(Edited from a FWD email)
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja?
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata si lelaki pada seorang anak dara. Maka jawaplah si gadis itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya si lelaki lagi. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror bolehlah mengimam satu taman perumahan pula. Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?
Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah...

===
Kepada sesiapa yang rasa boleh jadi imam tu marilah kita berkenalan haha.
8 comments:
Assalamualaikum...
Amboi!Amboi! Baik betui kami org lelaki ni kena fire dek awak ye...ganaz sunggoh! Tapi xpe...sebab apa Suu komen tu betui...saya pun sokong gak! Semoga semakin ramai lelaki akan terbuka hati utk menyahut cabaran dan peluang utk memperbaiki diri agar menjadi lebih mithali lagi...Saya tolong aminkan je la Suu dpt suami yg buleh jadik imam yg baik ye...insyaAllah.
Z. shAh
Su, i nak take ur offer la since u dah tulis kat situ. Nanti i antar resume n whatever supporting that u need hehe
Imam yang tak berapa confident tapi berani mencuba,( belajar dan tak bodoh sombong) deserves appreciation.
i love it~ nk mintak permisi ltak di blog bole? ;)
ok..ok..all resume will go through strict shortlisting by Tok Ketua.Please post all resume to Mohd_Shukor@Ketua_Kampong.com.my .Please attach the latest pay slip for fast approval.Thank you
haha. sapanya keje ni. rilek tok rilek...
aicee..kelihatan suda ada yg berminat nak sahut cabaran...alhamdulillah..anyway, post in ur resume to tok ketua wokeh..heh heh heh..
A'kum WBT................
kalu artis tok ketua terima tak? worldddddddd!
Post a Comment