02 January, 2009

Disneyland California


YEYYYYYYY!!! Kanak-kanak riang dah sampai.....

Bye bye...nak masuk Small World.....dalam ni ada culture show dari semua negara di dunia...comey sangattt patung-patungnya bergelek....

Jom nyanyi....... "Its a small world after all.......lalalalalalaa........"

Selamat datang ke istana yang menempatkan puteri-puteri jelita terkemuka!
Selepas hampir 20 minit beratur akhirnya bertemu juge dengan....
Cinderella...dia tak berdiri tegak jer tau tapi menghayun-hayunkan gaun labuhnya tu...ala-ala gediks... tapi nasib baik cantik...hihi

"Belajar rajin-rajin ye dik...besar nanti jangan jadi pemakai kostum cinderella macam akak..."
CUba teka yang mana snow whiteee...?!!

Me, myself & MULAN...

Excitednyeeeeeeeeee haku! hihi...masuk mickey's toon town pulak.
Mickey kononnya tengah shooting dalam studio kat belakang rumahnya...dalam rumahnya hancing sikit tau... yewww!!! tapi biasaler dia kan tikus, suka wee wee merata-rata~

Let's spinninggg...dalam ride roger rabbits!

Memang berpusing-pusing, pening-pening ride ni....tapi memang FUN!!! err big bro ok ke tuh?? nak panadol??

Remember him? Always with the Buzz Lightyear...in the Toy Story!
Yes... Snow White and the Seven Dwarf~
ALAmak...step mother & ugly sisterssss datang buat kaco~
Beauty & the beast............sedang bercanda di street parade
Suka topi pink dieeee...tak terbeli sebab tak berbaloi ler...dalam lingkungan USD25-30
I was amazed with the light design.... tabik spring!!!

The Sleeping Beauty castle...sebelum bunga api diletuskan...lampu istana ni bertukar-tukar mengikut muzik dan jalan cerita yang dipersembahkan...sungguh mengujakan...
the experience is unexplainable.
Bila malam, suhu di luar lebih kurang 10-14 darjah celcius...sejuk gediks...

Momen selepas persembahan bunga api selesai....ada fake snow turun di tengah-tengah pekan disney ni...merasa ler salji tipu...... Afiq menepis snow...ecehhh
Di luar Disneyland ada Downtown yang dipenuhi deretan kedai dan butik membeli-belah...
Aku hampir tak perasan lantainya...penuh dengan butiran pengunjung yang pernah datang ke sini...
Bye Disneyland California......mungkinkah aku akan sampai ke Disneyworld Florida pula? jeng jeng jeng...

Part VI @ Universal Studios

i know Hollywood needs me........tapi biarlah masa yang menentukan....hihiCik Julia my idola......muahS!!!!
comey memang comey encik spongebob ni tapi...tangan straight takde siku...susah giler nak sain autograph...........

me & afiq on red carpet.........(nasib baik masa tu semua paparazzi tengah sibuk makan)...oh yes, AFIQ pada hari Selasa lepas telah mendapat keputusan PMR (tingkatan 3)...jeng jeng jeng...AFIQ TIDAK berjaya menewaskan maksu, tetapi sekadar seri dengan result maksunya dulu hahaha...iaitu 8As straigtttttt...tahniah tahniah!!!! Di atas kejayaan kami berdua, abah a.k.a big bro akan bawak afiq and maksu ke New York hujung tahun niiiiii...hihiSemua orang terpaku lagi terkedu............ mengamati lokasi penggambaran sebenar filem War of the World....arahan Steven Speilberg, lakonan Tom Cruise sedikit masa lalu....

Yes!! I was at Wisteria Lane in Desperate Housewives!! Sumer takleh buat bising kerana penggambaran musim terbaru sedang dijalankan...

fast & furios show....gempak habisss....terkejut aku kuar2 api...cair mekap mak u oullsss...

Big bro terujaaaa lagi terngagaa.............. nasib baik winter takda lalat~
ALamak...terjumpa pulak beckham yang sedang menjijit teddy bear~ eee ponsy!

22 December, 2008

Part V @ Universal Studios

Berat siot tangan si shrek ni...sakit bahu aku.
Eh....yang mana satu si monroe ni..........jangan confius yek~

Nutty proffesor going nutsss~


Aku, nadia & afiq masuk rumah hantu "HOUSE OF HORROR ni...isk isk nasib baik tak pengsan...mana taknye semua jenis hantu bergabung tenaga...chucky, frankanstein, drakula, mayat dlm plastik tergantung, pontianak pun ader kot...aku tak sure sebab most of the time aku tutup mata...jalan laju-lajuuu & jerittttt macam orang giler hihi.

Part IV @ Universal Studios

Sebelum masuk ke Universal Studios, kami harus melalui City Walk, di mana terdapat deretan kedai-kedai menarik untuk meleretkan kad kredit. Nampak tak di belakang tu, ada gitar raksasa...berhampiran Hard Rock Cafe Hollywood.

Kedai ni mengingatkan aku pada bf akuuu si hantu stokin...kalau gi shopping dia suka giler beli stokin...wat koleksi...hihi

Sampai pun pintu masuk Universal Studios...

Masuk-masuk jumpa dengan si dora...aku paling excited skalik sebab die gemuk suke la nak picittt die! Beramah mesra dengan Curious George...Charlie Chaplin tu menyibuk dengan beskalnya.

Part III - Membeli sehingga terjatuh (Shop till u drop)


Banyak sangat barang untuk cupcakes...tak tahan...afiq meracuni fikiran maksunya suruh beli semua...

@ my fav shop...



16 December, 2008

Part II - Membeli sehingga terjatuh (Shop till u drop)

Perjalanan ke Dessert Hills Premium Outlet di daerah Palm Springs mengambil masa lebih kurang satu jam ke arah selatan dari tempat tinggal kami di Anaheim. Dengan bantuan GPS, big bro dengan yakin menelusuri lebuh raya 4 lorong mereka. Aku begitu teruja dan kerap kali ternganga dengan pemandangan kiri dan kanannya. Melihatkan kenderaan yang lalu lalang begitu berbeza di tempat kita. Lori-lorinya besar gedabak...macam dalam episod drama omputeh yang kita tengok di televisyen. Kami berkesempatan melalui Yorba Linda, kawasan yang mengalami pembakaran teruk seminggu dua sebelum kami tiba di tanah Amerika...



Kata pepatah, "pengalaman orang yang berjalan sejauh 1,000 batu lebih hebat berbanding orang yang membaca 1,000 buah buku.........."

Elok ler....aku pun malas baca buku hihi.

02 December, 2008

Ehem Ehem dari Aneheim CA (Part 1)

Tak sabar...bila la nak touch downnn.... Alhamdulillah.....akhirnya dapat pose maut depan arrival gate LAX International Airport, 5pm
Melalui perjalanan Kuala Lumpur-Taipei (Taiwan)-Los Angeles agak mengeraskan punggungku yang montel ini. Bila dicongak, jumlah perjalanan adalah dalam lingkungan 16-18 jam. Jiran sebelah tempat duduk aku adalah Captain Parveen, seorang juruterbang senior MAS juga. Kebetulan beliau dan ahli keluarga hendak ke destinasi yang sama, menjadikan perjalananku tidak membisu tapi lebih menarik kerana dapat berbual dan mengorek fakta-fakta penerbangan yang ingin ku ketahui tanpa bersusah payah untuk menggoogle. Katanya Los Angeles dan New York adalah sector paling jauh dari ditawarkan oleh MAS. Aduhai...patutlah aku rasa nak terjun dah dari kapal ni hehe bisikku dalam ati. Namun aku berpeluang melihat keajaiban ciptaan Allah di mana apabila kapal terbang kami terbang merentasi garisan dua waktu - siang dan malam setelah melepasi lautan....(akan bersambung) waktu di sini sekarang 4.30 pagi.