Bila lalu kat concourse Mid Valley tadi, aku terasa seperti kat London sekejap (ewah macamler pernah sampai sane), punyelah besar pokok krismas yang tiba-tiba tumbuh kat tengah ruang tu... bersama rintik-rintik salji dan alunan christmas carol yang memanjat kesyahduan insan-insan kafir ini. Maka dengan tak semena-mena, neuron-neuron otakku yang tengah relaks tiba-tiba terkezut zasss menafsirkan satu fakta logikal... ALAMAK!!! ESOK dah nak masuk Disember... bulan terakhir yang bakal melengkapi tahun 2005. Aduh cepatnya masa berlalu... I wish I could have done more this year.......................
Hmmmmm. If everything happens for a reason, some things did not happen for reasons too...?!!!?!? WALLAHUALAM.
30 November, 2005
28 November, 2005
Potret Kejayaan Seorang Atlit Wanita.
Maafkan keterlanjuran tajuk di atas. Pagi ini seluruh mental dan fizikalku terasa segar seperti susu dari ladang. Selepas lebih seminggu tubuh montokku ini tidak melakukan apa-apa aktiviti yang memecahkan kebuntuan lemak dan selulit, hari ini semangat kesukanan ku kembali bersemarak... sehingga aku sendiri tidak menyangka bahawa kakiku telah berjogging sejauh 4.5km tanpa henti dalam masa 40 minit. Ohhh kalaulah ditakdirkan Jackie Chan ada datang melawat tadi, dia pasti terkesima dan terus menawarkan aku menjadi heroin wanita bertudung pertama dalam filem action-pack Hong Kong. Hahhh nampaknya stamina aku sudah membuat lonjakan paradigma. Mungkin juga akibat terkesan melihatkan iklan TV canggih Majlis Belia & Sukan baru-baru ini yang cuba mempopularkan atlit-atlit Malaysia sama seperti Mawi yang sudah menjadi jutawan tetapi masih makan MAMEE setiap hari.
Selepas membaca blog intot pasal aktiviti bowlingnya, aku terasa seperti dua kali lima jer ngan dia haha. Harap-harapla tournament bowling yang TERPAKSA aku hadapi dengan jiwa yang tertekan pada 23/12 di Seremban Bowl nanti diselubungi dengan aura keajaiban. Kerana sesungguhnya captain pasukan aku dah warning "jangan malukan team!!!". Adussss... to my fellow bowling team members, marilah turun Mid Valley kasik training kat maksu please...

23 November, 2005
Only God Knows Why.
Kusut betul jiwa aku hari ni. Aku pun tak tahu kenapa semenjak sebulan dua ni bila kerja bertimbun, aku macam tak cool. Cepat nak naik angin. Cepat moody. Padahal sebelum ni aku tidaklah ada masalah ni, malah sudah pun imun akan fitrah kerja yang sebegini... aku sendiri pun pelik kenapa tiba-tiba terasa seperti kerja ni membebankan sangat sangat! Iskk kenapa dengan aku ni?!!!
Adakah...
1) mungkin sel-sel otak aku tersangat letih dan perlu diberikan pil khayal?
2) mungkin pasport aku telah memanggil-manggilku memanfaatkannya buat kali kedua?
3) mungkin aku ketiadaan inspirion ketika ini?
4) mungkin aku perlu menukar kerjaya sebagai tukang masak restoran?
5) mungkin sudah tiba masanya aku melompat ke agensi terlampau yang lain?

20 November, 2005
Cubaan 123.
Cak... satu percubaan online via digi connection, two and half G. Oh terujaku seketika. Mudahnya berinternet dari mana jua yang ada liputan digi dengan bandwith yang handal. Syaratnya mestilah mempunyai laptop bergigi biru serta telefon bimbit yang diperkasai teknologi EDGE... adeh meleleh jer la aku yang masih pasrah menggenggam alat komunikasi cap ayam. Anyways, get well soon big bro!
16 November, 2005
"Kenape, Tak Percaye...?" by Afiq.
Hari ini saya dan seluruh ahli keluarga berasa begitu terharu dan berbangga sekali dengan kejayaan anak sedara saya Mohd Afiq yang telah mendapat kesemua 5A dalam UPSR yang diumumkan keputusannya pagi tadi. Kejayaan yang dianggap magik dan sukar dipercayai oleh ibunya sendiri ini telah sekaligus telah membuktikan bahawa kanak-kanak yang hobinya menghadap computer games dan juga playstation sepanjang hari tak kira hari sekolah ataupun weekend tidak semestinya lemah dalam bidang akademik, tetapi semestinya melemahkan degupan jantung ibu dan abahnya yang selalu menjerit menyuruhnya berhenti bermain sehingga menggugat kesihatan tonsil. Dan ternyata, ukuran berat badan 56 kg di usia 12 tahun iaitu 4 kilogram lebih unggul daripada maksunya tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan tradisi kejayaan keluarga. Maksu do'akan semoga cita-cita murni Afiq untuk menjadi Datuk Bandar Nilai tercapai jua suatu hari nanti bagi mengubah konsep lampu perhiasan di roundabout dan persisiran jalan raya Bandar Baru Nilai yang telah sekian lama mengalami konflik identiti yang lucu itu... 
"Congrats abang Afiq...kepimpinan melalui teladan."
//more raya pics at shahrul's.
07 November, 2005
Cepatnya.
Cepat sungguh masa berlalu. Selepas hampir seminggu bercuti, hari ini punggungku pasrah kembali melanyak kerusi boleh putar 360 darjah milik opis. Alhamdulillah, Syawal tahun ni meriah. Namun dalam kemeriahan itu, aku turut merasa sedih mendapat berita akan pulangnya ke Rahmatullah, adik kepada rakanku Omar Al-Attas pada pagi 3 Syawal. Al-Fatihah. Semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beramal soleh... AMIN.
26 October, 2005
Sesi Berfikir.
Keluar rumah kul 9 pagi. Sampai rumah kul 7-8, kadang-kadang kul 10 pun ada. Letihnya, balik rasa nak tidur jer terus... Hmmm bagaimanalah aku kalau dah jadi isteri. Kalau ada suami jer takpe lagi, nak tengok makan minum pakai dia sorang jer rasanya bisa diatur cewahhh. Tapi kalau ada anak...? Merengek itu ni, nak tukar lampin, nak nenen, kul 3 pagi tiba-tiba meraung tak tau nak apa. Dah la orang balik kerja badan dah letih, mata dah lekap, tapi wajib layan kerenah anak. And not to mention wajib layan kehendak suami. Alamak, macam mana nak hadapi semua ni, hasrat murni nak jadi isteri solehah... aduh gelabah sejenak bila fikirkan menda ni, macamlah nak kawin esok hahahaha. Hmmmmm. gelak gelak jugak, tapi ni lah realiti. Habisla aku suatu hari yang bahagia nanti... kurus kerimping badan seperti cikedis mister potato.
25 October, 2005
Bingkisan Buat Intan Maszlin.
Maafkanlah prestasi kerja Photoshop aku tot... sememangnya aku sedar bakat aku setakat ni jer jika nak dibandingkan kau yang memegang title graphic designer yang disegani. Walaupun comot mende ni tapi tidak mengapalah ya, nak aku upload jugak hasil buah tangan kreatif 10 minit ini. Harapnya kau sukalah... heh heh heh. Sempena kejatuhannya hari yang menjadikan kita seusia akhirnya hari ini, nak lah aku memberikan sepatah dua kata heh heh. Firstly, aku nak kau tahu betapa bersyukurnya aku pada Allah kerana dipertemukan dengan kau sebagai kawan. Walaupun rasanya pernah dah aku bagitau kau ni tapi takpelah kot kot kau lupa meh aku bagitau lagi ya. Mengenali kau dan keluarga buat aku banyak menginsafi diri aku yang banyak cacat cela ni. Kau telah banyak menyedarkan aku untuk menjalani kehidupan ini sebaik-baiknya dengan tidak melupakan akhirat. Banyak sifat-sifat kau cuba aku kutip jadikan teladan. Terima kasih tot. Aku seadanya tak mampu nak membalas jasa-jasa kau selama ini sangat aku hargai... aku do'akan persahabatan kita tak terhenti sampai bila-bila ya. Mudah-mudahan pemergian kau ke tanah suci hari Jumaat nanti memberikan hikmah yang sepertimana kita do'akan. Jaga diri baik-baik. Balik jangan tak balik tot, aku tamau tidur sorang-sorang.........p.s: Cuba kau kira berapa heart shape yang ada atas tu. :)
24 October, 2005
Mata Abah.
Jumaat lepas, Ayahandaku telah selamat menjalani rawatan mata. Alhamdulillah, segalanya berjalan tenang. Kata Abah matanya dah terang benar sekarang, seperti kata pakar, kejelasannya boleh mencapai 99% accurate. Oh nampaknya reputasi baru mata beliau telah berjaya menewaskan performance mata anak bongsunya yang sejak tingkatan 5 mengharapkan ehsan kanta lekap berkuasa 3.95 pada mata kanan dan 3.50 mata kiri. Syukur syukur bilaku dengar Abah yang usianya sudah menjangkau 63 tahun ini tidak perlu lagi bercermin mata bila membaca, menaip, memandu atau sebagainya. Sebelum ni beliau sering mengadu matanya kekaburan dan kepedihan bila terdedah pada pancaran matahari, tapi mudah-mudahan dengan keizinan Allah, pembedahan 25 minit ini dapat membaik pulih penglihatannya. Kini, beliau masih perlu sekali lagi menerima rawatan susulan doktor Sabtu ini dan memakai cermin mata hitam untuk mengelakkan mata kanan beliau terkena air buat beberapa minggu. Credits to Abang dan Akak yang semata pulang ke kampung membawa mereka ke klinik :)
20 October, 2005
Al-Fatihah.
Al-Fatihah, semoga roh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah.
Sedih bercampur terharu hari ni bila berpeluang mengarang takziah rasmi buat Allahyarhamah di semua akhbar utama. Inilah pertama kali aku mendapat job seperti ni daripada klien. Sebelum ni hanya membaca kat paper, tengok macam mudah jer. Tampal satu gambar, tulis apa yang standard and lekap logo kat bawah. Tapi tidak. Kerjanya memang rumit & mencabar jugaklah kualiti puasaku hari ini....mana taknya 5-6 kali round of revisions plus beberapa last minute changes. Setiap butir bijirin ucapan especially segala kata nama khas mestilah tepat-setepatnya. Hampir hendak juling dan kecut jugalah perutku yang separa buncit ini nak memprove readkan copy. Full brief dapat pagi nak dekat tengah hari. And to make the ad come out in tomorrow's news, we must send out the material petang ni jugak. Memang rushing habis..... first time berpeluh dalam aircond opisku yang kesejukannya beyond Antartika.

Subscribe to:
Posts (Atom)