22 February, 2008

Singa Mengganas.

Steady steady...
opocot meletop!

Expression singa ni macam tak selera jek melawat tempat duduk aku hehe. maybe sebab kat meja aku tak ade angpow. Upacara finale, singa ini mempersembahkan sesuatu kepada bos paling besar di dalam ini pejabat.


Setahun sekali sempena Tahun Baru Cina, singa-singa yang pandai bergelek ini pastinya dijemput membuat lawatan sambil belajar ke pejabat aku. Kali ini aku sempat merakamkan detik-detik cemas di mana singa itu terpaksa membuat sedikit stunt untuk membaham buah limau dan angpow yang sengaja digantung tinggi-tinggi oleh opismate aku yang kreatif berkarya tak kira waktu. Aku bukan ape, risau jer ceiling tu berlubang. Mana taknye, singa tu akan merentap saja limau atau angpow yang tergantung. Dari mula hingga akhir, aku memerhati betapa simboliknya upacara yang diringi muzik live yang agak menggemparkan gegendang telinga. Kaum Cina percaya, kunjungan singa-singa ini akan membantu mereka membawa tuah atau merealisasikan impian yang mereka tulis pada kulit buah limau itu. Angpow dihadiahkan sebagai ganjaran kepada singa-singa itu kerana susah payah membantu mereka.

Aku respek kerana rata-rata individu yang menari sampai boleh patah pinggang ini adalah remaja-remaja berbangsa Cina. Bersungguhnya generasi muda ini mempertahankan tradisi nenek moyang mereka di alaf milenium sekarang. Melihatkan kumpulan Lion Dance ini, mengingatkan aku kepada kumpulan kompang, kumpulan hadrah atau berzanji yang rata-ratanya wujud di kampung sahaja......dan mengingatkan aku dengan sekumpulan remaja melayu yang tiba-tiba me wheelly kan motor dengan aksi marabahaya sekali di depan si kodok kat Jalan Maarof semalam sampai aku terkejut beruk. Hmmmmmmmmmm.

No comments: