10 January, 2012

Sayang anak tangan-tangankan, sayang kereta tinggal-tinggalkan..

Sudah sebulan lebih saya meninggalkan kodok; kereta pertama saya yang membawa seribu satu kenangan manis pahit bersama. Kodok terlalu banyak berjasa...kehadiran kodok dalam hidup saya 5 tahun lalu telah yang melenyapkan zaman berulang-alik ke tempat kerja melalui Komuter, Teksi dan juga Bas yang penuh dengan keletihan dan pencemaran bau-bauan...

Dan bermulalah pengembaraan saya ke destinasi menarik di Malaysia, malah hingga ke Kota Singapura jauhnya! Kodok tidak pernah jemu merealisasikan pertemuan saya dengan ayahanda bonda yang jauh di kampung dengan perjalanan yang memakan masa 2 jam 40 minit sahaja, iaitu sejam 20 minit lebih awal jika menaiki kenderaan awam. Kecekapan kodok inilah yang membuatkan saya mengenali erti penyesalan bila mendapat saman ekor di lebuh raya Malaysia yang penuh dengan kejutan yang tidak ku inginkan, kerana hanya Lisa Surihani sahaja yang mampu tersenyum gembira tak terkata bila menerima Saman Alert MYEG dalam iklannya, bukan?? (kalau tak percaya tengok balik iklannya di Youtube).

Kodok juga telah pernah spinning gasing bersama saya hinggalah ku fobia untuk memandu buat seketika bila kami berbabit dalam kemalangan dalam kelebatan hujan...

Kodok oh kodok...keputusan untuk meninggalkanmu adalah yang terbaik buatku pada masa ini, semoga kita dapat bertemu lagi...suatu hari nanti.

Teruslah berjasa kepada insan lain wahai kodokku.

Yang benar,
Bekas tuanmu yang merindu.

09 January, 2012

Potong Stim

Tajuk ni takda kena mengenalah dengan iklan P1 Wimax yang guna "potong stim" as campaign line dia, cuma ini pemerhatian sayalah. Dalam rutin seharian kita ni, mesti ada jer menda yang Potong Stim kita dengar, kita lihat berlaku depan mata atau pun kita alami sendiri. Haiiih potong betul lah, kan! Haa tu la kalau saya tak gemar sebut stim stim nih....*buat muka innocent*

Berikut adalah antara situasi potong stim;

1. Macam pagi-pagi nak gi kerja, dah siaplah pakai baju, pakai tudung, make-up, losyen bagai and spray wewangi..lepas tu tutup semua lampu, kipas. Ready to keluar pintu rumah. Suami pun dah pakai stokin dan kasut, tarik tombol dan kunci pintu kayu. Kemudian tarik pintu grill, kunci mangga. Selesai. Berjalan dua tiga langkah menuju ke lif lalalalalaa yabedabeduu...

Tiba-tiba........perut saya memulas KENCANG. KENCANG OK. Ibarat angin bayu membawa diriku, sepintas lalu ku terkenangkanmu. So terpaksalah gostan untuk menyampaikan hajat yang terpendam! Attack of the killer tomatoes itu tak mampu dipertahankan lagi...

2. Tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Kira bumper to bumper la ni. Mengesot dalam 2 lane. So nampak dari side mirror kanan ada sebuah Ferrari merah menyala. Berkilat lain macam lepas buat polish kat G Guard yang melampau mahal tu. Wow.

Bila Ferrari tu ngam ngam kat sebelah, ku toleh tengok pemandunya sedang leka lagi sedap mengorek hidungnya. Baik punya gali berulang kali ibarat kita buat senaman setempat, kena ulang...8 lagi, 8 lagi. Yew...!

3. Ni pula kalau tengah cruising kat highway bila pulang. Nak cepat jer sampai rumah kan. Dah set kat kepala sampai nanti nak masak apa. Saya pandu di lorong paling kanan. Meluncur terus ke susur keluar UPM. Oooh dah nampak tol. Tengok semua lorong paling kiri berderet kereta beratur. Dalam hati hah nasib baik ada smartag.

Dengan semangat yakin boleh saya pun masuk ke lorong paling kanan macam biasa. Tengok cermin pandang belakang ada dua kereta. Tiba-tiba....palang smartag tak dibuka! teruslah brek mengejut!! Agak lagi 2 inci nak langgar palang. Warghhhh.

Selalu ku bengang orang yang tak reti guna lorong smartag ni nyusahkan orang lain, tapi hari itu rupanya My Official Blonde day. Ya, saya terlupa letak smartag disarangnya.

4. Ahad 12 tengah hari. Perut dah lapar. Baru pulang dari pasar. Dah set nak masak kari kepala ikan sebagai menu utama. Ambil bawang, daun kari, halba campur dah siap tumis, dengan serbuk kari, masuk ikan. Membonjol dah mata ikan tu. Tunggu langkah terakhir, nak masukkan santan. santan??? Alamak, lupa beli santan!!! Camna ni!!!!!!

5. Yang ni pulak bila semua lauk dah siap hidang untuk makan malam. Siap dengan air bancuhan orange sunquick lagi. Pehhhh. Perut dah keriuk. Masing-masing dah cuci tangan ready for makan. saya pun pergi ceduk nasi dari Periuk nasi elektrik. Bila angkat tudungnya, eh?? Kenapa masih beras dan air lagi???? Rupa-rupanya ada orang lupa tekan suis untuk masak nasik.............Taktaulah nak ketawa atau nak mare.......

Ada banyak lagi sebenarnya situasi potong stim ni.....anda ada pengalaman sendiri? Kongsilah kat ruangan komen jika sudi.

06 January, 2012

Penambat Hati di Pagi Hari

Setiap pagi saya pasti akan buat sarapan ringkas. Paling tidak pun sediakan air teh O sahaja dan hidangkan balang biskut kering untuk dicicahkan hehe. Asalkan perut yang comel ini diisikan dengan "menda hok comey" (seperti kata ilmuwan kelakar kegemaran saya, Ustaz Azhar Idrus). Tapi pagi tadi, saya dah rancang awal nak buat Egg & Beef Pepperoni Salad ni...sebab teringin pula! Namun prosesnya mesti lekas, tangkas, tuntas...sebab nak berkejar ke pejabat pula.
Dressing yang jimat dan ekspres!
Guna bahan-bahan yang sedia ada kat dapur. Telur 3 biji direbus, Garam Laut & Lada Hitam

Goreng seminit dua dengan secalit mentega dan titis sedikit perisa untuk anda yang menyokong pemasaran MSG.
Gaul kesemua bahan dengan salad pilihan anda. Saya suka Romaine Lettuce Salad kerana ia rangup krup krup. 

 Pastu hidanglah ala-kad (ala kadar) tapi biar nampak menyelerakan. Pasti ada hati yang tertambat, InsyaAllah :)


05 January, 2012

Koleksi Tahun Lepas

Kalau orang lain bercerita pengalaman suka duka mereka di tahun 2011, saya nak bercerita mengenai koleksi pink saya di tahun 2011...sukar nak gambarkan mengapa saya suka warna ni. Kira macam kalau tengok benda pink mata tu terus membundar segar...terus happy tak semena-mena hehe. Pastinya ini fitrah yang Allah kurniakan pada saya, tak tahulah sampai bila, setahun dua tahun tiga tahun lagi adakah minat ini masih sama seperti ini....

Rumit juga nak buat kompilasi ni, sebab ada sesetengah gambar dalam telefon saya, dalam telefon suami, dalam ipad, dalam external hard drive, dalam kamera lagi pun ada hehe...okaylah saya akan kongsikan sedikit demi sedikit ya!


  Ipad2 yang Big Bro tolong belikan di Melbourne, pada bulan tu Ipad2 tak masuk Malaysia lagi. Masa tu double happy sebab dapat Pink Smart Cover tu sekali! Sebelah tu Pink Kate Spade Blackberry Cover dari Premium Outlet. Kipas tu pemberian Secret Santa tahun 2010...siapa lah agaknya ek nama pun secret kan. Jam tu tak patut ditunjukkan di sini sebenarnya sebab dibeli  sebelum 2011 lagi ketika kunjungan kerja ke Bangkok.
 Yang ni serbuk teh saya beli sebab bungkusannya Pink (giler kan?) di Marks & Spencer sebab harganya berpatutan masa tu...dan rasanya nasib baik sedap juga!
 Ini fridge magnet, ole-ole dari Venice daripada rakan sepejabat, Pauline :)
 Ini hadiah dari rakan sepejabat juga, Farrah Harith sempena masuk rumah baru. Di bawah ni lip glos saya pesan dari kakak ipar saya ketika dia bercuti ke luar negara.
 Rata-rata semua wanita ada satu beg Longchamp ni sekarang, saya punya mestilah Pink :)
 Beg berzip untuk isi kosmetik ni dihadiahkan oleh Kakak saya, setelah pulang dari Seoul.

 
Ini wallpaper komputer saya di pejabat. Gambar Peti Ais Smeg Pink idaman saya. Saya tahu tak mungkin saya akan milikinya...harganya hampir RM10,000 ringgit. Membazir untuk hanya sebuah peti ais bukan? Melainkan saya menang satu juta Money Drop kat Astro tu, mungkin saya akan mempertimbangkannya :)

Hadiah paling bermakna untuk diri saya, Dapur berwarna pink lembut, kata Alex, Pereka Dapur ni (dalam pelat Bahasa Cina) "saya bukan tak buat kaler pink kakak, tapi saya tak Pernah buat kaler ini..." hehe
Saya ni memang sukakan Polka Dots. Tambah pula yang berwarna Pink kan!! Alas meja ni diberi oleh Sahabat Karib saya, Sheyna dari London. Dan set cawan ni baru saya keluarkan dari dalam kotak, dibeli di Australia ketika kami berbulan madu.

 Bila tiba Hari Raya, memang wajib la saya bakar Cornflakes Madu ni. Dan bekasnya mestilah Pink juga :)
 Dan ini cubaan pertama kali saya membuat Apam Polka Dot Pink. Inilah rupanya sebelum ia dikukus tau...
Oh ini aksi suami saya merealisasikan impian saya mempunyai sebuah bilik yang serba Pink. Tanggal 28 Julai 2011 kami berpindah ke rumah baru...syukur rezeki Alhamdulillah :)

Dan ini lampu hasil kerajinan tangan saya sendiri. Kainnya sepadan dengan Wallpaper saya beli di Laura Ashley. Kaedahnya nak matching-matching la kan hehe
Ini antara kasut kegemaran saya di tahun 2011...masih ada dijual di Al-Ikhsan hehe dan masih saya pakai ke hari ini :)

Dan ini antara hadiah hari jadi saya pada bulan Julai 2011.

Gambar gitar ni saya dapat dari abang saya sekitar November 2011, saja jer nak racun saya beli....tapi saya bukan Yuna takpun penyanyi lagu Cinta Muka Buku tu... 
Sebenarnya banyak lagi koleksi pink di tahun 2011 ni, akan saya tambah lagi bila ada kelapangan ya!

03 January, 2012

Masakan Pertama 2012

Disebabkan hobiku memang suka benor memasak, inilah dia resipi yang ku cuba buat pertama kalinya. ASAM PEDAS MELAKA. Bila ku upload gambar di facebook...ada yang komen, "terliurrrr...." Jadi kepada suri lain yang ingin mencuba boleh juga...resipi saya ni yang asalnya saya google merata dan digabungkan dengan resipi ibu saya di kampung...(telefon jer dow)

Bahan-bahan
1. 3-4 keping ikan (jenahak, tenggiri, pari atau parang)
2. 12 biji cili kering dikisar bersama sebiji cili merah, 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, seinci halia
3. Daun kesum
4. Bunga kantan
5. Air asam jawa dan asam keping ( kalau minat rasa masam lebih sikit
6. Bawang merah dan putih dimayang sedikit dan dicampurkan dengan sedikit halba. (yang rupanya macam batu halus berwarna perang!)
7. Seinci belacan ori melaka (kalau takda belacan melaka, belacan apa pun boleh dow)
8. 6 batang bendi dan 1 terung bulat dibelah empat

Caranya;
Panaskan minyak, tumis bawang-bawang dan halba tu, bagi naik wanginya. Lepas tu masuklah bahan cili yang dikisar pula. Kacau dalam 7-8 minit agar cili tu benar-benar masak bagi mengelakkan sakit perut. (sebab tu kalau makan benda bercili kat restoran, esoknya perut memulas sebab cili tak berapa masak bila tukang masaknya nak sediakan cepat-cepat).

Masa kacau tu masukkan daun kesum, bunga kantan, asam keping dan belacan. Haa masa nilah satu dapur akan harum semerbak... 



Kemudian masukkan ikan pilihan anda. Kacau dalam 2 minit, masukkan air asam jawa yang sederhana pekat...dalam 2-3 cawan ikut kesukaan anda nak likat ke tidak kuah tu.

Masukkan garam secukup rasa dan biar masak selama 5 minit sebelum masukkan bendi dan terung. dalam 3-4 tutuplah api dan sedia untuk dihidang...

Nak sedap lagi (suami saya kata)....goreng ikan masin dan makan dengan nasi panas. Pehhhhh...

09 December, 2010

Sudah tiba masanya?

Ya sudah tiba masanya aku beri perhatian khusus pada penjagaan kulit wajah. Bukanlah bermakna wajahku ini sudah kerepot seperti kulit naga pencen, tapi sebetulnya sudah ada tanda-tanda penuaan di wajahku ini! Ya sudah mula terbit garis-garis halus di sekitar dahiku...mungkin kerana aku sering kali suka mengeriutkan wajah bila ada sesuatu yang pelik bermain di fikiran.

Jadi semalam aku pun melangkahkan kaki ke salah sebuah pusat beli-belah kegemaranku. Di situlah juga terletaknya satu butik penjagaan kecantikan yang telah lama ku tenang-tenangkan produknya. Menariknya butik ini sungguhlah budiman memberikan sampel percuma untuk pelanggan yang betul-betul cenderung hendak mencuba. Tapi anda perlulah ke situ dan menunjukkan minat, menceritakan masalah mahupun keperluan anda bagi dia menilai dan memberikan rangkaian yang barang kali sesuai untuk anda. Ini kerana tak guna bawa pulang sesuatu yang mahal tapi tidak sesuai.

Jadi dipendekkan cerita, aku telah pun mendapatkan beberapa botol dan tiub buat kulit wajahku ini. Setelah membayar, timbul rasa bersalah yang AMAT kerana berbelanja agak banyak hanya untuk membeli sesuatu yang hanya 'cecair'! Aku benci betul dengan perasaan itu!!! ARGHHHHHHHHH!!! 

Lantas terus ku ragut telefonku dan menghantar BBM kepada rakan baikku sambil memandu kereta pulang (ya aku punya skill itu!) untuk meminta dia meyakinkan diriku bahawa aku telah membuat perkara yang betul. Ternyata Fiza berjaya membolosi dinding rasa bersalah aku apabila dia berkata umurku semakin TUA, telah tiba masanya untuk melabur demi penjagaan kulit wajah. Ditokoknya lagi dengan menyuruhku membuat pengiraan berapa jumlah sebenar yang ku belanjakan seharian untuk kulit kerana produk ini boleh bertahan lama dan sememangnya memberi kesan yang bagus...


Hahhh...bila sampai aku bingkas ke bilik air dan bersemangat betul untuk mandi lalalala...sehingga suamiku sendiri mengangkat kening dan menggelengkan kepala.

03 December, 2010

Siapa tak suka berjalan?

Hari ini AirAsia membuat promosi tiket New Zealand pula. Selepas satu, satu destinasi yang berjaya ditaklukinya bermula dari negeri-negeri dalam Malaysia, kemudian rantau Asia, dan kini ke Eropah pun ya. Memang banyak rungutan kita dengar mengenai syarikat penerbangan tambah murah ini. Termasuklah aku sendiri yang ada pengalaman kurang manis bersamanya. Namun bagi aku, secara peribadinya, AirAsia telah banyak membantu membuka mata aku tentang dunia di luar sana. Sejak aku mula bekerja sekitar tahun 2003, aku bertatih belajar membuat tempahan secara online dan mula berjalan ke negara-negara jiran.

Disebabkan tiket harga patut yang ditawarkan inilah aku mampu membawa kedua ibu bapa berjalan ke beberapa destinasi pilihan mereka. Siapa tak seronok bila dapat merakam memori percutian bersama orang yang paling kita sayang. :) Setelah mendirikan rumah tangga juga, aku dan suami berlepas ke destinasi bulan madu dengan syarikat penerbangan ini. Walaupun ada saja perkara yang aku kurang berpuas hati setiap kali keluar dari LCCT, tapi disebabkan harganya MURAH, ku beli jua untuk destinasi seterusnya...!!!

Pada aku, hidup ini terlalu pendek untuk kita sia-siakan terperuk di rumah sahaja!


Kenangan indah di Melbourne, Australia - June 2009

26 August, 2010

Apa wallpaper anda sekarang?

Yang ni saya muat turun dari laman web anne geddes. Tidak bermaksud apa-apa, cuma rasa tenang melihat bayi membuai mimpi...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

25 September, 2009

Salam Lebaran 2009 semua...!

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua.
Semoga kehadiran Syawal membawa berkat buat kita dalam apa jua yang kita usahakan.
Maaf juga kepada pengunjung yang mungkin jemu melihat tiada sebarang kemas kini di laman web ini. Sebetulnya aku sibuk menyusun atur kehidupan baru dan terikat dengan tuntutan kerja seharian.
Insyallah ada kelapangan, aku akan menulis lebih lagi.
Sekian, salam ikhlas.