19 July, 2007

Tidur Sama Harry.

Aku memang tak boleh menonton wayang lepas kerja. Tumpuanku pada skrin hanya mampu bertahan selama 40 minit pertama dan selepas itu aku pasti zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......terbaru semalam, aku dengan nyenyak sekali tidur selama HAMPIR SATU JAM semasa menonton Harry Potter and the Order of the Phoenix. So kalau orang tanya, best ke idak Harry Potter kali ni...aku kater tak best! Hehehe simply because aku tertiduq.

17 July, 2007

THANK YOU SAYANG.


Dapat yg kaler pink...yeahuuu!

Kad pun pink...yey~!
Terima kasih banyak-banyakkkkk kepada semua call atau mengutuskan SMS, MMS, EMAIL, SNAIL MAIL, tak kira dari London, Dubai, Egypt, Singapore, Shah Alam, Nilai, Parit Buntar, Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.
Alhamdulillah...naik lagi satu anak tangga aku ye. Syukur ke hadrat tuhan aku masih diberikan akal dan kesihatan tubuh untuk terus berpeluang menumpang hidup di bumi Nya ini...semoga aku akan dapat mengecapi kebahagiaan yang dicari dengan penuh ketaatan dan keinsafan hendaknya. AMIN~

Jalan-jalan on my birthday eve. (9 Julai)

Merasa pun aku lalu Terowong Smart Samy Vellu yang RM2 sehala tu... Magik tul tak sampai 15 min dah sampai KL dari rumah...
Yeay dah sampai....let's ride on EYE ON MALAYSIA. RM15 untuk 4 pusingan...burp~!

Nia la dia 2 housemate aku yang gile-gile remaja.....hari-hari kena makan ubat derang ni...kalau tak bergegar blok BTS...Eh eh yang belakang tu sibuk jer nak enterprem........uwek!!~
Tu la dia Ferris Wheel nya...
Posing lagi sebelum gondola tutup pintu & jalan.................eeee gayat!~
Disebabkan kitaorang naik waktu malam, viewnya memang cantik...lampu saner-sini semua nampak. Especially kat golden triangle area. Tapi camera aku terlampau canggih sampai gagal nak capture scenery luar - alih-alih nampak gelap jek...Jadik bior kami aje yg posing...haha. Yang baju pink ni tak reti dok diam....ade ke digoncang-goncangnya ferris wheel ni masa dia pusing...saja nak wat aku gayat~!! hampehnye budok.
Tiga dara pingatan @ Taman Tasik Titiwangsa before balik...

I LOVE YOU KODOK.

Masa tengah wat final check-up.

Insyallah I'll take care of you just like how I take care of myself...hehehehe akan ku jagamu selagi terdaya RM...you just be good k. Jangan minum minyak banyak-banyak sangat...bawak-bawakla berpuasa di bulan Rejab ni hehehehehe.

Sibuk di Kampung (7-8 Julai).

Acik sibuk makan..............
Ilham & Hamka sibuk main atas meja.
Ibuku sibuk menggoreng bihun untuk kenduri doa selamat atas kepulangan si kodok.
Ayahandaku pula sibuk dengan komputer dual-core nya.




05 July, 2007

Kodok is back part II

Inilah movienye 4D magixnya....

Butterfly yg mesra alam...ada flash pun dia tak lari...
At Sentosa Vivo City Shopping Complex...best gak, byk international range. tp aritu aku mampu beli kasut kat BATA jer wakakakaa...jadikla.

Kodok is back!!!

ALHAMDULILLAH!!! Baby blue turned baby pink now.
Welcome to Sentosa Island, Singapore!
Nampak dak Skyride atas pala!!?! Best sgt naik tuh...tp nasib baik tak terjatuh selipar...
Sentose Luge ride....dengan tagline..."ONCE IS NEVER ENOUGH!"
I watched the 4D movie...adehhh rasa terpecah perut gelak! Byk benda yg unexpected! Last-last kena sembur ngan air!!! wakakkaka...

12 June, 2007

Rindunya sama kodok........


Harapnya minggu depan kodok dah boleh pulang ke pangkal jalan... yeahuuuuu!

04 June, 2007

Bontot dan Ayam.


Isk isk kecian aunty gemuk ni. Masa kat tadika dulu pun aku pernah hampir terhilang botol air yang dibawak dari rumah. Jenuh aku carik kat dalam kelas...kat kantin...kat bawah pokok tepi padang mainan, kat tandas (ape logiknyeee bawak botol air gi tandas!?!) tapi aku carik jugak sebab takut mak aku marah...yer la...botol air tu yang jenis beli kat kedai tu...yang ada brand kartun Garfield bukan botol air mineral bodo tu je. (time tu aku suka giler barang Garfield. Banyak merchandise dia aku kumpul. Thanks to big bro aku..masa tu dia baru jer keje...dia selalu belikan tambahkan koleksi Garfield aku heh heh)

So last last aku terjumpa balik botol air yang dicari - yang rupanya aku gantung kat leher aku sepanjang aku membuat gerakan mencari itu...kartun gak perangai aku time kecik. Sampai ke besar pun camtu ler juga...macam kes kehilangan charger kameraku hehehehehe poyo. Sebab tu la aku takda bela ayam kat rumah...kalu dak kecian dia menatap nasib time aku nak masak...hmmmmm lamernya aku tak tengok movie horror, cam citer hantu.......aku tengok The Making of 'Waris Jari Hantu' macam menarik dari segi keseraman story & acting (esp azean irdawaty), maybe aku patut gi tengok. Tapi berbelah bahagi pulak sebab roomate aku cakap tak horror tapi kelakarrrrr citer dia...pulak!?!!

28 May, 2007

Bye bye pinky.

Ya, sepasang kasut kesayanganku hilang kat rumah kenduri kahwin! Kasut bertali baldu comel pulak tu huk huk. Hanginnn aku satu hari. Inilah pertama kali dalam sejarah aku mendengar kes kecurian kasut kat rumah kenduri. Kes-kes macamni biasanya berlaku kat masjid time orang semayang jumaat…takpun time tengah2 malam, kat kawasan kampung aku (dulu) atau kawasan rumah flat atau kawasan perumahan yang ramai mat gian desperado berkeliaran.

Sekejap jer pun aku masuk rumah pengantin tu untuk pergi tengok bilik pengantin…then keluar nak balik ngan member aku sorang lagi…kasut kami berdua lesap! Adala pakcik (sedara mara tuan rumah rasanya) kat situ suruh kami tunggu…maybe ader orang pinjam2 kejap untuk pergi amik lauk ke apa ke, kata pakcik tu untuk mencomfortkan aku yang dah bermuka sedih dan terbakar. Aku seriously dah tak sedap hati. Sebab logiknya kalau setakat nak pinjam ‘pengalas kaki’, amik jer la selipar jepun!!! Yang ko pilih sandal ELLE PARIS aku watpe?!?! Haa kan dah terkeluar branding. Oklah aku beli kasut time MEGASALE bulan Mac lepas. Kalau tak sale takdanya mampu nak aku beli. Mana la tak terbakar hatiku. Sampai ke sudah kasutnya tak dijumpai. So aku pulang dengan memakai sepasang kasut seorang makcik yang bernama Kak Lina (bukan nama sebenar) iaitu mak kepada si pengantin. Tapi, kasut member aku yang namanya Ida Sazreena (bukan nama sebenar) akhirnya pulang ke pangkal jalan. Si pengapit pengantin tu pakai…mak aiiii selamba pinjam kasut orang lama-lama tak cakap sorry. Hampeh punya kesedaran sivik!

Yang pasti orang yang beriman cakap, takda rezeki…hehehehe redha jer la cik su…tadi aku baru call Kak Lina, kot-kot lepas aku balik, kasut tu kembali ke tempat asal. Hmmm memang tak nampak bayang katanya, sah dah dikebas oleh si pencopet kasut. Apa-apa pun congratulations to Farah Yasmeen & pasangan…semoga cepat-cepat menimang cahaya mata. Fuiyooo member yang aku hadiri majlis perkahwinannya middle last year kat JB dah pun mengandung 8 bulan! See…people are progressing…what about you su?