18 December, 2006

Wedding Lagi...


Bersama intot & white daisies...i like. "Bestnya kawin............meow meow!" Suka pelaminnya simple tapi romantis.
Bukan PWTC tapi dewan jubli di Shah Alam. Bersama Kak Faiza.
4 artis yang pernah serumah.

Kali ni kak Faiza & Abg Teh (sepupu intot) pulak kawin last Saturday...Lihatlah saiz dewannya, cukup menggambarkan kemeriahan 2 pasang pengantin yang diraikan serentak. Tambah gamat dengan persembahan live kumpulan Rabbani. Nasib baik Mawi takda, kalau tak aku suruh dia tulis cek 5 ribu pulak untuk aku...sebab aku pun nak gi Singapore new year ni ekekeeke. Meja yang kitaorang duduk betoi-betoi depan speaker & stage show tuh. Bak kata ijah, "aku rasa macam kat konsert dewa lak su..." ekekekeke poyo la jah, dah ler datang lambat, lepas tu lagik mau bawak balik dua tupperware cream caramel...dua kali lima la ngan meshy ekekeke tapi kesedapan pencuci mulut itu sesungguhnya tidak dapat dinafikan sama skali. Terima kasih ya tot atas jemputan. Lauk hidangan sememangnya mantap...jadik aku dengan tanpa segan silu telah membedalnya cukup-cukup...bak kata pepatah rezeki jangan ditolak, populariti jangan dicari. Bila sampai rumah terus tersadai tido sampai petang. Hopenya kak Faiza akan gunakan album gambar yang tak seberapa dari kami bertiga. Semoga berbahagia di alam rumah tangga serta kekal hendaknya hingga anak cucu...AMIN.

*Maafkan paras kualiti gambar-gambar di atas. Ihsan kamera fon cabuk saja.

12 December, 2006

Semoga Mendapat Haji Mabrur...


Sayu bercampur gembira di saat mengiringi pemergian 2 insan yang paling penting dalam hidupku pada hari Ahad lepas. Semoga kalian beroleh kekuatan, ketabahan dan kenikmatan dalam menempuh setiap rutin ibadah di sana... :)

17 November, 2006

salimdawam: daripada rajin tulis belog tu
salimdawam: baik rajin tuulih novel
salimdawam: dapat gak duit
layarputih: ekekek
layarputih: baiklah
layarputih: aku akan terima kritikan membina kau with arms wide open
salimdawam: jgn legs wide open dah le
salimdawam: masuk angin
salimdawam: dan bendasing yg lain
salimdawam: ekeks
layarputih: aku belasah ko kang
layarputih: hampeh
salimdawam: ala lawak skek jers
layarputih: okla aku nak beransur dah ni
layarputih: pening aku arini pakai tudung lilit2
salimdawam: pikio le kalo nak buat novelis tu
layarputih: isk isk
layarputih: tak sabo nak bukak
layarputih: haa ye la
salimdawam: tudung zaskia adya ke ape
layarputih: ko pulak pk kan bila nak wat laksa tu
layarputih: cerita je lebih
layarputih: teringin gak nak rasa
salimdawam: huh kiamat suda dekat ramai gak org tgk eks
layarputih: haa citer lama tuh
salimdawam: tu la lepas 20hb ni le che kak ois
layarputih: okies

Hmmmmm mungkin aku patut menerima cabaran si salim slim ni. Teringin gak menulis novel. Mungkin aku boleh fikirkan storinye...tapi adekah ada potensi pembaca kat Malaysia ni nak beli kalau kisahnya bukan pasal kes putus tunang? Aku harus fikirkan cerita yang terbaik.

Berserinya Hanna...

Ijah dengan aksi pemain netball sekolah.

Pose terbaik kami untuk peminat.

Intot mengintai dari tirai kamar.

Congrats again Hanna...Hope you like our BIG prezzie.
* Click to hanna's official photographer website for more pictures.

Misteri Kehilangan Charger.


Mungkin tajuk post kali ini mempunyai gaya/sentuhan novel Alfred Hitchcock, Nancy Drew mahupun Hardy Boys yang pernah anda collect pada zaman dahulu tanpa anda sedari kerana ianya satu misteri. Ya sehingga ke hari ini, aku gagal menjumpai semula charger kamera aku. Kali terakhir aku sempat menghabiskan sisa-sisa terakhir bateri kamera itu adalah dalam minggu pertama Ramadan lalu ketika mengambil gambar ibuku sedang membuat kuih raya.

Akibatnya, aku terpaksa meminta belas simpati daripada insan lain yang mempunyai kamera selepas itu (you know who you are, tq). Sebetulnya aku tak berapa puas menggunakan kamera orang lain. Namun tidaklah bermakna kamera mereka kurang powerful atau kurang cun untuk digayakan ke sana ke mari, sungguhpun gaya yang menarik memainkan peranan penting dalam camera handling. Namun yang pasti, aku kian serasi dengan kamera aku ni. Sudah ku fahami mana butang yang hendak dipetik, dan function mana yang harus digodek ketika berhadapan dalam situasi tertentu terutamanya di waktu-waktu kritikal, contohnya untuk menginvisiblekan jerawat dan garis-garis halus yang kelihatan pada wajah di samping memberikan efek lebih flawless yang melebihi jangkaan.

Oleh kerana aku teramat rindu untuk menggunakan semula kamera aku ini, dan berbekal semangat yang kental bersama lagu "Kau Kunci Cintaku" by Ramlah Ram sebagai lagu tema, aku bertekad untuk melancarkan Operasi Gerakan Mencari besar-besaran bagi membongkar kedudukan sebenar charger aku ini. Aku pasti ianya tidak hilang tapi hanya misplace sahaja. Dan jika perlu, aku akan mendapatkan khidmat daripada unit tindakan khas, yakni housemate aku untuk bersama-sama menjalani operasi gilang-gemilang ini. Sekian berita setakat ini. Kejayaan mahupun kegagalan operasi akan dimaklumkan kelak. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya.

10 November, 2006

Bestnya kalau..............

....dapat bersantai sebegini sambil membaca buku motivasi
"Bagaimana Menjadi Wanita Yang Berjaya Berjalan-Jalan Ke Mana Saja Dia Mahu.".
<>
Gambar di atas dirakam di Pulau Perhentian sedikit masa lalu.

06 November, 2006

Best Jugak Bangkok ni...


At Suvarnabumi, the newest Bangkok International Airport. Di belakang adalah replika seekor dragon yang panjang ya amat.

Memberanikan diri berjalan ke sini seorang diri sambil merefreshkan skill bunga-bunga silat cengkaman rimau.

Menarik tapi tak beli. Ape kejadahnya nak beli.

Jam pinky. Antara damages yang telah terjadi di Suan Lum Night Bazaar. Murah banget.

Abang gayut.

In front of Saatchi Bangkok office with Simon. A decent gentleman who bring me around the departments.

Suka sangat their relax-while-working area.

17 October, 2006

Ramadan di Bangkok.

Esok aku Insyallah berlepas ke Bangkok untuk shooting satu produk Olay di sana. Memang semenjak dua ni aku teringin benar nak ke Bangkok. Tak disangka seawal di bulan Ramadan rezekinya datang. Syukur2. Semoga aku selamat pergi dan pulang untuk beraya nanti hehe. Tadi aku call parents aku untuk memaklumkan perkara ini. Lantas ayahku berpesan membeli butang baju melayu untuknya. Comelnya ayahandaku ni. Aku pun tak pasti orang siam buat butang baju melayu ke idak. Tak sabarnya nak balik kampung!!!!!!!!!!

By the way, di bawah adalah gambar yang keluar biler aku google "bangkok image". Adakah wanita ini pernah menggegarkan kota bangkok suatu ketika dahulu? Mungkin ada rahsia di sebalik posing lututnya yang bengkok sebelah.


Terima Kasih!



Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepada perusahaan kuih ibuku... harapnya tiada siapa yang mengalami sakit perut. Pastinya bukan kerna pembuatan kuih ibuku tetapi daripada makcik atau pakcik di Pasar Ramadan. Harap-harap tiadalah juga di antara kawan-kawan yang sedang membaca ini memiliki pengalaman yang sama sepertiku. Hari ini genaplah 5 hari aku mengalami diarrhea...atau dikenali sebagai cirit-birit di dalam bahasa ibunda. Adusss hanya tuhan sajalah yang tahu jeritan pekik terlolong batinku ini...tapi menurut doktor keberlanjutan sakitku ini juga disebabkan adanya simptom gastrik dalam perut separa buncitku ini. Harapnya fenomena ini tidaklah berlarutan sehingga hari ke-6 atau ke peringkat jubli perak.
Alhamdulillah, kita sudah berada di minggu terakhir Ramadan. Aku benar-benar respek pada mereka yang sehingga kini tidak berputusan mengerjakan terawih... macam housemate-housemate aku termasuk seorang bakal datin yang ku kenali. Tidak seperti kehadiranku yang boleh dibilang dengan jari ini. Dalam kejarangan pemergianku ini, sempat pulak aku amati barisan saf di masjid. Nampaknya makin hari makin merosot dengan penghuni. Tapi sebenarnya waktu terakhir inilah merupakan waktu keemasan untuk muslimin mencari malam lailatul qadar. Semoga anda di antara kita yang menemuinya. Amin!