25 September, 2008

Kadangkala Kita Terlupa...

Mungkin ada di antara kita yang merungut:-
- tak cukup baju raya tahun ni...2 pasang jer sempat siap. Sepasang lagi tailor jahit tak berapa fitting ikut badan, so tak naklah pakai...
- kasut baru sempat beli sepasang jer...itupun tak berapa matching warnanya dengan baju raya sebab kasut yang betul-betul nak dibeli kehabisan saiz.

Petikan dari Utusan Malaysia Online...24/09/2008
Pada ketika sebahagian besar umat Islam sibuk ke pusat membeli-belah untuk membeli pakaian baru untuk menyambut Aidilfitri, ada juga insan yang tidak bernasib baik membuat persiapan sekadar ada. Begitulah gambaran yang dapat dilihat pada majlis pengagihan zakat di Kota Bharu, Kelantan, semalam, apabila ada warga emas leka memilih pakaian terpakai untuk persiapan berhari raya.

tengoklah pakcik-pakcik ni shopping macam mana...

15 September, 2008

Tempahan Last Minute...!





Bayangkan cornflakes bakar yang sungguh ringan...rangup...disaluti madu...tak terlalu manis...sesedap rasa madu dan lemak-lemak butter!!! Tempahan terhad...aku tak ambil order banyak-banyak tau...siapa yang teringin silalah e-mel ke merahjambu.ent@gmail.com

Harganya pun berpatutan sangat... RM23 = 100 biji atau RM17 = 70 biji sahaja. Warnanya kertasnya soft pink & baby blue...sweet eh!

Cepat sebelum terlewat :)

10 September, 2008

MUAHSSSSS!!!


Rakan sepersekolahanku Sheyna sudah menjadi seorang ibu sekarang! Tengoklah betapa tembamnya pipi si comel Lucian...owwhhh geramnya aku!!! Lucian adalah anak merdeka, tanpa kewarganegaraan haha! TAHNIAH Tris & Shey! Jaga baby elok-elok k....love u lots!!!

04 September, 2008

Cerita Meow Meow Lagi...

Mula-mula takut jugak nak pegang...sebab yang hitam tu garang skit...tapi masa ni dia tengah kenyang sebab aku dah sogok dia dengan whiskers abah.
Abah sedang menasihati anak-anak kucingnya supaya jangan berak merata-rata, nanti mak bising...hehe
Semua kucing ni takda nama lagi...
Nantilah aku balik kampung skali lagi aku kasik dia nama.
Yang sekor ni paling suka tengok kamera...

02 September, 2008

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak!


Promosi ini ditujukan khas kepada mereka yang berpuasa sahaja!

Aku pernah makan kat sini...beberapa kali. Pengalamannya tidak pernah mengecewakan! Menu kegemaran aku kat sini adalah kuay teow goreng. Nasik dan lauk2nya pun best jugak...selain hidangan yang menjilat jari-jemari, pemandangan tasiknya memang sedap mata memandang (lagi romantik bila malam!)...biasa aku pergi time tengah hari pun breezy...sesedap rasa.

Untuk lebih keterangan mengenai menu penuh berbuka puasa kat sini, klik aja di bawah :- http://kelabtasikputrajaya.blogspot.com/2008/08/buffet-ramadhan-by-lake.html

31 August, 2008

Abah Saya & Anak Kucingnya.

Ini abah saya.
Abah sedang tolong mak parut kelapa untuk buat pulut kuning & kari ayam... Ini kucing abah nak paling garang. Dia nak cakar kamera henpon saya. Sebab tu gambar ni goyang.
Yang ni 2 ekor lagi anak kucing abah. Comel rasa nak kidnap bawak balik KL!! uhuk.
Saya suruh abang saya posing dekat ruang kucing abah.
Antara longgokan makanan si kucing.
Eh ada lagi...Abah kata kucing abah suka makan yang ini. Bulu kucing pun sihat dan lebat kata beliau.
Tempat tidur kucing ni aku beli kat abah. Aku terjumpa kat IKEA.
Tapi Hamka rasmikan dulu. Dia pun comel macam kucing, kan?

29 August, 2008

Histeria Makin Teruk!

Petikan dari http://www.utusan.com.my/ hari ini

KUANTAN 28 Ogos – Kejadian histeria yang berulang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini hari ini, bertambah serius apabila salah seorang mangsa pelajar perempuan menjerit-jerit “aku ingin darah dan nyawa.”


Pelajar itu adalah antara lapan pelajar perempuan yang terus menjadi mangsa histeria di sekolah itu yang telah berlarutan sejak tiga bulan lalu. Jeritan mangsa histeria itu menimbulkan kebimbangan kepada segelintir pelajar, ibu bapa dan beberapa pengamal perubatan tradisional yang berusaha keras untuk memulihkan keadaan.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekolah terbabit hari ini mendapati kejadian histeria masih terus membelenggu para guru dan pelajar walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Pahang. Beberapa ibu bapa yang ditemui berkata, ungkapan salah seorang mangsa histeria hari ini yang berbau ugutan tidak boleh dipandang ringan...


Menurut rakan-rakanku yang berbangsa Cina, bulan Julai dan Ogos ini adalah bulan meraikan "Ghost Festival" bagi mereka berpegang teguh kepada adat dan kepercayaan itu. Kononnya dalam tempoh itu, pintu neraka dibuka, maka "hantu-hantu" itu akan berjoli sakan dan berkeliaran. Mungkinkah ianya ada kena mengena dengan fenomena di atas?

28 August, 2008

Merdekakah kita tahun ni?

Bebeh: Awak perasan tak...takda orang letak bendera kat kereta tahun ni?
Me: Haah la...weekend ni nak Merdeka dah. Cam tak rasa apa pun.
Bebeh: Itulah, siapa yang ada semangat kalau banyak yang tak puas hati. Kalau derang bagi bendera free kat highway pun orang tak kuasa nak pasanglah.
Me: Yeke.....tak tanya pun...haha!
Bebeh: Eee rotan kang!

Antara laman web yang aku singgah untuk 'ambil tahu' suasana politik Malaysia yang sungguh juicy adalah:-
http://www.chedet.com/
http://mstar.com.my/cms/index.jsp

23 August, 2008

Tayang Beg Baru.

.My first Che Che bag is actually their signature collection. Signature tu meaning yang paling murah ler dalam butik tu haha...dah lamaaaaaa aku 'aim' beg dalam Che Che ni...akhirnya dapat jugak merasa satu. Butiknya so far satu jer kat KL ni, kat Mid Valley. Check out http://chechenewyork.com/ I'm soooo crazy over their collections.
Kelebihan beg kat sini, ia adalah hasil kerja tangan. Aku memang appreciate menda2 camni. Setiap reka bentuk beg yang eksklusif tak datang banyak sekali, ada 3 sahaja tiap koleksi. Puas hati dengan ruang dalamannya. tersangat kemas, detail dan lembut.
Alang-alangnya nak membeli, biar membazir...haha aku pun amik notebook dia sekali...sebab cute sangatla....tak tahan.

19 August, 2008

Muzikal Sekolah Menengah di Atas Ais.

View dari tempat duduk kami yang bernombor.
girl (my niece), hanna and zati (my dua pupu)
mamat ni jual majalah RM45...saper nak beli haha.
Ini adalah pentas.
High School Musical on Ice
17 Ogos 2008 - 4:30 petang - Stadium Putra, Bukit Jalil
Memang berbaloi pergi. Aku kuat terngaga masa show tu sebab tak pernah tengok persembahan atas ais. Aku kagumi cara mereka bawa masuk set...semuanya beroda hehe. Tarian dan pencahayaan toksah cakaplah, memang hebat. Sampai aku terasa nak pergi Sunway Pyramid main ice skating pulak lepas tu. Macam best jer hayun kaki atas lantai berais ni. Beli tiket paling murah sebenarnya lagi OK sebab boleh nampak formasi tarian mereka dari atas. Merchandise yang mereka jual di perkarangan stadium memang banyak dan comel-comel belaka...semuanya di bawa dari negara asal, jadi agak mahal.