Alhamdulillah. Berbekalkan pepatah gagal sekali tidak bererti gagal selama-lamanya, akhirnya ku berjaya juga menebus maruah dalam bidang pembuatan puding cream caramel yang telah tercalar untuk sekian harinya. Namun, berdasarkan feedback yang telah diterima daripada pihak pengguna merangkap product testers ialah mereka lebih menggemari puding cair yang telah dihasilkan pada hari sebelumnya (yang mana ku anggap tidak menjadi itu) malah menggalakkan ku untuk kembali beraksi dengan kaedah pembuatan asal (yang mana ku anggap tidak menjadi itu) yang mana ironicnya mereka merasakan ianya lebih lazat dan menyelerakan.
Adalah ini bermakna terciptalah satu resipi yang dikira menjadi daripada satu percobaan yang dikira tak menjadi yang kemudian dirasakan menjadi apabila terjadinya satu comparison dengan resipi yang dikira menjadi selepas itu dan mungkinkah Albert Einstein juga sebegini dahulu?
p/s to product testers : terima kasih tak terhingga kerana tak berputusan memberikan sokongan... walau termasin, termanis, terpedas gilerrr sampai kuar air idung skalipun product yang dihasilkan, tapi licin gak korang telan hehe... you're my BEST HOUSEMATES IN THE WORLD!!!
6 comments:
u missed out another product tester nye opinion! haha..
but,adekah dah habis juga? aku lom rasa lagi....PUDINNGGGG!!!!! uhukk
puding? cair? alahai... semua tu untuk pasaran dalam umah je ke? prejudis aaaa
tadek sample lain ke? cam org jual bisekot chipsmore kat carefour ke.... yg cam nyonya cina pegang tray tuh...pakai baju putih cam chef tu.... yg..."aaa mali mali...lasee lasee aaaaa take take...aaa"
tadek?
ya apai, puding cair ni belum lagi bersedia untuk menembusi pasaran antarabangsa, sehingga kami dapat pastikan folseto dan pitchingnya betul-betul mantap...
shud engage independent tester from Nilai for non bias result...cam SIRIM tu.looking forward..
isk makan nak aje! I am too looking fwd for ramadhan buffet sponsored by the residence of PT10313 Bandar Baru Nilai... tq.
no names please.i like to be anonymous...lets buffet! maybe sponsored by 'Ali Bapuu'..will arrange..
Post a Comment