22 May, 2007

Aku cintaaa, Aku rinduuu.

Last Sunday, aku pusing-pusing lagi dalam Mid Valley...haha macam takda tempat lain la aku nak pergi kan!!! Harus aku akui MV ni banyak kelebihannya ecehhh. Dah la masa kat FCB dulu aku dah puas meneroka seluruh pelusuk bodynya dan sampai sekarang aku belum terasa bosan. Sepatutnya aku balik Nilai last weekend to discuss pasal satu job ni namun tak kesampaian pula, disebabkan abahamka terbusy editing hingga ke jam 2 pagi (aku paham sangat betapa asyiknyaa wat benda ni dulu...isk isk terkenang zaman MMU). So aku hanyalah berehat, masak-masak di rumah Sabtu tu plus layan merajuk aku dengan si dia…so aku malas nak keluar mana-mana pun. Habis semua baju-baju di dalam almari aku punggah dan main lipat-lipat balik, dan baju yang dah jarang dipakai aku satukan di dalam beg plastik besar untuk dipaskan pada mereka yang berpotensi di kampung. Hmmm tak sangkanya dia datang, katanya ada surprise, oh aku ingatkan diamond ring ke apa haha...(hidup mesti ambitious). Rupa-rupanya dia bagi strawberi yum yum yang aku sukerrr sangat haha berbaloi aku merajuk ni tapi maintain cool jer la maser amik tu. Lepas tutup pintu aku ngappp cukup-cukup 3 batang strawberi coklat tu depan TV sampai tertido dengan sungguh lenanyaaa beberapa jam atas sofa… thanksssss sangat sangat :)


Seterusnya hari Ahad. Aku free habis...si dia cadangkan aku pergi gym kat MV sebab dia kerja sampai petang. I think its a good idea too since body aku pun dah lama tak exercise...tapi alamakkk kasut sukan kat rumah abahamka. So aku hanya mampu swim ajerlah and maybe sedikit sauna mauna kat dalam tuh. Aku pun packlah baju, syampu dan segala-malanya dengan penuh semangat kesukanan. Bukan senang nak menjalani gaya hidup sihat ni sebenarnya...nak pergi gym pun kena ada mood jugak.



Namun jeng jeng jeng - setibanya di MV, mood aku beralih arah! (Well, biasala pompuan)... tiba-tiba aku terasa nak window shop dulu sorang-sorang. Best gak layan perasaan cenggitu ecehhh. So aku pun memulakan marathon keluar dan masuk ke shop lot. Bukan semuala, hanya yang terpilih saja. Body Shop tengah sale giler sampai 70% tapi takda range yang baru pun, still the same old product yang bosan. Kemudian aku masuk ke Jusco, pusing-pusing cuci mata sampai kaki aku penat tak terhingga sampai terasa nak test alat urut kaki kat OSIM tu. Then, buah hati aku sampai, temankan aku kejap then kami pusing-pusing lagi kat bahagian Electrical Appliances kat Jusco nak mensurvey few things.


Setibanya di pintu masuk Best Denki, alangkah terkesimanya aku menatap sebuah laptop berwarna merah jambu - SONY Vaio C Pink Blush....wallauweiiiii mataku terbeliak dan mengucap... Ya Allah, cantiknyaaaaa.... ahhhhhh...dia punya shape, kaler, material semuanya aku berkenan sangat sangat!!! aku dah tak peduli nak tengok specs dia aper tapi yang aku tahu, aku sudah jatuh cinta kat laptop ni...ahhhhh dunia terasa begitu indah seketika....TAPIII bila aku terlihat price tagnya....dunia terasa seperti gelap seketika...WARGHHHHH apsal mahal sangat!!!! Lagi sipi nak cecah 5 ribu....gulp!!! Mari bekerja keras sekarang!!!


And update on baby blue... Insyallah dalam dua minggu lagi si kodok ni akan kembali sihat... last week aku pergi melawat dia. Nampaknya tengok abang-abang pomen berbody mantap masih sibuk membuat intensive facial treatment ke atasnya. Rindu sangat nak bawak dia balik..................uhukkkk!



p:s: This gonna be mine, one day! AMIN...

27 April, 2007

Surat Untuk Ijah @ Dubai


Hi jah....you're 26 nowwwww! phewitttt! makin ayu skrg nampak...egegeggegege Im wondering where you're celebrating your birthday this year....london? paris? zurich? bombay? instanbul? hehehehe syoknyeeee hidupmu yeyyyy! you better treat yourself with the best birthday present ever...celebratela gaji emirates maaa!


Ijah, aku masih sedang mengalami satu trauma. Yes, aku accident last weekend. Alhamdulillah aku tak cedera apa-apa, cuma kereta aku sahaja yang cedera parah...remuk redam hati aku jah. Tapi aku redha dan bersyukur sebab tuhan masih sayang kat aku nih...because things could be worst...Ok aku paste lah kronologi accident aku ni kat kau k. actually email yang aku hantar kat atin & meshy few days ago...


Korang, maksu accident semalam. Sorry meshy, semalam saya tak terbagi tau sebab nanti awak dengan zura terkejut kang saya bertambah trauma. so i decided to calm down first. yes today im feeling better...semalam tak berapa lena tidur terbayang-bayang lagi bad experience tu. Now saya kat cc bawah rumah ni. have to fax over many things urgently to bengkel as im on emergency leave to rest. yesterday petang around 330pm saya konvoi 2 kereta dengan akak saya dari nilai ke ikea. hujan teramat lebat tiba-tiba kat elite highway. masyallah lebat sangat... saya slow down. memang slow...kereta abang ipar saya dah tak nampak maybe dia dah jauh ke depan. then dalam kelajuan moderate 70-80kmj before nampak stadium shah alam tu, kereta saya tiba-tiba dibawa lopak air menyusup laju ke kanan dari lane tengah...Masyallah saya tergamam, grip stereng tapi kereta terus spinning...melanggar divider tengah and bounce ke tepi and stop. Masyallah. Tak pula air bag terkeluar.


Alhamdulillah me ngan girl (duduk depan) pakai seat belt. We both well gripped. Tak terantuk sikit pun. We both terus keluar dari kete dalam keadaan hujan amat lebat tu (macam dalam filem sepet pun ada)...and tengok kereta dah tersadai ke tepi. Hancur hati tengok si baby blue. Bahagian depan kereta remuk teruk juga, dalam 40%...Tuhan masih sayangkan kan kami agaknya...nasib baik tak ada kereta lain yang terlibat etc. Condition of the car menyedihkan di depan and a bit at the side kiri belakang. Luckily the car is tough orang tu kata kalau kereta kancil ke apa...things could be worst. Like my father said, syukurlah nyawa selamat. Kereta lantak pi macam mana pun kata dia (Thats what he said many times to comfort me :) ) Amazingly cermin semua tak pecah (tambah trauma kalau kena serpihan kaca pulak). Ini pun rasanya macam trauma nak drive especially dalam hujan...no no...Tapi macam tak logik la pulak nak pasang driver hehe entahlah... Nasib baik juga si girl was so calm. She assisted me to call her parents semua. Kalau dia pun teriak ke apa dalam hujan tu lagikla aku panik. The first person yang tolong ialah satu abang lori yang berenti. Then sorang indian gentlemen berhenti bagi payung...takde pulak mamat encem yang memberi bantuan, hampeh.


Anyways korang hati-hati lah kalau drive tu. Kalau hujan kalau boleh tunggu atau berenti, berhenti lah. Macam lopak air ni kita tak nampak. Apa pun boleh berlaku...tanpa diduga. Really, it happen so fast. Rasa macam mimpi...

20 April, 2007

Jangan Careless.

Misteri kehilangan Yin terbongkar sudah. Alhamdulillah. Dari mula Yin dijumpai tu, ramai benar yang memberikan tanggapan kurang manis kepada dua rakyat Myanmar ni. Dimasukkan mereka ke dalam lokap untuk beberapa hari, jalani DNA untuk mengesahkan status anak kandungnya sendiri etc. Masa itu aku fikir, bila seorang anak kembali kepangkuan keluarga dalam keadaan sempurna makan pakainya, 5 orang anak lain pula terpaksa duduk di bawah jagaan rumah kebajikan buat sementara ya... Ternyata ujian DNA membuktikan mereka adalah anak kandung pasangan ini dan mereka telah pun selamat dijamin keluar oleh Kesatuan Hak Asasi Manusia. Manusia gemar membuat andaian negatif kan. Itu yang paling utama. Yang positif ada, tapi semahunya yang negatif difikirkan di hadapan. Mungkin di negara barat, pasangan ibu bapa yin nilah yang akan didakwa kerana cuai menjaga anak yang ketahui istimewa ini. Wallahualam. Sekadar pengamatan aku dari akhbar dan berita tv.


Misteri kehilangan charger camera aku pun telah terbongkar, just on time sebelum aku pergi langkawi... hehe rupa-rupanya dia duduk elok jer dalam plastik kuning kat dalam tray simpanan segala mala jenis charger kat kampung aku. Memang aku yang careless...barang kali ayahanda aku kutip dan menyimpannya elok di situ lepas lihat aku letak charger tu merata-merata masa cuti raya tahun lepas. Moral of the story, jangan careless lagi.



Gambo-gambor ini tiada kene mengena dengan topik di atas. I miss singapore so much laaa...hopefully can come back for Sentosa Island in June. Or by end of June. Since aku dah grab their great deal for the 9-in-1 island attraction kat MATTA fair lepas. Mari bekerja keras sekarang!

13 April, 2007

Nasik Lemak, Tagline, Jakun, Penguin, Bunting...

Seminggu dua ni… laluan harian aku ke tempat kerja begitu sesak sekali. Kesesakan yang bermula dari Petronas selepas tol lima posen hinggalah ke Seputeh itu adalah lebih kurang 4km. Mengesot nyet nyet terlampau ini menyebabkan aku dan si kodok hanya akan tiba ke opis dalam masa SATU JAM, berbanding 15-20 minit saja sebelum ini.

Punyalah mengesot sampai aku boleh menghabiskan sebungkus nasi lemak sehingga menjilat jari sambil memegang stereng sebelah tangan, hingga pakcik lori kat lane sebelah tersongeh-songeh pelik menengok aku. Itu ler namanya multi-tasking, pakcik. Sampai opis, aku dah boleh skip upacara bersarapan sambil membaca surat khabar dan mengerat borang peraduan…ekekeke. Itu la kerjaya part time aku sebenornya, dengan menaruh harapan (cam zaiton sameon pulak aku) untuk menang.

Hai tak sangka hari ini dah Jumaat… penghujung minggu bekerja pertama aku selepas bercuti panjang. Meh la aku upload skit gambar-gambar percutian hangit aku ni. Percutian penuh hikmah yang membuatkan aku ingin sekali menukar tagline satu syarikat penerbangan kepada ‘kini, sesiapa pun boleh tertinggal flight’. Lambat 5 minit pun tak boleh wooo. And tak boleh refund unused ticket. Percutian ini juga memberi pengajaran kepada rombongan cik kiah supaya tidak ghairah berbelanja barangan pinggan mangkuk hingga terlupa ‘luggage allowance’ adalah ciput sekali iaitu 15kg setiap seorang. Maka, “kini, sesiapa pun boleh bayar RM8 untuk setiap satu kilogram jika terlebih muatan”.

Percutian ini juga memberi peluang pada aku yang amat jakun ini memandu Toyota Vios (yang taglinenya berbunyi: yang anda idamkan). Sebelum ni buat iklannya ajer haha… bapak aku cakap, "nasib baik kitaorang semua tak kena cekup ngan naga dalam tasik masa naik kete ni" hehe tak sangka iklan tv itu meninggalkan kesan pada ayahandaku haha memang luas la kereta tu, sterengnya pun lebih ringan dari si kodok tapi kalau pick-up rasanya si kodok menangla sebab kodok kete rally hehe memang jiwa gadis litar dalam diriku haha. Anyways, kalau korang nak merasa sewa kereta idaman dengan harga boleh diterima akal, Langkawilah tempatnya, tapi kena pergi masa off-peak season la murah sikit. Mulanya aku teruja nak sewa kereta idaman aku, Peugeot 206 cabriolet tu… tapi tak mampu lah pulak RM300 sehari, berbanding Vios yang hanya RM80 sehari. Lepas tu dalam kereta siap ada minyak RM25…memang berbaloi sangat. Pilihan lain yang ada ialah Honda Jazz, City, Sentra, Kia Rio baru pun ada… harga sewanya lebih kurang ngan Vios. Jadi merasalah aku kembali pusing-pusing langkawi selepas datang mengunjungi 2 tahun lalu. Puas jugalah ibuku membeli kain batik sampai 30 helai haha dan tak lupa juga sudu garfu, senduk segala-malanya, selain daripada fine porcelain dan pinggan mangkuk corelle morelle apa entah.
Kelakar juga berpeluang melihat Penguin di Underwater World. Dah la tembam, clumsy pulak tu…siap ada yang tergelincir dari tebing batu jatuh ke dalam air hehe. Kitaorang tunggu waktu feeding dia. Tak sangka rupanya setiap seekor penguin ini disuap. Manja habis… mungkin juga untuk memastikan semuanya dapat makan ikan-ikan tu. Ahhhh so comel!!!


Kali ni aku pergi ‘Island Hopping’ juga. Sungguh adventurous sekali pengalaman merentasi tasik dayang bunting, pulau singa besar – tempat istimewa untuk melihat banyak sekali burung helang berterbangan dan mendarat di atas air untuk mengaut dengan kaki, daging ayam cincang yang dicampakkan oleh tourist guide… ahhh seronok sangat masa tu….bagaikan terlupa seketika segala tekanan jiwa raga di kota kosmopolitan...cewah. Destinasi terakhir ialah Pantai Beras Basah. Kami dibenarkan bersantai satu jam di sini tapi lebih berminat mengutip batu-batu karang di persisiran pantai untuk memenuhi balang ikan aku kat umah. Walaupun pantainya tidak sejernih pulau perhentian, namun ianya tetap meninggalkan kenangan cuti-cuti Malaysia.

Next, aku teringin nak naik ferris wheel kat Taman Tasik Titiwangsa tu... jom???
Gambar kenangan berempat.
Petai yang berharga RM2 jer seikat.
Inilah tempatnya rombongan cik kiah memborong pinggan mangkuk.
bersama bangau putih berkaki pinky...
ayah aku suruh mak aku berlakon macam kononnya freezing, tapi mak aku segan...haha.
penguin yang sedang disuap makan ikan...
nasib baik tak kena ngap ngan naga ye abah...haha.
beruk di geopark yang sedang ligat mencari kutu babi.
ombak yang menjamah kaki...tidak akan kukenali lagi...
inilah dia pantai beras basah...



bersama ibunda di private beach hotel kami.
si jakun di atas bot laju.
nampak tak si dayang bunting? Dari kanan - bentuk kepala, dada, perut hamil...

16 March, 2007

She's a champ!!!

JOHOR BARU: Sarawak's Jacqueline Jenelee Sijore added a fourth gold medal to her tally when she beat Negri Sembilan's Hurul Ainul Abu Razak in the step-ladder final to win the girls' Under-15 Masters title on the final day of the national schools (MSSM) bowling championships at the Daiman Bowl in Johor Jaya here last night.

Jacqueline, who won the individual, all-events and doubles partnering Syazwani Isa, won the match 403-349 (213-148, 190-201) and her victory enabled Sarawak to win the girls' Under-15 overall title.

“I would not have asked for anything better. I came here with a three-gold target but I am going back home with four. It has been fantastic outing for me,” said Jacqueline.
Selangor's Ili Syazana Jamal Azmi took the girls' Under-18 gold medal, coming back strongly to deny Perak's Syaidatul Afifah Badrul Hamidi with a 402-387 victory.
Ili lost the first game 190-210 but won the second at 212-177.

In the girls’ Under-12, Negri Sembilan's Puteri Nadia Kamarul Mahadir won the gold when she defeated Johor's Nur Irdeena Mohd Rafi 284-276.

Let's celebrate OK.............bila nak balik Nilai ni????????????

13 March, 2007

Nadia bravooookkkkkk!!!




Bowling: Sarawak lasses rule the day - ihsan thestar.com.my

JOHOR BARU: It was Sarawak's day in the girls' events of the national schools (MSSM) bowling championships, which got underway at the Daiman Bowl in Johor Jaya here yesterday.
They won the two gold medals at stake with Najihah Deli getting the ball rolling for the East Malaysian girls when she took the individual Under-12 gold with a score of 701 (166-151-163-221).

Jacqueline Jenelee Sijori made it a double joy for Sarawak when she clinched the Under-15 individual gold, rattling her rivals with some aggressive bowling with lines of 214-228-217-211-213 before going below 200 in her final game on 193, which was still good enough to give the title and a new record of 1,276.

The old record of 1,204 was set by Christyn Chew of Selangor in Kota Kinabalu in 2002.
There was also a new record in the boys' Under-12 with Alif Imran Alifdin of Kedah chalking up a total of 732 (210-200-197-125) to take gold.

BOYS
Under-12: 1. Alif Imran Alifdin (Ked) 732 – rec, 2. Ivan Ong Yu (Sel) 718, 3. Ahmad Aidil Abdul Halim (Kul) 716.
Under-15: 1. Teh Lit Qing (Prk) 1264, 2. Azer Azrin Anuar (Ked) 1263, 3. Mohammad Aziem Azem (Sel) 1235.

GIRLS
Under-12: 1. Najihah Deli (Swk) 701, 2. Puteri Nadia Kamarul Mahadir (Nse) 699, 3. Nursyafiqah Ramli (Ked) 667.
Under-15: 1. Jacqueline Jenelee Sijore (Swk) 1276 – rec, 2. Hurul Ainul A. Razak (Nse) 1190, 3. Syazwani Isa (Swk) 1122.

===

Wah sungguh kembang semangkuk big bro nampaknya.

Anaknya, yakni merangkap anak sedara tembamku ini telah menang tempat ke-2 dalam kejohanan bowling Majlis Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di bawah 12 tahun...yeahuuuuuuu! Alahai........... beza 2 pin ajer dengan budak Sarawak tu.... kalu tak cikitttttttt jerrrrrrrrrrrrrr lagi si tembam ni nak juara. SIPI SIPI laaa kata bujang lapok.

Keep it up. Keep it up. Katanya ada beberapa lagi game yang perlu dijalaninya sehingga hujung minggu ni. So to adik, kalau perlukan apa-apa bantuan sila hubungi talian hayat maksu ok. Maksu sedia turunkan segala teknik yang ada.

Actually aku pun dah lama tak bowl... Tapi sebelum next game ni rasanya nak nak tukar bola yang ringan sikit. Beratla yang ada sekarang nih rasa nak tergeliat lengan tau. Again to Nadia, kalau ada tournament mana-mana (oversea sahaja plsss!), maksu mu yang concern dan berhati mulia ini boleh tolong temankan (yes bro, i know you're busy)....ekekeke asalkan abahmu providekan tiket (upgrade business class plsss!) & hotel. Janji maksu dapat jalan-jalan..............

p.s: Jadik ke tournament kat Hong Kong tu??? Maksu boleh jer apply cuti............meow meow.

Abah, angan-angan dan niat.


Hari ini hari jadi ayahandaku yang ke-65!!! Semoga dipanjangkan umur dan kesihatan yang sempurna hendaknya. AMIN.
Sekian lama aku tidak berkesempatan untuk menulis. Kerja ofis banyak. Dan alhamdulillah rezeki freelance pun masuk, jadik aktiviti muda-mudi hujung minggu seperti ini terpaksa dikorbankan sedikit demi pembangunan industri. Hmmm menyentuh soal perniagaan, jiwa usahawan yang muncul secara tiba-tiba di dalam diriku ku rasakan kian menebal. Entahlah sekarang ini aku asyik berangan-angan untuk membuka sebuah kedai.
Macam-macam jenis kedai yang ku angankan. Kadang-kadang aku rasa teringin nak buka kedai cenderahati macam memory lane tu sebab aku suka main gentel-gentel riben... tapi kadang-kadang aku rasa nak buka restoran macam secret recipe sebab aku tengok member aku yang bukak franchaise kat seremban 2 tu dah berjaya dalam kehidupan. Dan kadang-kadang aku rasa nak buka kedai buku agama pulak. Sebab sambil jadik cashier, aku boleh baca apa aja buku dengan percuma tanpa batasan waktu. Al-maklumlah aku ni doa Qunut pun tak berapa lancar, dahlah hukumnya sunat muaakad (sunat yang dituntut ya adik-adik.) Faedah-faedah lain ialah banyak kumpul pahala sebab beri galakan pada orang lain untuk beribadah dan menambahkan ilmu agama.
Tapi sebenarnya kalau nak speed up points pahala ni jawabnya kahwin saja bak kata ustaz. Lepas tu jaga maruah, makan, pakai husband sebaik-baiknya hehehe ke situ pulak aku yer. Tapi itulah niat yang baik sebenarnya kalau nak berumah tangga, sepertimana niat seorang ex-housemate aku ni. Itulah cita-cita dia untuk berkahwin dan alhamdulillah Allah telah permudahkan pertemuan jodohnya. Aku harap sangat aku pun mampu meneladani sifat dia tu.
Berbalik pada topik berniaga tadi (suka off-focus aku ni) ...manalah hendak dicarinya modal yang banyak itu. Perlukah aku mula dari bawah atau start small bak kata orang puteh. Tapi bukan semua orang puteh sebenarnya bijak kata big bro aku. Ada juga yang tak sampai O Level. Hmm modal insan aku pun belum tentu lepas tapi itu boleh pergi kursus usahawan dulu haha. Really, kalaulah ada jalan dan kesempatan....... mahu saja aku realisasikannya.
Tak mahu hot hot hen shit semata-mata.

26 February, 2007

What Am I Doing?



Aku adalah juga seorang insan yang mengimpikan kehidupan yang bahagia...bahagia serba-serbinya, di dunia dan akhirat. Namun kebahagian adalah sungguh subjektif bagi setiap individu. Ada orang yang bahagia kalau dia menang loteri setiap bulan, ada orang yang bahagia kalau kucingnya beranak seekor lagi, ada juga yang bahagia jika dapat sambung belajar di sekolah pondok, ada juga yang bahagia kalau hari-hari makan mamee slurrp mawi, ada juga orang yang bahagia walaupun berkahwin dengan lelaki yang sah HIV positif. Ada juga keluarga yang cukup bahagia walaupun mampu pergi bercuti paling jauh ke Port Dickson, itupun setahun sekali.

Tentunya bagi aku, kebahagiaan lebih mudah dikecapi dengan adanya lebih wang ringgit. Money is power. So bila ada duit apa saja yang kita hajati lebih mudah kita tunaikan. Eh dah macam tagline kad kredit HSBC pulak...biasalah bank nak buat bisness, sumer suruh orang berhutang. Tapi biarlah duit itu digunakan untuk perkara baik. Jangan pula untuk dibeli ganja pulak haha.
Haaa itulah pagi ni jiwa raga aku bergelora dengan kencang sekali bila mendengar abangku bercerita tentang kawan-kawannya, malay writers yang mendapat habuan sungguh lumayan dengan hanya menyertai pertandingan menulis Dewan Bahasa & Pustaka. Seorang kakak comel ni menang johan skrip pementasan teater, dapat RM30 ribu... dan sorang lagi menang macam-macam kategori, cerpen etc etc dan total dia dapat ialah RM70 ribu lebih. Mak datuk... terkebil-kebil aku mendengarnya. Apa yang aku buat kat sini? Kenapa aku tak berpeluang seperti mereka? Tapi tak dinafikan mereka ni memang berbakat besar sangat sangat dalam genre penulisan di atas. Hmmmm wow... tengoklah rezeki dia. Tapi kita kalau tiada usaha pun tak dapat juga kan. Itu yang buat aku terfikir jauh sangat sangat tadi sesambil drive si kodok biru................................... hinggalah sampai masuk ofis.

Lepas tu bukak email, dapat pula perkhabaran daripada ex-housemate aku Ijah yang undergo trainning stewardess Emirates kat Dubai. I'm so proud of her! Antara 40 dalam batch dia seorang jer dari Malaysia. Yang lainnya dari Korea, Australia, South Apreka, Romania.... hebatnya kawan aku nih! Dia pun ceritalah how enjoying nya dia belajar benda-benda baru on aviation; flight turbulence, simulator, decompression, fire-fighting la. OMG so cool and interesting!!! Dan yang paling cool pada aku gaji dia yang dalam USD tu and of course dapat pergi tour round the world...
Hmmmmmm. What am I doing here? Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

23 February, 2007

Hmmmm....

Should I get married soon?

15 February, 2007

Penyakit Tak Cuci Gambar.

Hari ni aku membelek-belek kesemua folder gambar yang ada dalam simpanan. Mostly gambar-gambar tu tak dicuci lagi. Bila terciptanya teknologi kamera digital, aku merasakan ramai pengguna seperti aku telah take it for granted. Kaedahnya ialah...simpan simpan simpan dan simpan semua gambo dalam komputer sampailah hard disk crash...Selepas tu timbullah bibit-bibit keinsafan dan penyesalan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Namun pepatah purbakala ada menyebut - sesal dahulu pendapatan, ncd dan cukai jalan, sesal kemudian hingga meraung seperti drama queen tiada gunanya. Sebab itulah barang kali aku bukan dilahirkan menjadi seorang wedding photographer ala-ala saiful nang tu. Kalu tidak, nescaya klien-klien aku boleh makan hati kerna gambar mereka gemar aku jeruk perkasamkan sehingga pasangan tersebut terlupa bahawa mereka pernah berkahwin suatu ketika dahulu.

Sempena 'Gong Xi Fa Chai' yang bakal menjelang, izinkan aku 'mengongxi' beberapa keping gambar yang sedang mengalami proses penapaian peringkat ke-3 di dalam folder pc ini. Selamat Tahun Baru Cina kawan-kawan cinaku!!!!!!!!!!

Nostalgia Mac 2006...

Mendaki bersama raksasa gorgon mana berbaju hijau kuning, jinkadayama dan makhluk halus yang lain...

Bersama abah di kaki Gunung yang diselaputi kabus...

Girl, Nadia, Ilham dan of coz aku yang paling tak tahan sejok...

mane satu kamera yang di pandang ni.... David Bekam Kota Kinabalu.