09 January, 2006

Salam Aidil Adha.

Sia-sia sajalah aku kecut perut aku dari pagi tadi kerana hendak menghadiri satu temuduga yang dijadualkan berlaku hari ini. Tiba-tiba di postponed pula ke hari Khamis. Pasti ada hikmah di sebaliknya ni. Tidak mengapalah, esok pun nak raya. Lunch time tadi aku habiskan dengan mensurvey ayam kat Carrefour yang hendak ku beli lepas opis nanti untuk dibuat nasi tomato & ayam merah sempena menyambut Raya Haji esok bersama kawan-kawan. Inilah kali pertama aku ingin mencuba masakan yang agak berprestij. Resipi yang ku salin dengan bersemangatnya selepas membelek sebuah majalah di rumah sedara aku yang nampak macam kacang je. Harap-haraplah resipi itu tak palsu. Sia-sia pula pengorbanan ayam-ayam tu nanti. Terlanjur itu, Selamat Hari Raya Korban kepada hadirin dan hadirat sekalian.

06 January, 2006

Lagu Sedap Hari Ini.

Di Atas Normal nyanyian Peter Pan

pikiranku
tak dapat ku mengerti
kaki di kepala
kepala di kaki

pikiranku
patutnya menyadari
siapa yang harus dan tak harus ku cari

tetapi tak dapat ku mengerti

sesuatu yang baru ku sadari
kau tinggalkanku tanpa sebab yang pasti
sesuatu yang harusnya terjadi
kau sakiti aku
kau yang harus ku benci

tetapi tak dapat ku mengerti

ku mencari sesuatu yang telah pergi
ku mencari hati yang ku benci
ku mencari sesuatu yang tak kembali
ku mencari hati yang ku benci
ku mencari tetap tak dapat ku temui
ku mencari hati yang ku benci

Perjanjian.

Maka hari ini aku berjanji pada diri sendiri untuk menghabiskan waktu hujung minggu nanti di California. Bukan yang di US tu tapi yang di Mid Valley ini saja. Sudah hampir 2 minggu aku sudah ponteng kelas PJ atau singkatan kepada kelas Pendidikan Jasmani sewaktu zaman sekolah dulu. Badan aku kini terasa mahu dimanjakan aja dan sudah menjadi semakin malas. Hampir setiap hari dalam minggu ini selepas aja subuh, aku suka nak terus landing balik ke katil dengan telekung skalik dan liat bebenar hendak bangun menggosok baju dan bersiap ke opis. Nampaknya fenomena ini tidak boleh aku biarkan berterusan kerana ia boleh mengancam gaya hidup sihat yang aku impikan.

05 January, 2006

Satu Kejengkelan.

Arus produktiviti deras mengalir dalam tugasan aku hari ini... cewah! (eh bagus jugak kalau boss aku terbaca blog ni heh heh heh). Dari pagi hinggalah ke saat ini, masih belum berputusan aku menyelesaikannya satu persatu. Namun terdapat satu naskah yang belum dapat memuaskan nafsi penulisan aku. Satu naskah yang sejak 3 hari lalu telah cuba aku olah, olah dan olah sehinggalah ke detik ini masih belum mencapai haul yang aku mahukan, sehingga aku cukup geram dengan potensi otakku hari ini. Rakan sejawat yang duduk di hadapan aku berkata, kepalaku yang menghadap skrin hari ini nampaknya seperti aku hendak masuk aje ke dalam monitor ini kalau boleh. Eeee boleh lagi dia nak buat lawak. Rasa nak lepuk jer. Doaku agar Allah dapat mencetuskan magik untukku menyiapkan mende ni secepat mungkin. AMIN.

03 January, 2006

King Kong Yang Kagum.


Yang sedang berpura-pura sibuk di belakang kamera itulah Peter Jackson. Pengarah yang telah berjaya menghasilkan filem yang aku nobatkan sebagai terbaik pernah aku tontoni pada tahun 2005. Terbaik dari segi berjaya membuatkan aku keluar panggung dengan rasa puas, berbaloi dan tidak mengeluarkan kata kesal seperti "baik aku makan KFC tadi pun kenyang" bila tertonton cerita hampeh. Pemergianku ke panggung 31 Disember lalu sesungguhnya tidak berbekalkan apa-apa review panjang lebar atau sinopsis... cuma sekadar sebaris ayat dari Hamka, "kalau tengok, tak rasa macam 3 jam...". Durasi sepanjang itu membuatkan aku berdoa bahawa konsentrasi aku tidak berpalit sebagaimana pengalaman menonton PGL. Tambahan pula, aku tak minat sangat menonton cerita-cerita fiksyen terutamanya yang ada makhluk asing berkulit kedut-kedut. Entah bagaimana hatiku terbuka pulak untuk memilih filem yang diarahkan oleh pengarah Lord of the Ring ini. (filem dia yang aku tak heran langsung menonton mana-mana episod heh heh heh)

Alangkah gemilangnya King Kong tidak sedikit pun membuatku rasa ingin berganjak dari kerusi malah memaksaku menangguhkan hasrat menunaikan hajat alam semesta. Kagum betul aku dengan produksi filem omputih ni. Tak terbayang ke-detail-an animasi derang... sampaikan sekeliling king kong pun ader bari-bari halus... giler tuu! Terkenang akan hobiku di zaman universitas iaitu mencopy disket assignment animation orang lain yang simple pun aku tak reti nak buat haha. So bila menonton King Kong, aku dapat rasakan getir yang dilalui para animatornya. Walaupun aku dapati ada elemen yang tidak logik dalam filem ini tetapi keunggulan unsur lain seperti animation, editing, screenplay terutamanya kebagusan continuity dia membuatkan aku sedia memaafi kelemahan-kelemahan lain.

02 January, 2006

Assalamualaikum 2006.

Macam-macam yang ingin aku rancangkan pada tahun 2006 ni. Setelah aku rasa tahun 2005 aku tempuhi dengan serba rileks dan redha dengan apa-apa jer yang aku lalui sehari-hari tanpa ada apa-apa perancangan teliti tapi sekadar angan-angan yang hanya menggalakkan pertumbuhan jerawat. Bila dah masuk bulan akhir tahun lepas, barulah aku sedar bahawa aku semacam 'tak buat apa-apa' tahun lepas. Dan bila memuhasabah diri, aku tersedar bahawa aku tergolong di kalangan insan yang tersangat-sangatlah rugi. Tahun ni aku sebolehnya tidak mahu bergelar insan seperti itu lagi. Tahun ini aku telah bariskan beberapa fakta yang ingin aku realisasikan dalam hidup aku dan keluargaku. Semoga berjaya Cik Suhaila. Semoga diperkenankan-Nya...

30 December, 2005

Kita Berbeza.


Selepas terpengaruh dengan bacaan review-review positif on Baik Punyea Cilok (BPC) termasuk satu review positif giler from Mukeh, aku lantas turun menontonnya semalam selepas menyelesaikan keje terlampau opis. Dan ternyata Allah menciptakan citarasa manusia ini berbeza-beza. BPC bukanlah filem yang aku jangkakan from Chief Kodok. Rasanya filem ini lawaknya not all genuinely "gaya Afdlin" tetapi dah dicampuradukkan dengan jenaka stail lain yang dibuat-buat dan separa gagal. Mungkin bila watak dah ramai masa shooting idea lawak tu datang dari banyak kepala, ye ke Afdlin? Namun ada beberapa babak dan watak yang sangatlah lucu and one of its kind. Part yang Awie suruh Harun Salim Bachik hit badan die tu memang natural kelakar habis. Aku suka sekali idea karektor untuk Awie dan AC. Tapi agak bosan ngan watak Hans dengan dialog "bro bro" tu rasanya tidak perlu. Insert scene dialek kelate tu pun ada kelainan tersendiri tapi lebih elok tidak berulang kali supaya tidak membosankan. Aku perhatikan warga panggung lain rata-rata sungguh gumbira sekali dan tak putus terbahak-bahak dengan setiap cubaan lawak BPC. Tapi ada pula part yang aku gelak giler, derang tak gelak pulak. Itulah dia, kurniaan neuron penerimaan lawak manusia ini berbeza-beza. Amazingly, aku tak tahu langsung apa ending cerita ini sebab sudah Baik Punya Tidur di beberapa minit terakhir cerita - that probably says something about this movie. Aku prefer the simplicity of Buli 5 times better...to Afdlin keep on making movie lawak on your kodok style. I'm really looking forward for Buli 2.

29 December, 2005

Poyo.

Sebetulnya badan aku belum mendapat rehat yang cukup sejak pulang dari berjalan kelmarin, ditambah pula melayan job-job duniawi yang poyo ini. So semalam aku tidur lambat lagi selepas keliru menonton lakonan Rosyam Nor yang biadap sekali dengan ayah sendiri selepas sudah jatuh cinta dengan seorang engineer jelita yang selalu pulak ada banyak masa pergi berehat kat tepi pantai. Pastu tetiba pening-pening lalat dan nyaris terjatuh dari atas batu licin selepas diselamatkan oleh sorang mamat yang kemudian membuahkan bibit-bibit cinta selepas mereka terpegang tangan dan badan... hek elehhhh kataku yang kemudian terus terlena di depan TV. Bila terjaga aku meng-unpack luggage s'pore dan mengemas apa yang patut dalam bilik... sesambil berforum remaja bersama rakan sebilik yang baru saja membuat rebonding pada rambutnya yang dahulu seperti singa Alex dalam Madagascar.

27 December, 2005

Helo Dari Kota Singa.





Gambar-gambar segar ini telah diuploadkan khas dari sebuah bilik comel yang penuh dengan permainan kanak-kanak; tingkat 10, Ghim Moh, Singapura... MUAH MUAH to my dear dear friends Fadila & Mariana yang tolong bawakkan aku jalan-jalan cari makan, cari buku, cari baju 5 dolar, cari towel dan sehinggalah mencarikan bas terus ke Senai Airport hahahaa sungguhlah drama dan aceventuraaa pagiku tadi... sambil menghummkan lagu survivor, aku akhirnya berjaya menemui jalan pulang dengan seorang diri dari Ghim Moh ke imigresen Woodlands kemudian ke Kotaraya dan kemudian ke Senai untuk ke KLIA sehinggalah terus ke opis. Sungguh bermakna sekali kunjungan aku ke Singapura buat pertama kali ini. Selain berkenalan dengan singa bernama Merlion yang tak pregnant tapi 24 jam muntah air, aku telah menjadi canibal bertudung bila membaham sup tulang merah yang dikatakan femes kat sana. Tak ketinggalan juga melapah ayam penyet yang menguji tahap.... (bersambung selepas ini)

03 December, 2005

Coolnya Saya.

Eh tak percayanya emosi aku sungguh stabil hari ni... walaupun sekarang dah pukul 12 tengah malam, aku masih kat opis dan boleh melayani kerenah klien terlampau dengan senyuman yang inovatif, progresif,ikhlas dan tidak fake. Walau hakikatnya kepala aku sudah terasa pengap giler sebab dah tak tahan rimas hendak membukak tudung yang mencengkam urat kepalaku dari pagi tadi. Aku tak beli dinner pun tadi sebab dah tak tau nak makan apa pulak. Tapi disebabkan lapar tak terhingga sekarang ni, aku terpaksalah membaham stok bijirin sarapanku di malam hari iaitu oats with real strawberries...Hahhh kerja pun baru jer setel ni, sekarang sedang menunggu housemateku yang berhati mulia menjemputku pulang dengan selamat. Tak sabar juga menunggu esok untuk bertemu ayahanda bonda & seluruh ahli keluarga lain berkumpul selengkapnya.