23 June, 2008
12 June, 2008
Taukeh gi mana?
09 June, 2008
Teman 2 budok...
Kodok kembali...tapi....
02 June, 2008
Hamka dah besar...
Aku cuba untuk menterjemahkan Happy Belated Birthday tetapi menemui jalan buntu setelah 30 saat berfikir hehe. Kelakar juga sebelum nak tiup kek ni...lilinnya dah pacak tapi takda lighter pulak...terpaksa call reception hotel mintak tolong pinjam dari mana-mana staff hotel yang merokok ekekeke. Hamka nampak happy sangat...
01 June, 2008
Menggedik di SPA ikan...
Aku sungguh teruja untuk berkongsi pengalaman baruku semalam hehe. Bersama kakakku dan anak sulungnya si girl, kami mencuba refleksologi kaki di salah sebuah pusat spa ikan di Bintang Walk. Ceritanya kakakku memang menginap di situ buat beberapa hari setelah dia mendaftar di Universiti of Nottingham Malaysia Campus kat Jalan Raja Chulan (Anyway, congrats sis, kerana rajin nak sambung belajar!!!) Idea nak mencuba Spa ni datang dari aku yang sudah beberapa kali terbaca di surat khabar sejak kebelakangan ini. Bagaimana la rasanya kan....nak jugak tahu. Dan kebetulan, kakakku dapat pulak complimentary voucher dari hotel, so apa lagi...lajulah aku sampai sana!
Staf di sini...namanya Sara memberi penerangan.
Mula-mula...girl ngan aku tak sanggup nak celup kaki kat dalam tuuu....takut!
Ini kaki kakak aku...banyak giler ikan kerumun kat kaki dia niiii.
Mula-mula...girl ngan aku tak sanggup nak celup kaki kat dalam tuuu....takut!
Ini kaki kakak aku...banyak giler ikan kerumun kat kaki dia niiii.
Mungkin sebab dia dah 10 bulan tak berus kaki...
....sumpah geli!!! HAHAHA
Girl menahan kegelian...saja dia tukar tempat sebab menurut Sara, lebih untung duduk jauh2 atau datang masa orang tak ramai sebab ikan mungkin tak berapa kenyang dan lebih fokus menggigit kaki kita...
Kesimpulan, lepas 30 minit merendam tu terasa nak lagi pulak...dan kaki terasa licin, lebih licin daripada selepas kita scrub kaki guna biji-biji scrub macam kita beli kat body shop tu... dan pusat ini ada menyediakan 2 jenis kolam, ikan kecil dan ikan besar. Kami sempat mencuba kedua-duanya. hehehe padaku kolam ikan besar lebih sesuai untuk mereka yang berkaki kematu hahaha sebab gigitannya lebih hebat. Aku lebih rela menyerahkan kakiku ke dalam kolam ikan kecil...gigitan dia lebih halus dan emm lagi seksi hihihi. Cubalah!

Subscribe to:
Posts (Atom)