambut aku jadi cam Alicia Kekunci. Dia punyalah tawarkan harga sampai jadi RM8 untuk ikat seluruh rambut aku ni padahal dia taktau rambut dalam tudung aku ni panjang mane pun. Dia kata kalau aku tak suka kualiti ikatan dia, aku takyah bayar pun takpa. Dengan berat hati giler aku terpaksa tolak offer dia yang sungguh desperate nak duit tu... bukan apa, malaslah aku nak bukak tudung depan ramai mat salleh kat kuta beach ni… kang takleh pulak derang concentrate surfing haha.

Nama orang-orang Bali adalah tersendiri lagi menconfiuskan. Mostly nama mereka sama sebab ia berasaskan turutan anak keberapa dalam keluarga. Kalau anak sulung namanya Wayan, kedua Madey, ketiga Nyoman, keempat Ketut dan kelima dan seterusnya ikut nama anak sulung semula. Derang tak carry surname tapi ada satu last name after that. So namaku di sana ialah Ketut Su. Prottt!

Bali ku terokai dengan tabah walaupun 2 hari makan mee megi, after regret seumur hidup setelah 2 hari termakan American Breakfast provided in hotel yang rupanya serve babi juga. Astagrafirullah. Namun ku pasti akan kembali ke sini. Teringinnya nak belajar surfing... macam stylo jer haha. Dan boleh juga menguji tahap kekuatan tulang belakang ini selepas meminum Anlene sejak 2 tahun.

3 comments:

rizan said...

hi sue,

rasanya bali mmg tak banyak tempat halal, kalau nak cari kena tengok Restoran Nasi Padang (ala2 nasi kandar gitu, guna lauk2 semlm atau kelmarin), so far byk la jugak restoran mcm ni kat situ, kalau kat Kuta rasanya mmg takdak restoran halal, yg dekat tempat tengok sunset & airport tu (apa nama ntah, dh lupa) rasanya halal psl kebykannya seafood, kecuali lobster la mahal nak mampos, lg mahal dr kat mesia

sam zahri said...

su, hotel memana pon sure serve yg x halal. =) next time kalo stay hotel esp kat overseas jgn main redah jerk dik. tanya dulu daging apa. we ol masa lepak kat bangkok ari tuh pon awal2 lagik suh dia serve vegetarian or pastri sahajork sbb dah tahu sure ada daging tuh dan utensil dia guna pon campo2..hehe..nak tahu kedai halal katne? tipsnya; carikla masjid..sure ada halal cafe nearby..hehe..

Suhaila Mohd Shukor said...

Rizan : Ada gak pegi mkn nasi padang kat kuta tu... yelah mcm lauk smlm jek. tapi laparnye pasal bedal aje. And rasanya sedap lagi nasi padang kat mesia.

Sam : Timekasih atas tips bergune.