25 September, 2008

Kadangkala Kita Terlupa...

Mungkin ada di antara kita yang merungut:-
- tak cukup baju raya tahun ni...2 pasang jer sempat siap. Sepasang lagi tailor jahit tak berapa fitting ikut badan, so tak naklah pakai...
- kasut baru sempat beli sepasang jer...itupun tak berapa matching warnanya dengan baju raya sebab kasut yang betul-betul nak dibeli kehabisan saiz.

Petikan dari Utusan Malaysia Online...24/09/2008
Pada ketika sebahagian besar umat Islam sibuk ke pusat membeli-belah untuk membeli pakaian baru untuk menyambut Aidilfitri, ada juga insan yang tidak bernasib baik membuat persiapan sekadar ada. Begitulah gambaran yang dapat dilihat pada majlis pengagihan zakat di Kota Bharu, Kelantan, semalam, apabila ada warga emas leka memilih pakaian terpakai untuk persiapan berhari raya.

tengoklah pakcik-pakcik ni shopping macam mana...

15 September, 2008

Tempahan Last Minute...!





Bayangkan cornflakes bakar yang sungguh ringan...rangup...disaluti madu...tak terlalu manis...sesedap rasa madu dan lemak-lemak butter!!! Tempahan terhad...aku tak ambil order banyak-banyak tau...siapa yang teringin silalah e-mel ke merahjambu.ent@gmail.com

Harganya pun berpatutan sangat... RM23 = 100 biji atau RM17 = 70 biji sahaja. Warnanya kertasnya soft pink & baby blue...sweet eh!

Cepat sebelum terlewat :)

10 September, 2008

MUAHSSSSS!!!


Rakan sepersekolahanku Sheyna sudah menjadi seorang ibu sekarang! Tengoklah betapa tembamnya pipi si comel Lucian...owwhhh geramnya aku!!! Lucian adalah anak merdeka, tanpa kewarganegaraan haha! TAHNIAH Tris & Shey! Jaga baby elok-elok k....love u lots!!!

04 September, 2008

Cerita Meow Meow Lagi...

Mula-mula takut jugak nak pegang...sebab yang hitam tu garang skit...tapi masa ni dia tengah kenyang sebab aku dah sogok dia dengan whiskers abah.
Abah sedang menasihati anak-anak kucingnya supaya jangan berak merata-rata, nanti mak bising...hehe
Semua kucing ni takda nama lagi...
Nantilah aku balik kampung skali lagi aku kasik dia nama.
Yang sekor ni paling suka tengok kamera...

02 September, 2008

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak!


Promosi ini ditujukan khas kepada mereka yang berpuasa sahaja!

Aku pernah makan kat sini...beberapa kali. Pengalamannya tidak pernah mengecewakan! Menu kegemaran aku kat sini adalah kuay teow goreng. Nasik dan lauk2nya pun best jugak...selain hidangan yang menjilat jari-jemari, pemandangan tasiknya memang sedap mata memandang (lagi romantik bila malam!)...biasa aku pergi time tengah hari pun breezy...sesedap rasa.

Untuk lebih keterangan mengenai menu penuh berbuka puasa kat sini, klik aja di bawah :- http://kelabtasikputrajaya.blogspot.com/2008/08/buffet-ramadhan-by-lake.html