28 March, 2008

Kodok oh Kodok.

Penyakit overheat kodok muncul kembali, kali ini lebih kerap. Thanks to my bf yang tak penat2 melayan kodok. Macam2 ikhtiar dah dibuat. Aku dahlah clueless pasal menda2 teknikal ni. Hopefully dapatlah solutionnya nanti. Itulah bf aku cakap, kodok merajuk sebab aku ada pernah mention nak jual dia masa aku tengah bengang dulu. Kodok pun ada perasaan katanya. Yeke? Actually salah aku sebab buat dia cedera dulu. Mungkinkah ini kesan jangka panjang... selepas hampir setahun kejadian itu berlalu? Apapun jawabnya, maafkan daku kodok. Moody sungguh aku hari ni.

kodok bersama 2 insan penting dalam hidup aku.

24 March, 2008

Selamat Pagi Cikgu...




It was just a 2 1/2 hour class...tapi banyakkkk aku belajar. Teknik2 yang mempercepatkan proses deco ni. I love the class so much!!! Yela selama ni aku main belasah jer buat...sendiri2 ikut buku, internet, nasihat2 verbal...tapi sekarang baru dapat belajar hands-on dan ikut method ahli profesional, it's called...........wilton method you know...ekekeke sapela agaknya Encik Wilton ni...sure dah kaya giler, hisap curut kat luar balkoni banglonya di tepian pantai... sebabnya, method yang diajar ni menggunakan alat-alat wilton sendiri...dan dijual worldwide. Walaupun kat Malaysia baru setahun lebih dia bertapak dan hanya ada 2 trainning centre kat KL, dengarnya ada jugak makcik2 dari Penang pun datang turun nak belajar method ni...ish ish. Harga full course dia equal to sebijik motor baru, and i'm looking for sponsors :)

Terdiam aku.

Me: Shahrul, tengok tu orang tu...(pointing at TV screen) Dia pakai specs bingkai putih. Nice...cerah nampak muka dia kan. Maybe next time I nak wat specs nak carila white frame like that...cerah skit muka.
Shahrul: Hmmm...kalau nak muka cerah bersih, jangan tinggal sembahyang.....(nada lembut)

21 March, 2008

Jalan-jalan, kerja kosong

Teringat kata-kata seorang sifu di agensi pertama yang membuka ruang untukku mula bekerja. Katanya, idea tak datang sendiri kalau kita tak mencarinya. Aku yang sengal ni pun bertanya, nak cari di mana? Dia pantas menjawab "do a lot of travelling". Mengambil inspirasi dan alasan itulah aku mula gemar merayap ke sana-sini hehehe. Tidak kiralah dalam Malaysia mahupun kat dalam midvalley dan ikea pun aku suka jer nak pergi hehehe. Apatah lagi kalau dapat melihat tempat orang, seperti negara-negara yang berjiran dengan Malaysia. Bila Airasia mula melebarkan sayapnye, akulah di antara cheapskates yang sentiasa look forward dengan free seats dia...sampai ke tahap aku berhasrat menghabiskan kesemua destinasi yang Airasia singgah di dalam route Asia ni. Kalau CEO dia baca blog aku ni mesti dia akan terharu dan feature muka aku yang comot ini kat dalam newsletter dia hehe. Alhamdulillah, banyak juga destinasi berjaya ku pergi, thanks to the UnMahal flight tickets, Airasia.

Marilah aku senaraikan destanasi yang telah ku lawati sepanjang 2005-2008:-
1. Phuket
2. Bangkok
3. Krabi
4. Chiang Mai
5. Bali
6. Bandung
7. Medan
8. Jakarta
9. Phnom Penh
10. Langkawi
11. Kota Kinabalu
12. Kuching
13. Kota Bahru (to Pulau Perhentian)
14. Penang (to my sis's place)
15. Johor Bahru (to singapore)

Dan untuk pengetahuan CEO Airasia tadi hehe, berikut adalah destinasi di dalam WISHLIST aku:-
1. Clark (manila)
2. Hong Kong
3. Gold Coast
4. Ho Cin Minh or Hanoi
5. Yogyakarta

Sebenornya, masa kecik aku pernah menyimpan angan-angan untuk selalu terbang di awan biru...ewahhh. Bukankah di bangku sekolah rendah dulu, cikgu ada menyuruh kita menyenaraikan 3 pekerjaan yang diimpikan bila besar nanti. Aku masih ingat aku letak "pramugari" dalam senarai nombor 2...wahahaha tapi ianya tinggal cita-cita ajalah...memandangkan muka dan punggung aku tidak mampu mendapat pengiktirafan ISO atau cop SIRIM.

Sekarang aku begitu bersyukur dengan kurniaan nikmat dan rezeki yang ada. I love my job. No complain so far. Biasalah dalam rutin kerja harian ada juga terjumpa klien-klien yang teringin menunjukkan bakat menjadi copywriter. Copy kita akan dicantas, dicincang hidup-hidup. Kalau ianya menjadi lebih cantik aku terima pakai dengan hati yang lapang terbuka, tapi jikalau ianya menjadi sungguh pelik atau poyo sampai baca pun boleh gelak guling-guling, aku terpaksalah menggunakan teknik diplomasi yang tidak diajar di dalam mana-mana kursus diplomat negara untuk menangani permasalahan ini dengan bijak dan mesra alam. Simply because kita tidak boleh menjatuhkan kemaluan klien yang amat kita hormati hehehe. Bentuk kemahiran inilah yang akan kita pelajari hari demi hari bila kita berdepan dengan dunia pekerjaan sebenar. Eh adakah ayat aku sudah seperti Dr. Fazli pakar motivasi? hehehe.

Sebenarnya saja aku bebelkan topik ini untuk mengisi masa senggang aku yang tiada job req pula di atas ini. Last few days busy sangat2 pula sampai kena curi waktu time recording untuk update blog hehehe. Begitulah pasang surutnya kesibukan aku di tempat kerja sekarang. Walaupun dah bagi notis perletakan jawatan 2 bulan, kerja masih berjalan seperti biasa. Sehingga sekarang, Saatchi & Saatchi mencari calon untuk jawatan Malay Copywriter. Kepada sesiapa di luar sana...tidak mengira saiz sepender, jumlah gigi dan stail rambut, tapi yang penting mempunyai pengalaman minimum 1-3 tahun sebagai BM writer di mana-mana agensi pengiklanan dan dahagakan pengalaman bekerja untuk produk berprofil tinggi di dalam award winning agency, silakan menghantar resume anda ke helen_lau@saatchi.com.my

18 March, 2008

I know what WE did last weekend...


 with my dear housemates
 with my dear soulmate
with my dear kodok
@ port dickson beach
meratah black pepper honey bbq chicken...

sotong kunyit...
kerang bakar...
ikan bakar...

plus bihun goreng sedap!!!
SORRY to make you hungry! :)

13 March, 2008

Dialog 7:15 pagi tadi.

Me: Hello, assalamualaikum...abah!!!?
Abah: W'salam...ye Nak! Happy birthday!!!
Me: HAHAHAHA yer happy birthday abah.
Abah: You're the first lady yang wish abah...eh tak tak. Mak yang wish abah dulu hehe. Tapi mak tak kiss jer abah lagi...(i heard mom's voice on the background saying "isshhh gatei abah ni!")
Me: HAHAHAH. Mestilaa...kan.
Abah: Abah tak sedar hari jadi abah hari ini sebenarnya. Pagi tadi abah bangun abah rasa sihat sangat...lepas tu abah mandi, terus pergi mesjid...abah jadi imam...lepas tu on d way balik abah singgah kedai kopi beli kuih untuk mak. Sampai rumah, mak kata selamat hari jadi. Tak sangka abah dah 66 tahun. Panjang umur abah. Alhamdulillah.
Me: Oh ye ke (i'm totally speechless...SEBAKKK!)
Abah: You should be grateful, bersyukur sebab abah ada lagi ni...boleh tengok hampa semua.
Me: Ye ye... (alamak, aku tak boleh bercakap dah. SEBAKKK GILER BABENG!!! trus aku ubah topik...)
Me: So, birthday ni, abah nak hadiah ape?
Abah: Hadiah? hmmm takda apa la nak. sumer abah ada ni...ha, nanti hujung bulan ni kan kita nak pergi Langkawi. Itu kira hadiah abah la....kita pergi rilek2...
Me: Hehehe. Okla ela belanja abah nak cable car kat sana.
Abah: Upahhh seribu pun abah takmau naiK!!!! gayat abah! itu benda budak2!!!!
Me: WAKAKKAKAA!!!
dan kami pun terus berbual-bual...

12 March, 2008

Selamat Hari Jadi Akak & Samy Vellu...

Kebetulan 8 Mac adalah hari jadi kakakku dan jugak Samy Vellu eekekekeke samalah tarikhnya dengan hari pilihan raya lepas. Macam biasalah, ada sidang menyanyi dan tiup lilin. Kali ni lebih menyeronokkan sebab aku terjumpa RE-LIGHTING candles kat bangsar village aritu. Bila ditiup, candles itu akan bernyala semula secara automatik dan anak2 sedara aku yang riang ni terpaksa meniup semula bukan sekali, tapi berkali-kali sehingga ia tidak bernyala lagi. Akibatnya, cupcakes yang mulanya nampak menarik dimakan telah mendapat sprinkles tambahan iaitu air liur budak-budak ni...

ni la kad utk die....
sweet card from hallmark...apeseila mahal nak mati....tp ayatnya kiut ku beli la juge..for d price equal to 3 slices of cakes @secret recipe
sessi menyembur air liur bemula...
see...dia menyala semula...mcm fireworks!!! ohh jakunnya mak!
First time wat this colour combination...
and here goes the 'personalised cupcakes'...cewahhh




10 March, 2008

Buntu...

Semahunya aku memberi respon penuh mengenai keputusan Pilihan Raya yang sudah kita ketahui jawabnya...tapi biarlah aku simpan dulu sehingga Menteri Besar Perak yang baru mengangkat sumpah. Namun hingga kini, bandaraya Ipoh masih 'panas' kerana belum diketahui siapa orang yang tidak kita sangka itu!!! Dasyat betul penangan kali ini...itulah berlagak bodoh sombong, angkuh, banyak isu rasuah, skandal itu ini. Mana tidak rakyat berpaling. Aku sedih melihat mak ayah aku sedih...impak keputusan mengejut ini pada aku secara peribadi biasa2 ajer...tapi sukar diterima oleh kedua orang tua aku...yang sudah lebih makan garam dengan politik semasa. Tambahan pulak, bapaku masih tak kenal penat mengerahkan kederat yang ada untuk membantu orang2 kampungku...

07 March, 2008

Balik Mengundi, Terlepas 2 Majlis.

Malam ini aku kena berlatih tulis "X"...bukan aper takut undi rosak pulak...buat penat jer balik jauh-jauh kan ekekeke so selamat mengundi kepada kawan-kawan yang mengundi dan berhati-hatilah jika memandu pulang ke kampung halaman nanti. Aku akan car pool ngan abangku dari Nilai ke Kg. Telok, Perak.

Sorry to Lin sebab tak dapat attend wedding dia kat Mont Kiara on the 8th tengah hari. And also to my dear Saatchi friend Lim Meng as I'm not able to attend her wedding at Ritz Carlton, KL...semoga kedua-dua kawanku ini melangsungkan majlis perkahwinan paling bahagia yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila... :)

05 March, 2008

JALAN SESAK PUN KENA ROMPAK!

TENGAH HARI semalam, rakan sepejabat aku dirompak kat depan traffic light Bangsar Shopping Center (BSC). Masa tu lampu merah, dia berhenti di belakang satu keta ni. Then datang motor dari sebelah kiri dan berhenti betul2 sebelah pintu kereta dia. Dia cuba bagi laluan kat motor tu untuk menyelit ke depan, sebab space macam kecik antara kereta dia dan kereta di sebelah. Then pembonceng motor tu turun. Member aku yang mulia dan bersangka baik ni ingat dia nak tanya directions, rupanya jantan tu terus pecahkan tingkap sebelah kiri Waja dia dengan objek keras...RIGHT IN THE MIDDLE OF BUSY TRAFFIC!!! Perampuk tu terus snatch handbag dia yang diletak atas seat kiri depan tu. Dia hon hon beberapa kali, tapi semuanya berlaku begitu pantas. Motor perampuk tu pun dah merempit jauh and many other witnesses/vehicle around her can only ternganga menyaksikan apa yang berlaku.

Kawan-kawan, always remember to cover2 skit handbag/wallet dalam kereta. Especially kalau perempuan drive sorang2...penjahat2 ni suka aim and tunggu masa yang sesuai jer, ANYTIME, ANYWHERE. Berderau darah aku mendengar kisah Annie Boo ni. Karektor dia yang biasanya garang dan ganas setiap hari, tiba-tiba berubah jadik lembut...pucat, takut, dan macam nak nangis... kesian sangat aku tengok...habis semua dokumen penting dalam wallet, ic, credit card lesap! Tapi yang penting nyawa dia selamat, cuma luka sikit2 di lengan terkena serpihan kaca. DAMN U PERAMPUK!!!!

Teringat pulak aku masa lepas accident ngan kodok dulu...probably the same terrible, horrified feeling yang sukar digambarkan.

03 March, 2008

Chipsmore shoot...

Memperkenalkan kawan-kawan copywriter saya yang paling berdedikasi di lokasi...



perghhh...sedapnya sampai ternganga weihhhh...


dan yang ni sekor lagi....wahahahaha padan muka korang, sape suruh tido!!!

*Thanks to my vaio spy camera* ekekkkkee

01 March, 2008

Shey+baby dlm perut, Tris, Haz, Dd & Me @ Bukit Bintang

at one of the kafe in pavillion.
Tris, i really wanted to show the world your stomoch la...wakaka shey aku tau ko rajin masak, takyahla letak bukti kat perut org lain pulak! Haz: I have a confession to make su... I secretly read your blog.
Me: ader pengunjung misteri blog ni ghupenye ekekeke.

sikap melanggar peraturan sejak sekolah berbawa-bawa sampai sekarang.my first attempt on baby booties using buttercream icing especially for shey's baby.


Memandangnya tiada istilah basi dalam kamus blog aku ni haha aku dengan suka hatinya nak bercerita mengenai gaya hidup aku yang kononnya happening last weekend. Punyalah lama tak masuk StarHill, aku pergilah ke sana untuk bertemu si Shey yang buntal bersama husband omputehnya yang sempoy tu. Actually this is the 2nd time la we all jumpa since dia balik dari London sempena bercuti CNY ni. But this time aku datang single ler, together with didie and our dear long lost friend Hazlina. Masyallah lamer giler tak jumpe si Haz ni. Last jumpa masa zaman sekolah rendah dulu! Tapi muka dia sebijik macam budak sekolah like last time, tak seperti aku yang telah mengalami sedikit kedutan di wajah akibat proses penuaan.

Aku ngan didie sampai lambat hehe biasala alasan KL jem, so si shey & tris masuk amik seat dulu dalam chinese restaurant together with Haz. Sampai2 jer kitaorang semua terusla si shey mengoder makanan. Itulah first time aku yang mengaku rakyat Malaysia yang hidup dalam kesepaduan kaum ni mencuba Dim Sum. Oleh kerana gagal dalam subjek chopstik di bangku sekolah, aku sorang jer guna garfu. Tak kisahla asalkan semua mamaman itu boleh masuk dalam mulut dengan bahagianya. Memang best chinese food situ, aku suka sambal kering dia... and thanks to shey's mom sebab kawin dengan encik Zaid Lam, sebab secara tidak langsung telah lebih memudahkan proses mengambil order dari shey yang agak fasih bertutur bahasa cina.

Setelah berjaya melakukan damage sebanyak RM250 di restoran menjilat jari itu, kami pun beredar ke luar mencari Kafe untuk sambung berborak & merasa cupcake yang aku bawa untuk shey sebab aku risau dia kempunan bila balik London nanti. Opps sebelum itu, kami sempat menjenguk toilet yang dikatakan unik dalam Starhill tu. HA'AH, ye la kelakar dalam toilet dia ada windmill bersaiz mini. Kalau kita nak basuh tangan selepas shi sheen atau ukk ukk, ada pekerja di dalam toilet tu akan memusingkan kincir air itu secara manual untuk mengalirkan air keluar ke tangan kita.