Hai! Diharapkan semoga para peminat di luar sana (eceh) yang menantikan update dari saya dapat bersabar seketika kerana saya sesungguhnya sedang sibuk melengkapkan slogan "Ajinomoto ialah penambah perisa masakan pilihan saya kerana........" tidak melebihi 20 patah perkataan. Tarikh tutupnya 29 Feb ini. Saja jer aku wat last2 minit ni, bak kata abahamka, lagi lewat kita hantar borang, lagi besar chances untuk menang sebab surat kita nescaya berada di atas sekali kahkahkah.
Contest ajinomoto pun ajinomoto lah...thanks to mak aku yang telah membuat koleksi bungkusan ajinomoto seperti bukti pembelian kahkahkah itulah semangat berpasukan yang kita mahukan!!! yeahhh yeahhh *bandi amok*. Tapi kalau abah tau habislaaa kita sebab abah tak gemar langsung kami guna food enchancer camni and mak aku masih sorok-sorok bubuh dalam cooking dia wakakaka asal bahagialah. Ok, nak sambung mengarang sat. Kalau ader rejeki, grand prizenya percutian 8 hari 7 mlm untuk 2 orang ke Hokkaido, Jepun...sape tanak free. Takyah lagi berasak-asak mencium bau ketiak orang kat Matta Fair nanti.
No comments:
Post a Comment