28 March, 2008
Kodok oh Kodok.
24 March, 2008
Selamat Pagi Cikgu...
It was just a 2 1/2 hour class...tapi banyakkkk aku belajar. Teknik2 yang mempercepatkan proses deco ni. I love the class so much!!! Yela selama ni aku main belasah jer buat...sendiri2 ikut buku, internet, nasihat2 verbal...tapi sekarang baru dapat belajar hands-on dan ikut method ahli profesional, it's called...........wilton method you know...ekekeke sapela agaknya Encik Wilton ni...sure dah kaya giler, hisap curut kat luar balkoni banglonya di tepian pantai... sebabnya, method yang diajar ni menggunakan alat-alat wilton sendiri...dan dijual worldwide. Walaupun kat Malaysia baru setahun lebih dia bertapak dan hanya ada 2 trainning centre kat KL, dengarnya ada jugak makcik2 dari Penang pun datang turun nak belajar method ni...ish ish. Harga full course dia equal to sebijik motor baru, and i'm looking for sponsors :)
Terdiam aku.
Shahrul: Hmmm...kalau nak muka cerah bersih, jangan tinggal sembahyang.....(nada lembut)
21 March, 2008
Jalan-jalan, kerja kosong
Marilah aku senaraikan destanasi yang telah ku lawati sepanjang 2005-2008:-
1. Phuket
2. Bangkok
3. Krabi
4. Chiang Mai
5. Bali
6. Bandung
7. Medan
8. Jakarta
9. Phnom Penh
10. Langkawi
11. Kota Kinabalu
12. Kuching
13. Kota Bahru (to Pulau Perhentian)
14. Penang (to my sis's place)
15. Johor Bahru (to singapore)
Dan untuk pengetahuan CEO Airasia tadi hehe, berikut adalah destinasi di dalam WISHLIST aku:-
1. Clark (manila)
2. Hong Kong
3. Gold Coast
4. Ho Cin Minh or Hanoi
5. Yogyakarta
Sebenornya, masa kecik aku pernah menyimpan angan-angan untuk selalu terbang di awan biru...ewahhh. Bukankah di bangku sekolah rendah dulu, cikgu ada menyuruh kita menyenaraikan 3 pekerjaan yang diimpikan bila besar nanti. Aku masih ingat aku letak "pramugari" dalam senarai nombor 2...wahahaha tapi ianya tinggal cita-cita ajalah...memandangkan muka dan punggung aku tidak mampu mendapat pengiktirafan ISO atau cop SIRIM.
Sekarang aku begitu bersyukur dengan kurniaan nikmat dan rezeki yang ada. I love my job. No complain so far. Biasalah dalam rutin kerja harian ada juga terjumpa klien-klien yang teringin menunjukkan bakat menjadi copywriter. Copy kita akan dicantas, dicincang hidup-hidup. Kalau ianya menjadi lebih cantik aku terima pakai dengan hati yang lapang terbuka, tapi jikalau ianya menjadi sungguh pelik atau poyo sampai baca pun boleh gelak guling-guling, aku terpaksalah menggunakan teknik diplomasi yang tidak diajar di dalam mana-mana kursus diplomat negara untuk menangani permasalahan ini dengan bijak dan mesra alam. Simply because kita tidak boleh menjatuhkan kemaluan klien yang amat kita hormati hehehe. Bentuk kemahiran inilah yang akan kita pelajari hari demi hari bila kita berdepan dengan dunia pekerjaan sebenar. Eh adakah ayat aku sudah seperti Dr. Fazli pakar motivasi? hehehe.
Sebenarnya saja aku bebelkan topik ini untuk mengisi masa senggang aku yang tiada job req pula di atas ini. Last few days busy sangat2 pula sampai kena curi waktu time recording untuk update blog hehehe. Begitulah pasang surutnya kesibukan aku di tempat kerja sekarang. Walaupun dah bagi notis perletakan jawatan 2 bulan, kerja masih berjalan seperti biasa. Sehingga sekarang, Saatchi & Saatchi mencari calon untuk jawatan Malay Copywriter. Kepada sesiapa di luar sana...tidak mengira saiz sepender, jumlah gigi dan stail rambut, tapi yang penting mempunyai pengalaman minimum 1-3 tahun sebagai BM writer di mana-mana agensi pengiklanan dan dahagakan pengalaman bekerja untuk produk berprofil tinggi di dalam award winning agency, silakan menghantar resume anda ke helen_lau@saatchi.com.my
18 March, 2008
I know what WE did last weekend...
13 March, 2008
Dialog 7:15 pagi tadi.
Abah: W'salam...ye Nak! Happy birthday!!!
Me: HAHAHAHA yer happy birthday abah.
Abah: You're the first lady yang wish abah...eh tak tak. Mak yang wish abah dulu hehe. Tapi mak tak kiss jer abah lagi...(i heard mom's voice on the background saying "isshhh gatei abah ni!")
Me: HAHAHAH. Mestilaa...kan.
Abah: Abah tak sedar hari jadi abah hari ini sebenarnya. Pagi tadi abah bangun abah rasa sihat sangat...lepas tu abah mandi, terus pergi mesjid...abah jadi imam...lepas tu on d way balik abah singgah kedai kopi beli kuih untuk mak. Sampai rumah, mak kata selamat hari jadi. Tak sangka abah dah 66 tahun. Panjang umur abah. Alhamdulillah.
Me: Oh ye ke (i'm totally speechless...SEBAKKK!)
Abah: You should be grateful, bersyukur sebab abah ada lagi ni...boleh tengok hampa semua.
Me: Ye ye... (alamak, aku tak boleh bercakap dah. SEBAKKK GILER BABENG!!! trus aku ubah topik...)
Me: So, birthday ni, abah nak hadiah ape?
Abah: Hadiah? hmmm takda apa la nak. sumer abah ada ni...ha, nanti hujung bulan ni kan kita nak pergi Langkawi. Itu kira hadiah abah la....kita pergi rilek2...
Me: Hehehe. Okla ela belanja abah nak cable car kat sana.
Abah: Upahhh seribu pun abah takmau naiK!!!! gayat abah! itu benda budak2!!!!
Me: WAKAKKAKAA!!!
dan kami pun terus berbual-bual...
12 March, 2008
Selamat Hari Jadi Akak & Samy Vellu...
ni la kad utk die....
sweet card from hallmark...apeseila mahal nak mati....tp ayatnya kiut ku beli la juge..for d price equal to 3 slices of cakes @secret recipe
sessi menyembur air liur bemula...
see...dia menyala semula...mcm fireworks!!! ohh jakunnya mak!
First time wat this colour combination...
and here goes the 'personalised cupcakes'...cewahhh
10 March, 2008
Buntu...
07 March, 2008
Balik Mengundi, Terlepas 2 Majlis.
Sorry to Lin sebab tak dapat attend wedding dia kat Mont Kiara on the 8th tengah hari. And also to my dear Saatchi friend Lim Meng as I'm not able to attend her wedding at Ritz Carlton, KL...semoga kedua-dua kawanku ini melangsungkan majlis perkahwinan paling bahagia yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila... :)
05 March, 2008
JALAN SESAK PUN KENA ROMPAK!
Kawan-kawan, always remember to cover2 skit handbag/wallet dalam kereta. Especially kalau perempuan drive sorang2...penjahat2 ni suka aim and tunggu masa yang sesuai jer, ANYTIME, ANYWHERE. Berderau darah aku mendengar kisah Annie Boo ni. Karektor dia yang biasanya garang dan ganas setiap hari, tiba-tiba berubah jadik lembut...pucat, takut, dan macam nak nangis... kesian sangat aku tengok...habis semua dokumen penting dalam wallet, ic, credit card lesap! Tapi yang penting nyawa dia selamat, cuma luka sikit2 di lengan terkena serpihan kaca. DAMN U PERAMPUK!!!!
Teringat pulak aku masa lepas accident ngan kodok dulu...probably the same terrible, horrified feeling yang sukar digambarkan.
03 March, 2008
Chipsmore shoot...
01 March, 2008
Shey+baby dlm perut, Tris, Haz, Dd & Me @ Bukit Bintang
Tris, i really wanted to show the world your stomoch la...wakaka shey aku tau ko rajin masak, takyahla letak bukti kat perut org lain pulak! Haz: I have a confession to make su... I secretly read your blog.
Me: ader pengunjung misteri blog ni ghupenye ekekeke.
sikap melanggar peraturan sejak sekolah berbawa-bawa sampai sekarang.my first attempt on baby booties using buttercream icing especially for shey's baby.
Memandangnya tiada istilah basi dalam kamus blog aku ni haha aku dengan suka hatinya nak bercerita mengenai gaya hidup aku yang kononnya happening last weekend. Punyalah lama tak masuk StarHill, aku pergilah ke sana untuk bertemu si Shey yang buntal bersama husband omputehnya yang sempoy tu. Actually this is the 2nd time la we all jumpa since dia balik dari London sempena bercuti CNY ni. But this time aku datang single ler, together with didie and our dear long lost friend Hazlina. Masyallah lamer giler tak jumpe si Haz ni. Last jumpa masa zaman sekolah rendah dulu! Tapi muka dia sebijik macam budak sekolah like last time, tak seperti aku yang telah mengalami sedikit kedutan di wajah akibat proses penuaan.
Aku ngan didie sampai lambat hehe biasala alasan KL jem, so si shey & tris masuk amik seat dulu dalam chinese restaurant together with Haz. Sampai2 jer kitaorang semua terusla si shey mengoder makanan. Itulah first time aku yang mengaku rakyat Malaysia yang hidup dalam kesepaduan kaum ni mencuba Dim Sum. Oleh kerana gagal dalam subjek chopstik di bangku sekolah, aku sorang jer guna garfu. Tak kisahla asalkan semua mamaman itu boleh masuk dalam mulut dengan bahagianya. Memang best chinese food situ, aku suka sambal kering dia... and thanks to shey's mom sebab kawin dengan encik Zaid Lam, sebab secara tidak langsung telah lebih memudahkan proses mengambil order dari shey yang agak fasih bertutur bahasa cina.
Setelah berjaya melakukan damage sebanyak RM250 di restoran menjilat jari itu, kami pun beredar ke luar mencari Kafe untuk sambung berborak & merasa cupcake yang aku bawa untuk shey sebab aku risau dia kempunan bila balik London nanti. Opps sebelum itu, kami sempat menjenguk toilet yang dikatakan unik dalam Starhill tu. HA'AH, ye la kelakar dalam toilet dia ada windmill bersaiz mini. Kalau kita nak basuh tangan selepas shi sheen atau ukk ukk, ada pekerja di dalam toilet tu akan memusingkan kincir air itu secara manual untuk mengalirkan air keluar ke tangan kita.