26 February, 2007

What Am I Doing?



Aku adalah juga seorang insan yang mengimpikan kehidupan yang bahagia...bahagia serba-serbinya, di dunia dan akhirat. Namun kebahagian adalah sungguh subjektif bagi setiap individu. Ada orang yang bahagia kalau dia menang loteri setiap bulan, ada orang yang bahagia kalau kucingnya beranak seekor lagi, ada juga yang bahagia jika dapat sambung belajar di sekolah pondok, ada juga yang bahagia kalau hari-hari makan mamee slurrp mawi, ada juga orang yang bahagia walaupun berkahwin dengan lelaki yang sah HIV positif. Ada juga keluarga yang cukup bahagia walaupun mampu pergi bercuti paling jauh ke Port Dickson, itupun setahun sekali.

Tentunya bagi aku, kebahagiaan lebih mudah dikecapi dengan adanya lebih wang ringgit. Money is power. So bila ada duit apa saja yang kita hajati lebih mudah kita tunaikan. Eh dah macam tagline kad kredit HSBC pulak...biasalah bank nak buat bisness, sumer suruh orang berhutang. Tapi biarlah duit itu digunakan untuk perkara baik. Jangan pula untuk dibeli ganja pulak haha.
Haaa itulah pagi ni jiwa raga aku bergelora dengan kencang sekali bila mendengar abangku bercerita tentang kawan-kawannya, malay writers yang mendapat habuan sungguh lumayan dengan hanya menyertai pertandingan menulis Dewan Bahasa & Pustaka. Seorang kakak comel ni menang johan skrip pementasan teater, dapat RM30 ribu... dan sorang lagi menang macam-macam kategori, cerpen etc etc dan total dia dapat ialah RM70 ribu lebih. Mak datuk... terkebil-kebil aku mendengarnya. Apa yang aku buat kat sini? Kenapa aku tak berpeluang seperti mereka? Tapi tak dinafikan mereka ni memang berbakat besar sangat sangat dalam genre penulisan di atas. Hmmmm wow... tengoklah rezeki dia. Tapi kita kalau tiada usaha pun tak dapat juga kan. Itu yang buat aku terfikir jauh sangat sangat tadi sesambil drive si kodok biru................................... hinggalah sampai masuk ofis.

Lepas tu bukak email, dapat pula perkhabaran daripada ex-housemate aku Ijah yang undergo trainning stewardess Emirates kat Dubai. I'm so proud of her! Antara 40 dalam batch dia seorang jer dari Malaysia. Yang lainnya dari Korea, Australia, South Apreka, Romania.... hebatnya kawan aku nih! Dia pun ceritalah how enjoying nya dia belajar benda-benda baru on aviation; flight turbulence, simulator, decompression, fire-fighting la. OMG so cool and interesting!!! Dan yang paling cool pada aku gaji dia yang dalam USD tu and of course dapat pergi tour round the world...
Hmmmmmm. What am I doing here? Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

23 February, 2007

Hmmmm....

Should I get married soon?

15 February, 2007

Penyakit Tak Cuci Gambar.

Hari ni aku membelek-belek kesemua folder gambar yang ada dalam simpanan. Mostly gambar-gambar tu tak dicuci lagi. Bila terciptanya teknologi kamera digital, aku merasakan ramai pengguna seperti aku telah take it for granted. Kaedahnya ialah...simpan simpan simpan dan simpan semua gambo dalam komputer sampailah hard disk crash...Selepas tu timbullah bibit-bibit keinsafan dan penyesalan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Namun pepatah purbakala ada menyebut - sesal dahulu pendapatan, ncd dan cukai jalan, sesal kemudian hingga meraung seperti drama queen tiada gunanya. Sebab itulah barang kali aku bukan dilahirkan menjadi seorang wedding photographer ala-ala saiful nang tu. Kalu tidak, nescaya klien-klien aku boleh makan hati kerna gambar mereka gemar aku jeruk perkasamkan sehingga pasangan tersebut terlupa bahawa mereka pernah berkahwin suatu ketika dahulu.

Sempena 'Gong Xi Fa Chai' yang bakal menjelang, izinkan aku 'mengongxi' beberapa keping gambar yang sedang mengalami proses penapaian peringkat ke-3 di dalam folder pc ini. Selamat Tahun Baru Cina kawan-kawan cinaku!!!!!!!!!!

Nostalgia Mac 2006...

Mendaki bersama raksasa gorgon mana berbaju hijau kuning, jinkadayama dan makhluk halus yang lain...

Bersama abah di kaki Gunung yang diselaputi kabus...

Girl, Nadia, Ilham dan of coz aku yang paling tak tahan sejok...

mane satu kamera yang di pandang ni.... David Bekam Kota Kinabalu.