04 April, 2008

Time Flies.

Hai hai. Agak sibuk minggu ini selepas 2 hari bercuti. Aku sempat menemani ayahanda dan bonda ke Langkawi hujung minggu lepas hingga Selasa. Sengaja aku pilih ada weekdays. Taklah berebut-rebut cium ketiak dengan orang lain yang beli2 barang kat pekan Kuah tu. Kali ni kami jenguk Makan Mahsuri juga. Wah, sungguh berbeza tempat tu sekarang. Sudah dikomersilkan. Sudah lebih teratur, lebih cantik, lebih padat dan beraktiviti. Cukup berbaloi bayar RM5 seorang untuk masuk ke dalam dan melihat lebih daripada sekadar batu nesan. Ada satu potret besar Mahsuri di situ and they quoted as *Lambang Kesucian Wanita Melayu*...OH REALLY? kataku di dalam hati. I taught it was me all this while...hehehe!

Selain muzium yang menceritakan pembunuhan tragik tu, ada gak rumah kayu lama, peralatan antik yang digunakan oleh orang dolu-dolu...ada tempat mengambil gambar siap segera (i like!!! hehe) ada persembahan muzik tradisional live dan ada gak makcik2 menjual kuih cucur meniram dan kuih karas semuanya dimasak fresh kat situ (sukanya mak aku!!!) and not forgetting laksa kedah yang sungguh yummy.


belakang tu ha makam mahsuri...*kat depan kubo pun aku bantai posing ek hihi*
antara barangan dolu-dolu yang dipamerkan...err nak kene ketuk? ni la cucur meniram...
@ pekan kuah. Cian btul abah...punyelah setia sampai tetido nunggu aku ngan mak depan kedai pinggan mangkok ni...hihi luv u!

Balik dari cuti, tak ku sangka aku ada lebih kurang 3 minggu lagi untuk berkhidmat kat opis ni, sebelum memulakan penghijrahan. Begitu pantas masa berlalu ek... i'll miss this opis for sure.



pic taken by Wayne...d hensem and hamsap chinese copywriter sitting in front of me. (*thx darlin'!)

No comments: