14 January, 2018

1001 sebab Meksu beli tilam baharu!

Assalamualaikum…lamanya Meksu tak blog! Ada sesuatu yang nak Meksu kongsikan kat sini yang mana berkaitan dengan proses pindah rumah baru.

Ya, Alhamdulillah bulan lepas, kami telah berhijrah ke kediaman yang lebih selesa. Siapa yang ada pengalaman berpindah mesti tahu ragamnya macam mana kan? Bermula daripada proses buka pasang (kalau perabut) mengemas, melipat (kalau baju) membungkus dengan bubble wrap atau kertas (kalau barang kaca) masuk ke dalam kotak, melabel, mengangkut dan bila sampai ke rumah baru…nak dikemaskan semula Tuhan saja yang tahu!

Ketika inilah kami ambil peluang untuk buang barang yang rosak atau yang difikirkan perlu diganti dengan baru.

Macam mana dengan tilam? Nak bawa atau nak ganti baru?

MENTALITI:
  •       Eh, elok lagi ni…tak nampak kotor pun 😁
  •      Tak tenggelam pun span, buat apa nak tukor 😉
  •      Ala spring ok lagi tak terjerenguih pun??? 
  •      Pakai jelah sampai mereput haha, buat apa membazior! 
Hehe itulah kebiasaannya.

Namun tahukah anda tilam yang terlalu lama dipakai, tidak ditukar bertahun-tahun boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan sendiri? Itulah Meksu sendiri pun, bila fikir tilam kita fikirkan kualiti spring dia saja, kalau spring tahan lagi, tak rosaklah maknanya atau kalau spannya tak melendut, tak tenggelam lagi eh gunalah lagi…hehe

Namun FAKTA yang mungkin MENGEJUTKAN adalah:-
  • Tahukah anda, tilam yang kita tidur hari-hari selama berjam-jam ini (tambah Meksu kuat mereloh :P) akan mengumpul kekotoran daripada badan kita sendiri. Kepingan sel kulit mati akan terkumpul hari demi hari. Bayangkan kalau dah bertahun-tahun…geli pulak memikiorkannya ha ha.
  • Kedua; habuk, debu dan kekotoran daripada alam sekitar kita, tambah bila siang kita bukak tingkap luas-luas untuk pengudaraan bilik dan masa itulah anasir-anasir tak diundang ini terkumpul dalam tilam kita tanpa disedari. 
  • Ketiganya: paling menakutkanlah pada Meksu memang tak suka dengan ketiga-tiga ni…Cik Ku, Cik Pi, Cik Ha…siapa deme ni? Ya, tilam yang terlalu lama tak disalin-salin akan menjadi “rumah” kepada serangga-serangga halus seperti Cik Kutu, Pijat dan Hama. Sebut saja dah geli belum dibayangkan kalau dia melata kat badan kita masa kita tidur. Sebab tulah kalau kita tidur ada macam rasa gatal-gatal, miang…kita mula nak tepuk-tepuk badan tu…mungkin tandanya adalah dia kat situ…(melainkan kalau kita pun lama tak mandi memanglah miang juga hehe)
Itulah dianya antara 3 aspek penting yang mungkin kita tak perasan, yang Meksu sendiri terlepas pandang. Jadi dipendekkan ceritanya Meksu memang dapatkan tilam baharu untuk rumah baharu ni J Alhamdulillah.

Terima kasih kepada Goodnite, pengeluar tilam terbesar yang tak perlu lagi diperkenalkan di Malaysia yang memberi pendedahan bermanfaat kepada Meksu untuk berkongsi dengan anda. Kalau kita tak bercadang nak tukar tilam hari ini atau besok, sekurang-kurang kita tahu tentang betapa berkait rapatnya tilam dengan kebersihan kulit dan badan kita.

Yang disyorkan, tilam seelok-eloknya ditukar 10 tahun sekali demi kesihatan keluarga. 

Goodnite Love Series! 
Tengok pun dah tahu boleh tidur lena :) 
Harga dari RM 1,999 (Saiz Queen: True Love) hingga RM 5,199 (Saiz King: Forever Love)
...alah membeli menang memakainya.  

Sehingga bertemu lagi di lain lembaran,
Salam sayang dan Goodnite daripada Meksu.


05 February, 2017

Menu di kala hujan; Resipi Sup Sayur Bersuhun

Sup sayur ni ringkas saja dan sering saya masak kalau waktu hujan.

Padankan dengan ikan goreng garing dan hidang dengan nasi panas pun lazat.

Sup Sayur Bersuhun 

Untuk makan 2 orang
Masa memasak: 8 minit 

Sup Sayur Bersuhun 

Bahan-bahan:- (seperti gambar di bawah)

Minyak zaitun (olive oil) - 3 sudu besar 
Bawang merah - 1 ulas dihiris
Bawang putih - 2 ulas dihiris 
Cili padi - 4 tangkai dibelah tengah
Suhun 1 paket kecil - direndam 10 minit 
Kobis - 1/4 potong 
Bunga kobis (cauliflower) 
Carrot - 1/3 daripada sebatang
Tomato cherry - 3 biji 
Daun sup 
Garam pink himalayan (garam biasa pun boleh) 2 sudu kecil
Sos ikan 1 sudu besar (jika suka) 
Air - 4 cawan


Cara masak: 

1) Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi.

2) Masukkan sayur keras terlebih dahulu seperti carrot, bunga kobis. Curahkan air dan masukkan suhun.

3) Biar mendidih selama 3 minit hingga separuh empuk dan masukkan kobis, tomato, daun sup.

4) Masukkan garam dan biar merenih 2 minit dan tutup api.

Tips Meksu: Jangan biarkan sup merenih terlalu lama nanti sayur terlalu lembik kurang enaknya biar rangup sedikit krup krup barulah lazat. Kalau air mengering tambah air ikut keperluan sebab bila masuk suhun ia menyerap air.


08 January, 2017

DIY Balcony

Major late post. Kenangan kami memperindahkan balkoni rumah kondominium kami. Disebabkan nak jimat tapi berkehendak make-over balkoni berkayu, Peksu cadang kita buat sendiri saja. Boleh ke ni? Boleh tak boleh kita redah saja...hehe 

SEBELUM (Lantai jubin standard daripada pemaju)
SELEPAS (dikayukan lantai dan dinding)

Okay jom lihat sedikit sebanyak proses DIY ini...

Material: Kayu Balau & Paku 
Peralatan: Mesin gergaji, driller, grinder, penyukat
Kos pembelian material: RM2,500 
Jangka masa siap: Sebulan

Dimulakan dengan menyukat saiz balkoni dan pergi membeli bahan-bahan di kedai kayu. Kedai ni di Jalan Klang Lama. 
Meksu pun sibuk jugak nak ikut hehe barulah tahu ya ampun...banyaknya jenis kayu dan bercorak-corak macam pergi kedai pilih tudung gaya rambangnya :))

Tu dia.......penuh aihhh
Proses dimulakan dengan meletak alang atau platform kayu di bawah...barulah susun kayu di atas dan paku kayu itu satu persatu...kalau tak sure boleh tanya supervisor atas tu
Sama juga untuk bahagian dinding...letakkan alang begini dan kemudian susun kayu balau satu persatu...kena cermat supaya tak senget dan tepat ukuran
Pelan-pelan susun
Tiba di hujung ni kena ekstra teliti 
Tada...Alhamdulillah siap. Supervisor happy :)

06 January, 2017

Kenangan di Majestic Melaka


Assalamualaikum. Kerana merindu nak bercuti lagi, apa kata Meksu kongsikan dengan kalian destinasi akhir kami. Happy sangat dapat sampai sini biarpun last minute tapi tetap menjadi! Masa pergi ni cuti Deepavali tahun lepas. Peksu tak nak gi jejauh sangat katanya, so Meksu kata Melaka ok tak? Meksu sebenarnya tak kisah mana pun janji berjalan haha. Dan hotel ni memang dah lama Meksu idamkan. 

Untuk info, kami guna booking.com tapi... selepas dah booked barulah nak banding kalau tempah kat website YTL dapat better deals tak? Yes...saranan Meksu elok terus booking kat website http://www.majesticmalacca.com terus sebab deals dia better, dapat complementary massage kat SPA village dia yang best tak terkata. Juga boleh dapat breakfast all-in. 

Bilik yang kami pilih Deluxe double...masuk jer disuakan dengan minuman dalam set yang terserlah ke baba nyonyaannya. Ikutkan hati nak masuk dalam beg teko ni hehe.

Biliknya cozy ada arah kiblat. Bila masuk waktu boleh kedengaran azan dari masjid berdekatan.

Kalau datang berdua dengan kawan nak mandi jangan risau ada sliding boleh katup rapat

Aktiviti pertama Meksu sesampai je dah book for massage slot. Meksu ambil pakej "Melaka Palm Sugar and Honey Scrub"  kena add-on dalam bil tak silap RM235 nett. Tutup matalah sekali-sekala..sekali dapat pula complimentary hair ritual treatment :) #syukuranakpakshukor

Penuh kelegaan...teliti dan lembut sangat layanannya. Paling suka setting spa ini ada TV terlekap di atas ceiling, jadi masa kita baring terletang tu tengok atas idaklah nampak kipas tapi ada siaran video P.Ramlee dan Saloma mendendangkan irama

Selepas selesai boleh chill menikmati refreshments dia yang 2 kali dia bagi..bila sampai set hidangan lain, bila dah habis set jajan berbeza pulak..so detail spa ni

Suka giler flooring ni..biasalah Meksu memang suka appreciate dekorasi dan suasana
Ini selepas kami dinner bersama family...santai seketika dal m reading room ni yang memang buat Meksu jatuh hati

Malam, selesai dinner balik bilik..ada hidangan menanti..sebagai supper katanya,  pulut kuning dan sambal serta kuih nyonya

Tempat tidur pun dah disiapkan untuk kita masuk terjun sahaja :)

Sarapan esoknya...stailnya half buffet half lag Made to Order. Jadi boleh pilih dari dalam list apa yang tersedia.

Susah kan nak dapat roti canai dia garing dan lembut..tapi ini memang boleh dipuji. Nasik lemak pun Peksu habiskan semua sebab sambal dia kena dengan cita rasa. kuih dia biasa2 sahaja. Dan haa ini kena cerita, masa dinner, di restoran dalam hotel ini juga Meksu makan Chicken Chop..sangat sedap..ayamnya empuk dan sosnya jenis merah yang enak mesti dicuba kalau ke sini ya. 

Sempat on threadmil seketika setelah makan tanpa rasa bersalahnya. Gym dia mengadap SPA Village yang disambungkan dengan pool. Pool dia tak besar, dan lebih sesuai untuk dewasa

Rasa nak cabut bathtub berkaki besi ni..memang suka suka suka sempatlah berkubang dengan Bath Salts yang dah tersedia

Juga nak dicerita, kalau duduk santai kat sekitar hotel..boleh nikmati asam boi, biskut kecil warna-warni, gula-gula gula merah klasik semuanya mengembalikan nostalgia 
Semoga ada kesempatan lain untuk mereka rangkaian hotel YTL yang lain pula. Ada menyimpan niat untuk ke Tanjung Jara namun menunggu masa dan rezekinya. Sehingga bertemu lagi dalam review hotel seterusnya. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk yang masih terfikir-fikir nak ke Hotel Majestic Melaka.

05 January, 2017

Cuti oh cuti!

hai Iman Zhafran! Pandai dia tunjuk Peace kat Maksu bila Mamanya nak ambil gambor
Haih...baru masuk tahun baru pun Meksu dah ghaser nak bercuti...hehe sebabnya tahun 2016 cuti Meksu dah habis di pertengahan tahun lagi sebab ambil cuti panjang ketika mengerjakan Umrah dalam bulan Febuari-Mac 2016. Jadi baki cuti yang ada tak banyak dan disimpan untuk saat emergency.

Gambar di atas diwhatsapp oleh kakak Meksu kat tempat memancing di Lumut. Rock Bound Fishing Chalet namanya. Cantik benar. Pink tu...ish seperti memanggil-manggil rasanya. Dekat pun dekat jer dengan Kampung kan.

Raya Cina dah nak dekat. Office dah bagi e-mel ingatkan staf yang nak ambil cuti CNY boleh berbuat demikian sekarang. Meksu masih terfikir lagi...apa perancangannya cuti CNY kali ini. Elok segalanya dirancang awal. Nak booking hotel, tiket ke apa boleh lah dapat deals yang murah kalau tak last minute!

03 January, 2017

Salam 2017...

Assalamualaikum...

Lama betul tak meninggalkan cerita kat sini. Dah aktif di Instagram, di blog ni macam rasa remeh pula. Sejujurnya ada tulis blog separuh jalan tapi tinggal kat draft sebelum ini hehe...

Ini beberapa gambar kenangan sekitar hujung 31 Disember 2016 dan awal 1 Januari 2017.

Anak sedara Meksu Amani Hureen menangis entah kenapa, Meksu pujuk dia main make-up :)
Makan-makan di rumah abang sulung, Meksu bawak salad tu sebagai simbolik diet 2017 ha ha 

Pasangan pengantin lama di tahun baru dengan hashtag #tilljannah :)

Apa ya nak mengomel ni...cadangnya Meksu nak cerita pasal azam tahun baru. Nak dituliskan di sini supaya sendiri ingat apa yang diangan atau difikirkan di saat ini. Supaya nanti manalah tahu di bulan April 2017 nanti, dah lupa apa yang ditarget boleh rujuk balik kat sini ye dok??

1. Nak lebih berusaha untuk mendapat zuriat. Semoga 2017, tahun yang lebih serius untuk Meksu dan Peksu berikhtiar dengan apa cara yang wajar. Setelah 7 tahun berkahwin, semoga tahun ini Allah tiupkan rezeki anak buat kami...Amin ya rabbal Alamin.

2. Semoga tahun ni diteruskan untuk amalkan pemakanan sihat. Taklah bermaksud takda lagi kari kepala ikan hehe...favourite tuh! Nasik pun masak jugak...ngetorlah lutut Peksu tak dapat nasik hehe. Tapi macam teruslah ada selang-seli hidangan salad, minum jus-jus, banyakkan makan buah-buahan...dan tak mahu kedekut untuk membeli groceries yang bagus-bagus. Contoh macam segala macam berries, sayuran imported atau organic kadang tu lokek nak ambil masuk dalam bakul tapi kalau beli tudung mahal boleh pulak...ish ish! Jadi tahun ni nak lebih murah hati dalam belanja untuk makanan yang baik untuk diri sendiri.

3. Nak merealisasikan impian nak buat kelas memasak, ya Allah permudahkanlah tahun ini! Dari hujung tahun lepas Meksu dah muka mengumpul bahan...macam set chopping board lah, pisau-pisaulah...semua nak tip top dan pink-pink belaka haha supaya yang belajar nanti tu sama seronoknya macam mana selalu Meksu masak kat dapur ni.

4. Nak lebih kreatif kreatif kreatif dalam semua segi. Eh ini pun consider azam ker? Maksud Meksu kalau di tempat kerja nak buat banyak benda yang best best untuk client. Walaupun sekarang agency tengah merging dan penuh persoalan tapi semangat untuk menggilap kreativiti tetap tinggi. Dan Meksu nak work smart supaya ada keseimbangan prioriti kerja dan keluarga. Takmau macam 2016 ya ampun banyak juga balik lewat, sampai pernah breakdown sebab letih sangat.

5. Nak travel ke tempat bersalji. Bukanlah sejauh i-city Shah Alam tapi yang melibatkan jet lag dan melibatkan pasport hehe.

6. Nak merelakan hati menjual rumah yang kami sayang ni dan masuk ke rumah baru. Semoga Azam nak duduk rumah bertanah tercapai tahun ini Amin. Dan bila dah pindah, maknanya Boboi pun akan dapat kawan. Sebab Meksu dan Peksu dah berniat dan janji kat dia nak bagikan pasangan bila kami pindah nanti :) Tapi entahlah si sesuatu tu nak ke tidak!

7. Tahun 2017 tahun nak lebih cun cewah..pakai baju elok-elok, tak nampak pungkuk dan tak terlalu ketat dan kalau boleh lawa-lawa macam model muslimah haha ok mengarut.

8. Nak selalu pegang Al-quran dan lebih banyak timba ilmu setiap hari. Nak buck-up on tajwid yang dah ke laut...kalau tadarus lagi Ramadan tahun ni nak lagi lancar bacaan...tahun 2016 masih paling sedey berbanding makcik-makcik ya ampun lancar macam bertih jagung.

9. Nak teruskan main kutu haha dan nak nombor awal sekali. hahaha. bab kewangan tahun ni kalau boleh nak settlekan beberapa perkara dalam list. Ya Allah permudahkanlah hambamu ini...dan janganlah bagi terserempak dengan benda-benda pink yang mahal sangat tahun ini...

Ok cukuplah setakat ini, boleh ke nak realisasikan semua ni...kenalah berusaha ye dok? Selebihnya kita serah kepadaNya. Doakan yang baik-baik untuk kita semua ya...






10 January, 2016

Resipi Mi Kari Seafood oleh Makrab



Assalamualaikum...Meksu nak kongsikan resipi serba ringkas Mi Kari Seafood mak Meksu ni...bila beliau ada di sini, sebolehnya nak kutip apa yang boleh dipelajari...bukan apa cara orang tua memasak berbeza dengan orang muda...(idaklah meksu muda bebenor haha) di bawah bahan yang perlu untuk sediakan kuah ni...

Sebenarnya takda sukatan tetap bila belajar memasak dengan orang lama macam Makrab ni...semuanya beliau kata "agak-agak ler...agak-agak ler..." hahaha jadi kita pun kena mahirkan diri dengan teknik agak-agak ni...melalui gambar di bawah rasanya jelas juga banyak mana nak diguna ni...

Bahan-bahan "agak-agak" nya:- 

1) Udang dan Sotong anggaran 300 gram setiap jenis. 
2) Fish ball / Fish cake tu adalah lebihan daripada makan chee cheong fun ha ha anggaran 400 gram, 
3) Halia seinci
4) Bawang putih 2 ulas
5) Bawang merah 2 ulas
6) Daun kari 3 tangkai
7) 2 batang serai dititik / diketuk
8) Sepaket serbuk kari ikan (Meksu guna jenama Babas)
9) 2 sudu kecil serbuk cili (campur dalam serbuk kari)   
10) Santan 200 ml + air masak 800 ml- 1 liter  (ikut kepekatan) 


Jangan lokek minyak bila nak menumis yer...tumiskan bawang-bawang yang telah dimayang, daun kari dan serai yang dah diketuk...tengok cara di bawah cara Meksu pendekkan masa untuk masukkan halia...

 Semoleknya halia hendaknya ditumbuk...tapi Meksu gemor sagat saja begini...okay juga berasa butir halianya

 Masukkan campuran serbuk kari dan serbuk cili...tumis sampai pecah minyak

 Selepas minyak tu dah naik ke atas...masukkan bahan-bahan basah


Jangan terlebih masak makanan laut tak sedap juga dia boleh jadi keras...selepas renehkan 2 minit boleh masukkan santan dan air...kacau dan kacau...sambil tu kalau nak nyanyi pun boleh


Akhir sekali barulah masukkan fish ball dan kawan-kawannya...


Sediakan mi yang telah dicelurkan seminit, jangan celur lama pun tak sedap juga nanti mi lembik...tuangkan kuah panas-panas...kalau ada sayur taugeh atau sawi boleh masukkan sekali...Meksu punya sayur jadi misteri masa masak ni dia hilang dari dalam peti ais ha ha mungkin dah tertinggal kat kedai...

Selamat mencuba...


05 January, 2016

Menyemai Pokok Daun Herba - Oregano!


Hari tu masuk ke Cold Storage, ada section nursery dia. Sekali tengok eh, pokok OREGANO! Rasa macam meloncat dalam hati sebab sebelum ini tak pernah jumpa dan kenal daun oregano macam mana. Biasa yang dibeli kering dalam botol untuk masak spageti tu dah dikisar halus.

Meksu ambil 2 pokok untuk disemai semula ke dalam pasu yang lebih besar. Rasanya kalau biar saja dia membesar di pasu kecil ini mungkin jangka hayatnya tak tahan lama.

Terasa tak sabar nak sampai rumah, macam budak-budak yang dapat mainan baru…hehe selepas solat terus masuk ke balkoni sambil ditemani bulus mana lagi...:))

Di bawah secara ringkas Meksu tunjukkan caranya ya? Saja suka-suka, Meksu jauh sekali mahir dalam bercucuk tanam ni…tapi kalau tak mencuba sampai bila pun kita tak mengerti erti cucuk tanam ini...


 Camni rupanya...sebab dia kecil...itu yang sebat dua sekali :)


 Terima kasih kepada yang datang memberi sokongan moral...kemburkan tanah sebelum tanam 

 Buat lubang di tengah, agak-agak saiznya muat...

 Tambahkan tanah supaya akar dan pokok dapat grip, padu pada tanah...

 Selepas selesai siramkan air sambil menyanyi lagu suriram

Begitulah serba ringkas, hobi baru Meksu ini...setakat ada beberapa pokok herba lain lagi yang menghuni ruangan kecil balkoni. Seronok juga bila ada kesibukan baru di rumah, mengisi waktu terluang dengan perkara yang memberi makna. Melihat pokok yang membesar depan mata, memang ada sesuatu nikmatnya. Semalam belek daunnya besar hujung kuku jari kelingking...hari ini dah sebesar kuku jari manis pula...dan nampak ada tunas daun lain menumbuh di celahan dahan sebelahnya :))

Kepada yang teringin mencuba, mengapa tidak? Cubalah!