08 September, 2005

Mungkinkah Ada Harapan?





Naza keluarkan kereta ala Peugeot 206 dikilang RM1b

PUTRAJAYA 7 Sept. - Naza Corporations (Naza) akan mengeluarkan kereta Peugeot 206 versi tempatan dikenali sebagai Naza 206 di kilang pemasangannya yang baru di Pulau Pinang yang bernilai RM1 bilion.

Nasimuddin memberitahu pemberita, kilang pemasangan itu yang terletak di Bertam, Kepala Batas memiliki kapasiti pengeluaran 100,000 buah kenderaan setahun. Katanya, kilang itu juga menyasarkan 50 peratus daripada pengeluarannya untuk pasaran eksport ke rantau ASEAN, iaitu Thailand dan Indonesia yang memiliki pemanduan sebelah kanan.

"Kilang itu dijangka mula mengeluarkan kenderaan pada awal 2007 dan kami mengunjurkan jualan tahun pertama sebanyak 8,000 buah,'' katanya. Beliau enggan mengulas sama ada Naza akan memohon status kereta nasional bagi Naza 206 tetapi ia akan menggunakan 40 peratus kandungan tempatan, sejajar de-ngan ketetapan Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA). Nasimuddin juga enggan mengulas mengenai kemungkinan harga Peugeot 206 akan menjadi lebih murah berbanding sekarang. Naza dan Peugeot turut memeterai perjanjian pelantikan Cycle & Carriage Automobiles (CCA) untuk menyediakan sokongan selepas jualan, kerana CCA adalah pengedar jenama Peugeot pada masa ini.

Nasimuddin berkata, bagi peringkat awal, model Peugeot 206 akan dipasang di kilang Naza di Gurun, Kedah pada awal tahun depan sebelum dipindahkan ke Bertam apabila kilangnya siap pada tahun 2007. Kilang Naza di Gurun memiliki keupayaan pengeluaran sebanyak 50,000 buah setahun dan memperuntukkan kapasiti 10,000 buah setahun untuk Peugeot. Variasi model 206 menggunakan enjin 1.4 liter dengan pilihan transmisi automatik dan manual, serta dipasang dengan beg udara keselamatan bagi pemandu dan penumpang.

http://www.utusan.com.my
===

Agaknya harga dia reduce berapa percent? Right now, the price on the road is RM123k. With downpayment of 10% (boleh gi mekah OK) the 9 years instalment is appx. RM1800 per month (gulp!) ishhh kenapalah tersuka yang mahal. OK plan B, kalau tak merasa drive kat dunia, i'll request to drive this in heaven je lah (itupun kalau ye masuk syurga...) haha.

3 comments:

Anonymous said...

My suggestion, put it in as part of your hantaran list. heh heh heh

Anonymous said...

Any takers out there? rapat..rapat..

Suhaila Mohd Shukor said...

hahahaha!