Hari tu masuk ke Cold Storage, ada section nursery dia. Sekali
tengok eh, pokok OREGANO! Rasa macam meloncat dalam hati sebab sebelum ini tak
pernah jumpa dan kenal daun oregano macam mana. Biasa yang dibeli kering dalam
botol untuk masak spageti tu dah dikisar halus.
Meksu ambil 2 pokok untuk disemai semula ke dalam pasu yang
lebih besar. Rasanya kalau biar saja dia membesar di pasu kecil ini mungkin
jangka hayatnya tak tahan lama.
Terasa tak sabar nak sampai rumah, macam budak-budak yang
dapat mainan baru…hehe selepas solat terus masuk ke balkoni sambil ditemani bulus mana lagi...:))
Di bawah secara ringkas Meksu tunjukkan caranya ya? Saja suka-suka,
Meksu jauh sekali mahir dalam bercucuk tanam ni…tapi kalau tak mencuba sampai
bila pun kita tak mengerti erti cucuk tanam ini...
Terima kasih kepada yang datang memberi sokongan moral...kemburkan tanah sebelum tanam
Buat lubang di tengah, agak-agak saiznya muat...
Tambahkan tanah supaya akar dan pokok dapat grip, padu pada tanah...
Begitulah serba ringkas, hobi baru Meksu ini...setakat ada beberapa pokok herba lain lagi yang menghuni ruangan kecil balkoni. Seronok juga bila ada kesibukan baru di rumah, mengisi waktu terluang dengan perkara yang memberi makna. Melihat pokok yang membesar depan mata, memang ada sesuatu nikmatnya. Semalam belek daunnya besar hujung kuku jari kelingking...hari ini dah sebesar kuku jari manis pula...dan nampak ada tunas daun lain menumbuh di celahan dahan sebelahnya :))
Kepada yang teringin mencuba, mengapa tidak? Cubalah!